Proton X50 Dijangka Diperkenalkan Minggu Hadapan




KUALA LUMPUR: Selepas lebih setahun spekulasi mengenai Proton X50 berlegar-legar dalam industri automotif tempatan, akhirnya model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak paling dinanti-nanti itu dijangka membuat kemunculan pertamanya pertengahan minggu hadapan.
Menurut sumber, penampilan sulung Proton X50 tidak dibuat di khalayak ramai atau menerusi pelancaran rasmi seperti kelazimannya, sebaliknya ia diperkenalkan dalam acara tertutup sekali gus dijangka bakal menamatkan spekulasi mengenai 'kelibatnya' yang dikatakan bakal menjadi 'game changer' pasaran SUV negara.
Jika ia benar, kemunculan awal itu akan menjadi titik tolak pelancaran ke pasaran tempatan di mana ia tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk 'ditatap' secara rasminya oleh rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, tular gambar di media sosial mengenai harga Proton X50 keluaran Proton Holdings Bh (PROTON) yang akan ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insuran bermula daripada RM75,800.
Dalam perkongsian sama, model dengan spesifikasi tertinggi pula ditawarkan pada harga bermula sekitar RM103,800.
Bagi Penganalisis Automotif, Hezeri Samsuri, media sememang menjangkakan harga Proton X50 adalah bawah RM80,000 untuk memberi pilihan kepada pengguna antara SUV kompak atau Proton X70 yang ditawarkan pada harga bermula RM94,800.
"Saya berpendapat Proton X50 akan menjadi antara model popular PROTON berdasarkan reka bentuknya yang menarik dan disokong harga mampu milik. Cuma PROTON perlu ingat, bila produk makin cantik, makin rumit, pelanggan akan menjangkakan perkhidmatan selepas jualan juga lebih baik," katanya.
Beberapa spekulasi juga wujud mengenai varian yang bakal ditawarkan PROTON untuk model X50 ini. Antara yang menarik perhatian adalah, ia dijangka ditawarkan dengan tiga varian terdiri dari Standard, Executive dan Premium/Sport.
Proton X50 juga dijangka dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.
Jika benar Proton X50 adalah diadaptasikan daripada model Geely Binyue, ia dijangka dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua lengkap dengan ciri Kawalan Pelayaran Pintar (ICC), Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF), Fungsi Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki.
Dari segi reka bentuk, model Geely Binyue sememangnya sporty dan jika Proton X50 adalah jelmaan sebenar model SUV dari China itu, pasti penampilannya akan menambat hari pelanggan terutama golongan muda.
#Sumber :  BH  

MR :   Ramai yang tunggu... jangan mengeciwakan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/proton-x50-dijangka-diperkenalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Dapatkan Proton X50 Mewah Dan Penuh Elegan Bermula Rm500

Jom Dapatkan Proton X50 Mewah Dan Penuh Elegan Bermula Rm500

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 400 hits
Jom Dapatkan Proton X50 Mewah Dan Penuh Elegan Bermula RM500 Assalammualaikum dan Salam sejahtera perkongsian harini adalah buat peminat setia SUV Pasti ramai yang ternanti nanti keluaran terbaru proton model X50 yang bakal berada di pasara...
Hmd Global Menjadualkan Pelancaran Produk Baharu Pada Minggu Hadapan

Hmd Global Menjadualkan Pelancaran Produk Baharu Pada Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 360 hits
Tidak nafikan kita dapat menyaksikan banyak pengeluar peranti pintar yang dilihat seakan berlumba lumba untuk memperkenalkan produk baharu dalam masa terdekat ini Dalam perkembangan terkini HMD Global juga dilihat mempunyai perancangan yang...
Gambar Proton X50 Secara Rasmi Didedahkan

Gambar Proton X50 Secara Rasmi Didedahkan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 353 hits
Ramai yang sebenarnya menanti kemunculan Proton X50 baharu Setelah ramai yang berteka teki mengenai bentuk rekaan Proton X50 akhirnya pihak Proton mendedahkan rupa sebenar model yang paling ditunggu tunggu untuk tahun 2020 Proton X50 yang m...
Honor Hunter Akan Dilancarkan Minggu Hadapan Amanz

Honor Hunter Akan Dilancarkan Minggu Hadapan Amanz

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 391 hits
Komputer riba permainan pertama Honor disahkan bakal diperkenalkan secara rasmi minggu hadapan Dikenali sebagai Honor Hunter pelancaran rasmi komputer riba ini dijadualkan berlangsung pada 16 September ini dalam sebuah acara pelancaran yang...
Eksklusif Spesifikasi Penuh Proton X50

Eksklusif Spesifikasi Penuh Proton X50

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 880 hits
Hari yang dinanti nantikan telah tiba buat rakyat Malaysia yang tertanya tanya berkaitan harga spesifikasi varian dan warna bagi Proton X50 Masakan tidak ini kerana Proton X50 dikatakan bakal menjadi bad boy dalam pasaran automobil negara A...
Orang Ramai Sudah Boleh Mula Lakukan Tempahan Proton X50 Serendah Rm500 Mulai Esok

Orang Ramai Sudah Boleh Mula Lakukan Tempahan Proton X50 Serendah Rm500 Mulai Esok

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 398 hits
Pergh Meriah betul sambutan netizen Malaysia dengan pengenalan Proton X50 yang baru sahaja Ohmedia kongsikan sebentar tadi Hari ini team Ohmedia sangat berbesar hati apabila dapat turut serta dalam majlis Proton Holdings Bhd Tanjung Malim y...
Ini Perbezaan 4 Varian Proton X50 Yang Ditawarkan Boleh Buat Pra Tempah Rm500

Ini Perbezaan 4 Varian Proton X50 Yang Ditawarkan Boleh Buat Pra Tempah Rm500

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 356 hits
Proton Holdings Bhd secara rasmi mengesahkan bahawa kenderaan utiliti sukan segmen B premium dengan nama X50 dan menetapkan sasaran penjualan konservatif sebanyak 4 000 unit tahun ini Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Roslan Abdul...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd 8 September 2020 Laporan Cot Minggu Yang Sangat Penting Untuk Pound

Pasangan Mata Wang Gbp Usd 8 September 2020 Laporan Cot Minggu Yang Sangat Penting Untuk Pound

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 333 hits
Pasangan mata wang GBP USD pada carta masa 1H Menurut carta masa setiap jam harga pasangan mata wang GBP USD meneruskan proses penurunan dan melakukan pengukuhan di bawah tahap Fibo 76 4 Oleh demikian penurunan harga dapat diteruskan ke ara...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Canon Repair


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Salted Caramel Macchiato Sensasi Manis Dan Asin Dalam Satu Gelas

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban