Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Aplikasi Anak2U Segala laporan dan aktiviti harian pelajar melalui aplikasi Anak2U tanpa logbook.Segala maklumat dan aktiviti pelajar akan terus dipaparkan kepada ibu bapa. Bagus jugak tu, daripada situ kita dapat lihat sejauhmana prestasi anak kita.Prestasi dan perkembangan anak boleh dipantau mengikut penanda aras yang ditetapkan.Mengemaskini dan pembayaran yuran boleh dibuat melalui aplikasi.Aplikasi bantuan pembelajaran alaf baru dan permainan.
Aplikasi Anak2U TeacherAplikasi Anak2U Teacher direka khusus untuk guru. Di mana, dalam aplikasi ni, segala rekod dan butiran pelajar seperti aktiviti pelajar, kesihatan akan dinilai mengikut penanda aras yang telah ditetapkan kemudian disimpan dan direkodkan mengikut kelas masing-masing. Jika ada berlaku insiden ketika di sekolah, juga akan direkodkan ke dalam aplikasi ini untuk rujukan akan datang. Jadi, dengan adanya aplikasi seperti Anak2U Teacher, kerja guru-guru lebih bersistem, mudah dan lebih teratur.
Aplikasi Anak2U ParentAplikasi Anak2U Parent semestinya direka khusus untuk ibu bapa yang mana dalam aplikasi ini, ibu bapa akan menerima info dan laporan dari guru tentang prestasi anak mereka, aktiviti yang dijalankan sepanjang hari ketika di sekolah Ibu bapa dengan hanya klik pada nama si anak dan dari situ segala butiran anak akan keluar. Jika ada sebarang pertanyaan, ibu bapa boleh menghantar mesej kepada guru. Mudah kan aplikasi ni. Selain itu, segala pembayaran yuran turut dilakukan melalui aplikasi Anak2U Parent.
Aplikasi Anak2U Mari Belajar Membaca ni begitu sesuai bagi anak yang baru belajar mengenal huruf dan belajar membaca. Kinah suka dengan grafik yang disediakan. Memang menarik dan dapat menarik minat anak-anak untuk belajar membaca. Dalam aplikasi ni terbahagi keada tiga bahagian iaitu pengenalan huruf, mengenali perkataan dan permainan. Kinah yakin, anak-anak korang akan enjoy dengan apps Anak2U Mari Belajar Membaca ni. Tengah musim cuti sekolah ni, daripada mereka main permainan yang tidak mendatangkan faedah, download je aplikasi ni.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |