Projek Gila Gila Faizal Elly Dan Zizi


Lagu 4 Dara menjadi tular selepas penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein mendendangkannya secara berjenaka menerusi drama Kampung People 2.
Aksi dan gelagat Elly menerusi babak Minah Selamat dalam Kampung People 2 menerusi episod 6 dan meminta nyanyiannya disambung nyata mempopularkan semula lagu dendangan asal Ahmad Yusoh itu.
Ramai peminat termasuk golongan selebriti menyahut cabaran Elly menyambung nyanyiannya dan memuat naik dalam media sosial, sekali gus lagu 4 Dara menjadi siulan ramai.
Lagu ciptaan Atan Penambang dan Ahmad Yusoh serta lirik Ahmad Yusoh itu pernah dirakamkan Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Noraniza Idris, Datuk Sharifah Aini, S Roziah dan Fadzil Ahmad.

Terbaharu, penyanyi dan komposer, Faizal Tahir bakal berkolaborasi dengan Elly dan Zizi Kirana dalam memberi nafas baru pada karya berkenaan.
Zizi berkata, dia teruja apabila dipilih untuk berkolaborasi menerusi projek yang dicetuskan Faizal itu.
Calon Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu berkata, dia mendapat tawaran bekerjasama menerusi projek berkenaan, baru-baru ini.
“Sebelum projek lagu 4 Dara, saya pernah bekerjasama dengan Faizal yang juga penerbit untuk single lagu Tentu yang dilancarkan secara eksklusif oleh JOOX Malaysia.
“Tak sangka pula Faizal melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly. Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek ‘gila-gila’.
“Saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini. Kalau tolak, umpama menolak rezeki terpijak. Kita tahu Elly berjaya mempopularkan semula lagu 4 Dara menerusi drama Kampung People 2,” katanya kepada BH Online.
Zizi yang baru sahaja muncul dengan lagu selawat Qomarun atau Purnama bersama kumpulan nasyid UNIC berkata, dia dia mendendangkan bahagian tradisional dan rap.
“Jujurnya, saya tak sabar menanti hasilnya. Proses rakaman dan video muzik sudah siap dilakukan dan akan dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas pencalonan menerusi ABPBH 33, Zizi optimis dengan apa sahaja ketentuan dan keputusan.
“Saya bersaing dengan ramai penyanyi hebat menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia. Bagi saya, berada dalam top 20 pun sudah membuktikan perjuangan saya masih relevan.
“Menang atau kalah, adatlah bertanding. Tetapi, siapa tak mahu menang bukan?,” katanya yang akan mempersembahkan lagu 4 Dara menerusi satu acara mega, tidak lama lagi.
Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil berkata, dia turut bertindak sebagai salah seorang komposer menerusi single Tentu.
“Lirik lagu ini mencerminkan pemerhatian dan pandangan saya mengenai situasi semasa seluruh dunia. Kita berdepan kegetiran berikutan pandemik COVID-19. Malah, saya juga kehilangan rakan karib, Sandra Dianne, beberapa bulan lalu
“Lagu ini juga cuba menzahirkan kesedihan dan perjuangan saya melalui detik sukar dalam kehidupan dan arena seni,” katanya. BH
Trending: Lawak Habis! Sherry Alhadad Buat Cabaran Empat Dara, “Siap Bunyi Cencurut!” [Video]

The post Projek ‘gila-gila’ Faizal, Elly dan Zizi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/10/projek-gila-gila-faizal-elly-dan-zizi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 5 Hari Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir Elly Mazlein Zizi Kirana Masih Trending Di Youtube

Selepas 5 Hari Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir Elly Mazlein Zizi Kirana Masih Trending Di Youtube

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 686 hits
Selepas 5 Hari Empat Dara 2020 Masih Trending Di Youtube Pada awalnya lagu Empat dara yang pernah dipopularkan oleh Noraniza Idris telah dinyanyikan oleh Elly Mazlein dalam drama bersiri Kampung People yang menjadi perhatian ramai penonton ...
Elly Mazlein Faizal Tahir Zizi Kirana Empat Dara 2020 Chord

Elly Mazlein Faizal Tahir Zizi Kirana Empat Dara 2020 Chord

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 459 hits
GmEmpat dara duduk di tepi Gmsungai Am Dm Duduk menjerat si ketam Gmla batuGmSatu dua tigaEmpat anak daraGmSemua orang tahu aku boleh mengiraDmTapi kalau hilang satu anak daraGmBikin risau satu negaraGmSemua anak daraDJangan mudah percaya j...
Lirik Lagu Empat Dara 2020 Faizal Tahir Elly Mazlein Zizi Kirana

Lirik Lagu Empat Dara 2020 Faizal Tahir Elly Mazlein Zizi Kirana

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 680 hits
LIRIK LAGU EMPAT DARA 2020 FAIZAL TAHIR ELLY MAZLEIN ZIZI KIRANA Tajuk Lagu Empat Dara 2020Artis Faizal Tahir Elly Mazlein Zizi KiranaEmpat dara duduk di tepi sungaiDuduk menjerat si ketam la batu1234 anak dara Semua orang tahu aku boleh ma...
Dulu Hitam Dan Tak Cantik Ramai Tak Percaya Dengan Perubahan Tak Masuk Akal Wanita Ini Photo No 4 Tu Paling Gila

Dulu Hitam Dan Tak Cantik Ramai Tak Percaya Dengan Perubahan Tak Masuk Akal Wanita Ini Photo No 4 Tu Paling Gila

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 576 hits
Anda pasti akan kenal dengan wanita ini jika aktif dalam media sosial Wanita yang dikenali sebagai ALeksis Corbi ini menjadi tular kerana kejelitaannya dan keseksian ketika bergambar Aleksis Corbi atau nama asalnya Alexis C Salita adalah pe...
Keputusan Mesyuarat Mt Umno Menjawab Tuduhan Umno Gila Kuasa

Keputusan Mesyuarat Mt Umno Menjawab Tuduhan Umno Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 396 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020 yang lepas mendapat perhatian dan kecaman dari pelbagai pihak Ketika negara sedang dilanda gelombang ketiga Covid 19 UMNO dituduh sebagai parti politik yang tidak sensitif dengan ma...
Lancar Lagu Selawat Qomarun Purnama Bersama Unic Zizi Dikecam Tak Sesuai

Lancar Lagu Selawat Qomarun Purnama Bersama Unic Zizi Dikecam Tak Sesuai

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 348 hits
Penyanyi Zizi Kirana 35 telah melancarkan projek kolaboratif pertamanya bersama kumpulan nasyid UNIC berjudul Purnama iaitu berkenaan nyanyian dan alunan selawat Qomarun semalam source
Sinopsis Filem M4m4 Lakonan Nabila Huda Dan Faizal Hussein

Sinopsis Filem M4m4 Lakonan Nabila Huda Dan Faizal Hussein

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 882 hits
SINOPSIS FILEM M4M4 LAKONAN NABILA HUDA DAN FAIZAL HUSSEIN Tarikh tayangan 6 Februari 2020 Pengarah Eyra RahmanPenulis Faten SyamimiePenerbit Mokharul Shamsul MokhtarPelakon Nabila HudaBella DowannaEyra HazaliFaizal HusseinSinopsis Filem M4...
Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tempat Paling Misteri Di Dunia Yang Ke 3 Masih Jadi Tanda Tanya Saintis

4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat