Proses Nyah Cemar Menghapus Virus
Sejak penghujung tahun 2019, seluruh dunia gempar dengan penemuan satu virus baharu yang dikenali sebagai Covid-19. Virus yang mula dikesan di China ini telah tersebar ke serata pelusuk dunia dan menjangkiti penduduk dunia dengan pantas sekali. Malaysia juga tidak terkecuali dan turut terkesan dengan pandemik wabak Covid-19 ini.
Antara simptom Covid-19 ialah demam, batuk kering dan jika keadaan berlarutan boleh menyebabkan sesak nafas. Sehingga 19 Mei 2020 sudah 6978 kes dicatatkan dengan 114 kes kematian di Malaysia. Manusia yang tidak bergejala atau mempunyai simptom juga berisiko tinggi menjadi pembawa virus Covid-19.
Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac 2020 di mana penjarakan sosial telah berlaku. Kedai, sekolah, hotel, tempat pelancongan, pusat membeli belah dan segala tempat sosial telah ditutup. Rentas antara negeri tidak dibenarkan, rakyat diminta untuk tinggal di rumah dan hanya keluar jika perlu. Keadaan ini merupakan pertama kali di dalam sejarah Malaysia dan juga seluruh dunia.
Sejajar dengan pengumuman dari pihak Kerajaan baru-baru ini, tiada lagi PKP namun telah ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana peraturan mula dilonggarkan sedikit demi sedikit mengikut panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, beberapa sektor ekonomi telah dibuka bermula 4 Mei 2020. Kesemua sektor akan dibuka secara berperingkat bagi membantu memulihkan kembali ekonomi negara yang terkesan akibat Covid-19 ini.
Antara SOP yang perlu dilakukan ialah meletakkan penanda jarak 1 meter antara setiap pelanggan, botol sanitizer di hadapan pintu masuk premis, perlu menulis nama dan number talefon atau scan barcode yang disediakan sebelum pelanggan dibenarkan masuk ke dalam premis tersebut. Selain itu, melakukan proses nyah cemar atau servis sanitasi sebelum memulakan operasi perniagaan.
Proses nyah cemar kuman merupakan aktiviti yang sering kali kita dengar dalam norma baharu mengahadapi Covid - 19 pada masa kini. Proses yang dijalankan untuk membunuh virus Covid-19 ini amat penting untuk membanteras penyebaran virus tersebut. Hal ini kerana virus ini tetap akan aktif selama 9 jam di permukaan yang disentuh oleh pembawa virus Covid-19. Antara kawasan yang berisiko tinggi terdapat virus adalah seperti tombol pintu, button lift, peralatan eletronik seperti keyboard komputer.
Oleh itu, sebelum memulakan operasi setiap premis sewajarnya menjalankan servis sanitasi terlebih dahulu. Semua kawasan akan dibersihkan dengan bahan kimia yang khusus untuk membasmi kuman, virus dan bakteria di premis anda.
Berikut merupakan antara kawasan yang mendapatkan servis sanitasi dari E Pest. Untuk pengetahuan anda, pihak kami komited dalam membantu anda menghapuskan virus di persekitaran anda.
Juruteknik bersedia sebelum servis nyah cemar dimulakan.
Servis nyah cemar dimulakan.
Juruteknik menjalankan servis sanitasi di bahagian peralatan pejabat seperti keyboard dan peralatan lain.
Juruteknik menjalankan servis sanitasi di peralatan pejabat seperti meja dan kerusi.Servis Sanitasi ini terbuka kepada semua industri atau premis seperti pejabat, sekolah, restoran, kilang dan sebagainya di sekitar kawasan Lembah Klang. Anda boleh terus menghubungi kami untuk konsultasi tentang service sanitasi yang disediakan oleh E Pest.
Untuk servis ini, kami menggunakan bahan kimia yang mendapat kelulusan KKM dan juga Sirim. Selain itu, juruteknik kami yang terlatih dan mempunyai kepakaran di dalam perkhidmatan kawalan serangga perosak.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi servis sanitasi, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Saya berminat dengan servis Sanitasi E Pest
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk service sanitasi di kediaman dan premis anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mypestnews.com/2020/05/proses-nyah-cemar-menghapus-virus.html