Macam Khair sendiri, bila head coach dah buat penilaian.. dia dikategorikan sebagai Y1. Yakni, dia adalah pelajar yang sedang belajar armpulling dan pernafasan. Dalam bahasa mudah, kiranya masa dia tengah berenang tu.. dia tengah nak mahirkan diri untuk berenang sambil ambil nafas.
R1 – Pelajar masih belajar tahan nafas dan bubbles.R2 – Pelajar masih belajar terapung sambil tahan nafas dan belajar push-off daripada wall tanpa bantuan.R3 – Pelajar sedang belajar kicking dengan bantuan dan tanpa bantuan jurulatih.Y1 – Pelajar sedang belajar armpulling dan pernafasan.Y2 – Pelajar sudah dapat menguasai backfloat dan sudah boleh berenang freestyle sejauh 25m dan ke atas tanpa bantuan jurulatih.B1 – Pelajar sudah dapat berenang freestyle dan breaststroke (kuak dada) sejauh 25m dan ke atas tanpa bantuan jurulatih.B2 – Pelajar sedang belajar backstroke dan betulkan stroke.G – Tahniah. Pelajar sudah dapat menguasai semua stroke (freestyle, breaststroke, backstroke dan butterfly) dengan berenang sejauh 25m ke atas tanpa bantuan jurulatih.Well.. bagi aku, progress dia okay je kot. Nak kata slow atau laju, aku sendiri pun tak tahu slow atau selaju mana pelajar boleh pandai berenang. Even aku sendiri pun tak tahu berenang. So bila dia dah sampai tahap sekarang ni, aku impressed. Hahaha.
Fuh.. Bila tengok Khair baru dalam kategori Y1, aku dah bayangkan macam jauh lagi perjalanan dia tu. Hopefully dia tak buat perangai nak stop training kat tengah-tengah. Hohoho|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |