Program Pemeriksaan Kanser Paru Paru Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan Secara Percuma


 hai assalammualaikum
Kerjasama Perintis Penjagaan Kesihatan Untuk Meluaskan Akses Kepada Diagnosis Kanser Paru-Paru Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Secara Percuma - Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama sekali lagi dan berganding tangan dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta terkemuka; Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway untuk menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma kepada rakyat Malaysia. 
Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama dan jika perlu, siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier yang disebutkan tadi


Program pemeriksaan kanser paru-paru AI yang percuma ini telah dimulakan oleh Dr. Anand Sachithanandan, Pakar Bedah Kardiotoraks dan Presiden LCNM bersama Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara, AstraZeneca Malaysia, demi menghidupkan hasrat mereka yang dikongsi bersama untuk menggalakkan pengesanan awal kanser paru-paru


Kerjasama Perintis Pernjagaan Kesihatan Untuk Meluaskan Akses Kepada Diagnosis Kanser Paru-Paru Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Secara Percuma
Kanser paru-paru adalah kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan kanser di kalangan kaum lelaki rakyat Malaysia . Kebanyakan kes kanser paru-paru dikesan lewat dan ini menyebabkan penurunan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis ini berbanding jenis kanser utama yang lain di negara kita . 

Melalui penubuhan program ini, rakyat Malaysia - terutamanya mereka yang berkemungkinan berada dalam kategori berisiko tinggi seperti bekas perokok tegar dan mereka yang masih lagi merokok - akan dapat mengesan kehadiran awal kanser melalui penggunaan teknologi canggih yang tersedia

Pengesanan penyakit kanser paru-paru peringkat awal adalah penting kerana hasil rawatan dan prognosis sangat bergantung pada peringkat penyakit. 

Menurut Dr. Anand, prognosis yang tidak baik di kalangan pesakit kanser paru-paru selalunya disebabkan kebanyakan pesakit tidak akan mengalami apa-apa tanda atau gejala pada peringkat awal penyakit ini dan mereka hanya akan sedar tentang masalah kesihatan mereka apabila penyakit ini telah lanjut. Dengan pendekatan terapi pelbagai disiplin dan pelbagai mod, kanser paru-paru yang dikesan pada peringkat awal dapat membawa prognosis yang sangat baik kerana rawatan kuratif akan lebih berkesan dan lebih kos efektif apabila kanser mula dirawat pada peringkat ini. 

“Sejarah keluarga dan pencemaran udara merupakan faktor risiko yang utama untuk peningkatan trend kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok. Kerjasama yang menggunakan teknologi AI untuk saringan kanser ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia akan membantu memenuhi keperluan pengesanan kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok,” kata Dr Anand

Perikatan ini menandakan kerjasama pelbagai pihak yang unik antara klinik penjagaan utama Qualitas terpilih dan tiga hospital pakar dalam usaha mereka untuk menyediakan akses kepada teknologi AI (Qure.ai) dan pengimejan LDCT yang canggih untuk pesakit. 

Dengan akses yang dipertingkatkan, alat tafsiran X-ray AI yang menggunakan algoritma pembelajaran mendalam untuk mengesan keabnormalan pada radiografi dada boleh meningkatkan kepekaan untuk pengesanan nodul paru-paru yang selalunya merupakan tanda pertama kanser paru-paru. Kes yang disyaki kemudiannya akan disiasat selanjutnya dengan imbasan LDCT bukan kontras yang merupakan kaedah saringan yang terbukti baik untuk mengurangkan kematian berkaitan kanser paru-paru bagi individu berisiko tinggi

“X-ray dada AI akan meningkatkan ketepatan diagnostik dan mempercepatkan rujukan kes kepada pakar paru-paru yang berkaitan. Dengan penyiasatan dan rawatan yang lebih pantas, kadar kelangsungan hidup yang lebih baik boleh dijangkakan. Kemajuan perubatan yang inovatif seperti ketersediaan mesin algoritma AI pembelajaran mendalam ini merupakan satu langkah besar untuk industri dan berpotensi untuk mengubah status industri perubatan semasa. Kami berharap untuk mewujudkan peralihan peringkat penyakit secara berkesan sambil mengesan lebih banyak kanser paru-paru di peringkat awal dalam komuniti,” jelas Dr. Anand lagi.      

Mengulas mengenai kerjasama ini, Dr. Sanjeev Panchal berkata, “Melalui kerjasama yang kedua dengan Lung Cancer Network Malaysia, Kumpulan Perubatan Qualitas dan kini dengan barisan hospital tertier, kami berharap untuk meluaskan akses bagi pesakit untuk mendapatkan diagnosis awal kanser paru-paru untuk mengurangkan kadar kematian disebabkan penyakit ini di Malaysia

 Penyepaduan teknologi inovatif seperti AI untuk saringan kanser paru-paru yang bermula di peringkat penjagaan utama adalah bukti bagaimana pemeriksaan awal boleh meningkatkan kadar rujukan yang tepat bagi individu berisiko tinggi untuk mendapatkan diagnosis lanjut dari hospital tertier yang menggunakan teknik pengimejan LDCT yang langsung dapat menyelamatkan nyawa. 
Cita-cita AstraZeneca adalah untuk melampaui pil dan mencipta ekosistem kesihatan yang teguh sambil menggalakkan diagnosis awal untuk mengurangkan beban penyakit lalu meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan."
Setiap pihak kerjasama ini berharap inisiatif ini akan membuka jalan kepada pengusaha industri lain untuk menyertai gabungan ini untuk membantu meluaskan lagi akses bagi pesakit untuk mendapatkan diagnosis kanser paru-paru pada harga yang berpatutan di negara ini. 
Untuk maklumat lanjut tentang kempen saringan percuma ini, sila kunjungi:
https://www.lungcancer.net.my/free-ldct-lung-screening-programme-2/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/09/program-pemeriksaan-kanser-paru-paru-dengan-teknologi-kecerdasan-buatan-ai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Palsu Rm27 Juta Program Teknologi Digital 2 Lagi Ditahan Sprm

Tuntutan Palsu Rm27 Juta Program Teknologi Digital 2 Lagi Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 373 hits
SPRM berkata kedua dua suspek didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM27 juta bagi program latihan berkaitan teknologi digital PUTRAJAYA Dua lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan k...
Intip Pengolahan Beras Menggunakan Teknologi Canggih Mrmp Di Karawang

Intip Pengolahan Beras Menggunakan Teknologi Canggih Mrmp Di Karawang

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 208 hits
Intip Pengolahan Beras Menggunakan Teknologi Canggih MRMP di Karawang Infrastruktur MRMP ini bertujuan untuk membantu petani dan menyederhanakan alur proses pengolahan beras yang terpusat dalam fasilitas pengolahan gabah hasil panen berbasi...
Lg Rilis Mesin Cuci Dan Styler Dengan Teknologi Canggih Perawatan Pakaian

Lg Rilis Mesin Cuci Dan Styler Dengan Teknologi Canggih Perawatan Pakaian

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 305 hits
LG Electronics Indonesia merilis produk styler dan mesin cuci berteknologi pintar dengan fitur kecerdasan buatan bernama AI DD
Biden Tandatangan Perintah Eksekutif Kajian Pelaburan Asing Bidang Teknologi

Biden Tandatangan Perintah Eksekutif Kajian Pelaburan Asing Bidang Teknologi

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 201 hits
Biden tandatangan perintah eksekutif kajian pelaburan asing bidang teknologi Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16
Pelajar Lelaki Maut Pistol Buatan Sendiri Dibawa Rakan Ke Sekolah Tak Sengaja Meletup

Pelajar Lelaki Maut Pistol Buatan Sendiri Dibawa Rakan Ke Sekolah Tak Sengaja Meletup

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 249 hits
Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut apabila pistol buatan sendiri yang dibawa rakannya ke sekolah meletup secara tidak sengaja dalam bilik komputer di sekolah Nonthaburi Thailand Menurut kenyataan jurucakap polis Kapten Saiyon Thon...
Lirik Lagu Cinta Hanya Buatan Nyanyian Afieq Shazwan Dan Muna Shahirah

Lirik Lagu Cinta Hanya Buatan Nyanyian Afieq Shazwan Dan Muna Shahirah

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 455 hits
Lirik Lagu Cinta Hanya Buatan Afieq Shazwan dan Muna ShahirahSetelahku sedari hati ini hanya mainanUntuk kau permudahkanDan terluka beginiSetelahku fahami rasa itu hanya buatanMembuatku percayaDan terpujuk hatikuSudah Berakhirnya kisah luka...
Gandeng Pemprov Jabar Gudang Ada Bantu Tingkatkan Produktivitas Umkm Lewat Teknologi

Gandeng Pemprov Jabar Gudang Ada Bantu Tingkatkan Produktivitas Umkm Lewat Teknologi

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 185 hits
GudangAda dan Dinas Koperasi dan UKM Provinsi Jawa Barat turut menandatangani komitmen bersama dalam peningkatan produktivitas pelaku usaha kecil melalui pemanfaatan teknologi informasi di Jawa Barat
Xl Axiata Pakai Teknologi Milik Huawei Tingkatkan Kualitas Jaringan

Xl Axiata Pakai Teknologi Milik Huawei Tingkatkan Kualitas Jaringan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 275 hits
XL Axiata berkolaborasi dengan Huawei mengimplementasikan teknologi terbaru FDD Smart 8T8R Hasil serangkaian uji coba yang telah dilakukan menunjukkan peningkatkan kualitas dan kapasitas jaringan hingga 2 9x
Mendagri Tito Ungkap Tantangan Penerapan Kota Cerdas Teknologi Harus Menyeluruh

Mendagri Tito Ungkap Tantangan Penerapan Kota Cerdas Teknologi Harus Menyeluruh

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 160 hits
Saat ini dari 27 400 aplikasi yang dimiliki instansi pusat dan daerah ternyata sebagian besar merupakan duplikasi sambung Tito
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked