Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 3
bertemu lagi kita dalam post ke 3 ini..terima kasih pada yang melawat blog saya.Bersambung dalam proses membersih/mencuci part-part kecil.Seterusnya selepas membersihkan kerak carbon pada valve,bolehlah buat proses valve lapping untuk memastikan valve kita akan melekap pada lubang tanpa kebocoran.

Gambar atas - Saya gunakan cordless drill untuk proses valve lapping ni.Kalau nak manual guna tangan penat,sebab ada 24 valve nak lapping.

Gambar atas - Letak paste/compound valve lapping dekat hujung valve.

Gambar atas - Keadaan waktu overlapping.Gambar ni dari view dari bawah.Habis overlapping semua valve,saya bersihkan pula lubang exhaust.

Gambar atas - Saya guna polish bit untuk bersihkan dan ratakan permukaan lubang.Kemudian saya polish sikit gunakan autosol.

Exhaust outlet selepas dibersihkan

Gambar atas - Bersihkan juga lubang intake.Gosok denagn kertas pasir 600cc lepas tu polish sikit gunakan autosol.Ini bagi memastikan kelancaran udara masuk.
Setelah membersihkan kesemua lubang intake dan exhaust bolehlah beralih pada oil sump.Ini adalah proses mengeluarkan piston.

Gambar atas - Inilah oil sump yang perlu dilepaskan.Buka semua skrew 10 yang ada pada oil sump.


Gambar atas - Selepas membuka oil sump.Nampak dah kotor,minyak melekat pada cover crankshaft.
Buka lagi skrew 10 yang ada untuk melepaskan filter dan cover.

Gambar atas - Rupa selepas membuka cover..Nampak Crankshaft dan holder.Untuk melepaskan holder,buka skrew dalam bulatan...size 17 kalau tak silap.Maaf lupa size.

Gambar atas - Buka skrew Connecting rod size 12 untuk mengeluarkan piston.Perlu pusingkan crankshaf satu persatu bagi memastika connecting rod berada paling bawah,ini akan memudahkan proses membuka skrew dan mengeluarkan piston dari silinder.
Bersambung pada post seterusnya....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ringkasahaja.blogspot.com/2024/12/project-overhaul-perdana-v6-6a12_54.html