Proton Tampilkan Vr Bahasa Melayu Pertama Di Dunia


Subang Jaya, 31 Julai 2025 – Menandakan pencapaian pertama di peringkat global, PROTON dengan bangganya  mengumumkan integrasi fungsi Pengecaman Suara (VR) Bahasa Melayu pada PROTON X50 Serba Baharu yang baru  sahaja dilancarkan. Inovasi ini tiba tujuh tahun selepas PROTON memperkenalkan sistem VR “Hi Proton” dalam Bahasa  Inggeris ke pasaran Malaysia. Ciri unik dalam industri automotif ini secara signifikan meningkatkan kemudahan, akses  yang lebih mudah, dan keselamatan, sambil pada masa yang sama menyediakan sistem kawalan yang amat intuitif  untuk ramai pemandu Malaysia. 
Di teras kecanggihan PROTON X50 Serba Baharu adalah paparan infotainmen 14.6 inci yang canggih, dilengkapi  dengan fungsi VR Bahasa Melayu yang lancar dan sokongan Bahasa Inggeris sedia ada. Keupayaan dwi-bahasa ini  jelas meletakkan PROTON sebagai pengeluar kereta pertama yang menawarkan fungsi arahan suara sedemikian maju.  
“’Aisyah’ Nama Yang Dipilih Untuk Pengecaman Suara Bahasa Melayu Pertama Di Dunia Diberi nama Aisyah – sebuah figura wanita yang menarik dan mesra, direka untuk dirasai seperti rakan atau ahli keluarga  – sistem VR ini dibangunkan dalam tempoh hanya tujuh bulan, tempoh yang lebih singkat daripada perancangan awal  projek selama setahun. Pembangunan yang berlangsung dari Oktober 2024 hingga Mei 2025 ini melibatkan pengumpulan  4,000 variasi arahan Bahasa Melayu, dan sepanjang tempoh yang sama, 4,000 variasi arahan Bahasa Inggeris turut  dikumpul. 
Lebih 336,000 jam kerja telah diperuntukkan dengan kerjasama bersama ACO Tech, sebuah syarikat usahasama dengan  PROTON yang mengkhusus dalam penyelesaian mobiliti pintar, untuk menjayakan sistem VR Bahasa Melayu ini. Lebih  200 sampel Bahasa Malaysia standard, dibahagikan antara penutur lelaki dan wanita, telah direkodkan dengan teliti bagi  memastikan ketepatan merentasi pelbagai frasa, termasuk variasi bahasa semula jadi seperti “buka tingkap” dan  “bukakan tingkap.” 
Sistem VR PROTON Yang Telah Diperkenalkan Tujuh Tahun Lalu Menjadi Keperluan Harian Pemandu 
Kisah PROTON dengan teknologi VR bermula sejak tahun 2018, apabila sistem infotainmen berasaskan Geely Smart  Ecosystem (GKUI) diperkenalkan dalam Proton X70 yang pertama. Empat tahun kemudian, pada 2022, langkah  PROTON ke hadapan terus diperkukuhkan dengan PROTON X50, yang menjadi kenderaan terhubung pertama di  Malaysia yang dilengkapi unit kepala infotainmen (IHU) bersama ATLAS (ACO Tech Local Automotive Services) OS dan  sistem VR tempatan, dioptimumkan untuk Bahasa Inggeris di Malaysia. Sistem arahan suara “Hi Proton” ini membolehkan  pengguna mengawal pelbagai fungsi kenderaan, daripada mendail telefon, radio, muzik, dan navigasi, hingga  mengendalikan tingkap, bumbung suria, dan pendingin hawa. Lebih utama, ciri ini memastikan pemandu dapat melakukan  tugas-tugas mudah seperti membuka tingkap atau melaraskan suhu tanpa perlu melepaskan tangan dari stereng atau  mengalih pandangan dari jalan raya, sekali gus meningkatkan keselamatan pemanduan dengan jelas. 
Hari ini, kemudahan arahan suara dalam kenderaan PROTON sedia ada terbukti dengan kekerapan penggunaannya.  Sebagai contoh, data PROTON bagi Jun 2025 menunjukkan “Hello” sebagai perkataan yang paling kerap diucapkan  dengan 43,896 arahan direkodkan. Ini diikuti oleh pertanyaan yang bermula dengan perkataan “What” – seperti “What is 
PROTON MENAMPILKAN VR BAHASA MELAYU PERTAMA DI DUNIA PADA PROTON X50 SERBA BAHARU 
Page 2 of 2 
the weather like today” – dan “Call” dengan masing-masing 40,779 dan 24,647 arahan. Jumlah transaksi pada bulan Jun  mencapai 2.8 juta dengan 228,046 pengguna aktif. 
Peningkatan Sistem Arahan Suara Lebih Pintar Melalui Kemas Kini OTA 
Penambahbaikan masa hadapan sistem VR akan diterima melalui kemas kini Over-The-Air (OTA). Sistem awan VR ini  akan mengemas kini dan mengembangkan perbendaharaan katanya secara automatik untuk memahami lebih banyak  arahan dengan bijak seperti “Saya nak lihat langit” untuk membuka bumbung suria, sekaligus menawarkan pengalaman  yang sentiasa berkembang dan lebih pintar kepada pemandu. Walaupun pada masa ini dioptimumkan untuk suara  wanita, pasukan PROTON sedang membangunkan pengecaman suara lelaki dan meneroka integrasi bahasa dan  dialek lain untuk iterasi akan datang. 
“Pengenalan pengecaman suara Bahasa Melayu dalam PROTON X50 Serba Baharu mengukuhkan kedudukan  PROTON sebagai perintis dalam teknologi automotif, benar-benar mencerminkan semangat ‘dibuat oleh tempatan  untuk tempatan’,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar. “Kami amat bangga untuk  memperkenalkan sistem pengecaman suara Bahasa Melayu pertama di dunia dalam PROTON X50 Serba Baharu. Ia  adalah perkembangan semula jadi bagi kami untuk mengintegrasikan Bahasa Melayu dalam sistem kami, memastikan  teknologi kami selaras dengan kehendak pemandu tempatan.”
The post PROTON Tampilkan VR Bahasa Melayu Pertama Di Dunia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/31/proton-tampilkan-vr-bahasa-melayu-pertama-di-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Storan Ssd Pcie Gen6 Pertama Dunia Berkelajuan Hingga 28gb S

Inilah Storan Ssd Pcie Gen6 Pertama Dunia Berkelajuan Hingga 28gb S

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 128 hits
Micron Technology Inc telah melancarkan storan SSD baharu yang dibangunkan khusus untuk pusat data Kesemua model storan ini dibangun dengan teknologi Micron NAND G9 menjadikannya storan SSD yang menyokong PCIe Gen6 NVMe pertama di dunia Ia ...
Baru 6 Tahun Tapi Dah Hafal 65 Mata Wang Dunia Ibu Dedah Rahsia Latih Anak Genius

Baru 6 Tahun Tapi Dah Hafal 65 Mata Wang Dunia Ibu Dedah Rahsia Latih Anak Genius

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 127 hits
Bayangkan anak kecil berusia enam tahun sudah mampu menyebut 65 jenis mata wang dunia dengan tepat dan semuanya dilakukan dalam masa hanya satu minit Itulah yang dibuktikan oleh si cilik luar biasa bernama D Devakshean yang bukan sahaja men...
Amt2025 Bukti Kuasa Peminat Dalam Dunia Hiburan Malaysia Budiey Channel

Amt2025 Bukti Kuasa Peminat Dalam Dunia Hiburan Malaysia Budiey Channel

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 174 hits
Anugerah Melodi Terhangat 2025 kembali menggegarkan industri hiburan Malaysia dengan membawa satu naratif baharu peminat kini benar benar menjadi penentu arah Bayangkan lebih 2 juta undian rasmi telah dikumpul hanya beberapa hari sebelum ma...
Pembangkang Cuba Burukkan Negara Anwar Kembalikan Keprcayaan Dunia

Pembangkang Cuba Burukkan Negara Anwar Kembalikan Keprcayaan Dunia

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 131 hits
Sham GhazSaat Pembangkang Gagal main Isu untuk turunkan Anwar negara jiran kita percayakan Anwar Ibrahim boleh jadi orang tengah perang Thailand Kemboja harini Pembangkang Gagal tak reti nilai kaca dan permata Wakil Us dan China juga turut ...
Asyraf Wajdi Pas Pahang Hidup Dalam Dunia Mimpi Jika Kata Kerajaan Negeri Tak Fokus Urusan Pentadbiran

Asyraf Wajdi Pas Pahang Hidup Dalam Dunia Mimpi Jika Kata Kerajaan Negeri Tak Fokus Urusan Pentadbiran

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 157 hits
KUANTAN UMNO menempelak dakwaan pembangkang khususnya PAS Pahang yang menuduh kerajaan negeri tidak fokus dalam urusan pentadbiran negeri ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi pentadbiran kerajaan negeri di...
Harga Minyak Dunia Menurun Venezuela Bakal Kembali Ekspot

Harga Minyak Dunia Menurun Venezuela Bakal Kembali Ekspot

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 127 hits
Harga minyak di pasaran dunia sekitar US 65 satu tong Tegangan politik antara Amerika dan Venezuela mungkin reda lagi yang akan melihat lebih banyak pengeluaran minyak Venezuela diekspot ke pasaran dunia Demand atau permintaan untuk minyak ...
Lirik Lagu Tak Hilang Di Lembah Dunia Rais Kencana

Lirik Lagu Tak Hilang Di Lembah Dunia Rais Kencana

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 244 hits
Berkelip bintang beriring mega Menari angin di bukit permai Langkahku ini waris pusaka Darah berdaulat tak bisa tercicai Terpahat kisah zaman berzaman Tersurat dalam kitab sejarah Anak pertiwi tak pernah tenggelam Jiwanya hidup bersulam mar...
Hulk Hogan Meninggal Dunia

Hulk Hogan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 132 hits
WAN AZHAR WAN ABDULLAH dan KOSMO NEW YORK Legenda gusti Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun lapor laman berita Yahoo Menurut media Amerika Syarikat penggusti itu ditemui mati di kediamannya di Clearwater Florida pagi Khamis Adalah...
Intel Menjadikan Malaysia Pusat Pemasangan Dan Ujian Cip Sebuah Tanda Keyakinan Dunia

Intel Menjadikan Malaysia Pusat Pemasangan Dan Ujian Cip Sebuah Tanda Keyakinan Dunia

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 139 hits
Intel Menjadikan Malaysia Pusat Pemasangan dan Ujian Cip Sebuah Tanda Keyakinan Dunia 25 Julai 2025 Label Teknologi Ekonomi Catatan Kehidupan Ketika dunia masih bergelut dalam kekusutan rantai bekalan global datang satu khabar dari tanah ai...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Spring Blossom Wildflower Dan Country Festival

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

Frame Ala Ala Country Cottage

Perkampungan Fridge Magnets Ole Ole Dari Italy

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat

Puji Sedap Mat Saleh Terus Jatuh Hati Dengan Nasi Kerabu

Tiga Termasuk Kanak Kanak Maut Empat Cedera Dalam Kemalangan Di Rompin

Lyodra Bodohnya Aku Chord