Profesor Salun Rambut Scopus


 

Ada satu rahsia yang sesetengah orang akademik di universiti tidak mahu anda tahu. Saya bakal mendedahkan rahsia itu dengan tulisan saya yang tidak berindeks ini. Baru-baru ini, dua orang penyelidik dari Czech Republic membuat pendedahan yang mengejutkan. Mereka adalah Vít Macháček dan Martin Srholec yang menulis sebuah kertas ilmiah berjudul “Predatory publishing in Scopus: evidence on cross-country differences”. Saya sekarang akan memudahkan untuk anda, orang awam memahaminya. Anda perlu terus membacanya. Anda akan terkejut di hujung pojok ini.
Untuk orang akademik, kalimat Scopus sangat bermain di mulut mereka. Scopus, menurut seorang Profesor kepada saya adalah umpama wang atau jongkong emas untuk ahli akademik. Banyak Scopus maka tinggilah nilai pensyarah itu. Kalimat kedua selain Scopus yang mungkin menjadi bualan ialah apa yang dinamai sebagai penerbitan atau jurnal “predator” (pemangsa).
Mengapakah sesetengah orang akademik di universiti tidak mahu anda tahu mengenainya?
Begini, terdapat satu ‘perniagaan’ dalam dunia akademik. Jurnal-jurnal yang dijadikan tempat penerbitan ahli akademik itu haruslah berdaftar atau diindeks dengan satu pangkalan data antarabangsa yang dikenali sebagai Scopus. Ia adalah semacam satu prestij yang dibina. Maka jurnal yang baik selalunya akan dihujahkan sebagai berdaftar atau terindeks dengan pangkalan data Scopus ini. Buat masa ini terdapat sekitar 36,377 judul jurnal melibatkan 11,678 penerbit yang didaftarkan dengan pangkalan data ini.
Jika jurnal terbitan anda itu menghimpunkan sejumlah kertas akademik yang bermutu, tetapi tidak terindeks di Scopus maka jurnal yang anda dan kawan-kawan kendalikan itu akan dianggap tiada prestij. Hal siapa dan mengapa kita perlu menghambakan diri dengan Scopus ini tidak akan saya bincangkan di sini.
Untuk berkelayakan sebagai jurnal terindeks Scopus, terdapat beberapa ciri yang perlu dipenuhi. Antara lain ialah ketepatan atau disiplin penerbitan jurnal itu, sejumlah anggota sidang editor yang berwibawa, penilaian setanding atau “peer review” yang ketat dan pelbagai lagi.
Dalam banyak-banyak jurnal terdaftar di Scopus itu ada sejumlah yang dinamakan “predator” atau pemangsa, di mana dalam keadaan tertentu, terdapat pentadbir jurnal yang licik masih dapat berdaftar dengan Scopus ini. Jurnal-jurnal ini secara praktisnya tidak pun mematuhi kelayakan yang disyaratkan Scopus itu. Sebagai contoh, katakan jurnal ini tidak memerlukan pun penilaian setanding yang bersungguh. Penilaian setanding untuk rekod anda, adalah apabila seorang ahli akademik menilai kerja ahli akademik yang lain dan memberikan kritikan, pandangan dan ulasan yang adil, lagi membina.
Proses penulisan, penghantaran, penilaian, penyuntingan dan akhirnya penerbitan sesebuah artikel di sesebuah jurnal terindeks Scopus kadang-kadang mengambil masa hampir setahun. Ia menjadi lebih sulit jika jurnal itu didefiniskan pula sebagai Q1 atau Q2 yakni kadar perujukannya sangat tinggi dalam bidang akademik itu. Yang pasti jurnal dengan tahap Q ini tidak perlu dibayar pun, dan memang selalunya bermutu. Cuma untuk menerbitkan di sini selalunya “super” payah.
Akan tetapi, dengan jurnal pemangsa, masa penerbitan dapat disingkatkan. Sesingkat mana? Sangat singkat, seperti anda menghantar pada 8.30 pagi dan pada 5.30 petang hari yang sama karya anda itu sudah pun diterbitkan di jurnal tersebut. Adakah kerana hasil penyelidikan beliau itu sangat hebat? Tidak, malahan kebalikan darinya. Jurnal “predator” ini selalunya tidak diketahui siapa sidang editornya, siapa penerbitnya, dan untuk menerbitkan karya di sini; selalunya pensyarah membayar sehingga RM5,000; ada yang sanggup membayar sehingga lebih dari itu, iaitu melampaui kemunasabahan. Jurnal “predator” adalah semacam Macau scam dalam dunia akademik. Jurnal ini malah tiada penarafan Q pun.
Vít Macháček dan Martin Srholec secara jelas menyebutkan ‘sifat 20’ jurnal “predator” ini:
“In contrast to standard subscription based models, authors publishing via paid open-access make business directly with publishing houses. They pay article processing fees directly to the publisher of the journal. Both authors and publishers are motivated to publish articles. Predatory journals perform only vague, pro-forma, and in some cases no peer-reviews, and allow publication of pseudo-scientific results. Predatory journals have also been accused of aggressive marketing practices, having fake members of editorial boards and amateur business management.”
Nah, mengapa pensyarah atau ahli akademik membayar harga yang tinggi untuk menerbitkan di jurnal terindeks Scopus ini?
Pertama, di banyak universiti awam; ia adalah merupakan satu syarat untuk kenaikan pangkat. Katakan, untuk meningkat naik ke taraf profesor madya seseorang itu perlu memiliki 10 buah artikel terindeks Scopus yang diberikan markah H tertentu. Atau seorang profesor C untuk naik ke profesor A dia perlu memenuhi kehendak beberapa puluh pula penerbitan terindeks Scopus. Kenaikan gelar adalah kenaikan gred juga kenaikan gaji dalam sistem perjawatan di negara kita.
Kedua, pemburuan Scopus juga agar universiti kita di Malaysia akan naik kedudukannya dalam senarai penarafan universiti secara sejagat kerana salah satu ukuran yang digunakan ialah jumlah penerbitan ‘berprestij’ iaitu yang terindeks Scopus.
Maka di sinilah berlakunya ‘jenayah akademik’ yang berlaku untuk sekian lama. Mereka menstrategikan bagaimana boleh menceroboh sistem yang lemah ini. Kadang-kala, mereka bukan seorang yang berilmu pun dalam bidang tetapi mereka licik. Inilah sebabnya anda kadang kala merasa hairan mengapa profesor yang bercakap di kaca televisyen itu tidak pun semacam profesor, malah kadang-kala semacam kaki “U-turn”, bergaya bomoh, atau kelihatan ibarat profesor pasu bunga, atau pensyarah langau. Ini kerana, mungkin sahaja ia beroleh gelar profesor kerana ia menulis dan menerbitkan banyak hasil penyelidikannya di jurnal “predator” ini.
Untuk membolehkan banyak hasil dihantar ke jurnal pemangsa ini, sang profesor akan memangsai pula siswa yang sedang membikin sarjana atau doktorat dengannya. Untuk nota, seorang siswa perlu menerbitkan beberapa artikel Scopus sepanjang pengajian dan menjadi syarat graduat. Ada universiti di Malaysia mewajibkan pelajarnya menerbit di jurnal Q1. Secara munasabahnya ini sulit dilakukan, atau secara rasionalnya mungkin paling-paling satu makalah terindeks Scopus dapat dihasilkan. Akan tetapi, kini dengan jurnal “predator” ini, ia dapat dilakukan dengan mudah sekali. Janji dibayar.
Mengapa anda harus peduli? Anda wajib peduli, kerana dalam banyak keadaan; profesor ini membayar dengan wang anda. Kerajaan memberikan dana penyelidikan kepada pensyarah untuk melakukan penyelidikan dan dana kerajaan ini datang dari poket anda, datang dari perbendaharaan, datang dari perguliran ekonomi Mak Cik Kiah. Maka harus dinyatakan di sini, dalam banyak keadaan wang awam telah diselewengkan untuk membayar kerja penyelidikan yang tidak bermutu atau tergesa-gesa serta diterbitkan dengan sengaja di jurnal “predator” ini demi melesatkan kecepatan naik pangkat.
Maka anda akan terkejut contohnya saya katakan yang seorang profesor usuluddin misalnya ada menulis makalah kejuruteraan. Ini berlaku kerana profesor usuluddin ini perlu kekal jadi profesor, atau perlu naik pangkat dengan segera; dan untuk menerbitkan kertas di jurnal Scopus yang ketat amat sukar. Akan tetapi jika dibayar kepada jurnal predator ini, ia akan menempuh jalan mudah. Maka berlakulah gotong royong dalam menulis makalah.
Kadang kala satu kertas ditulis lebih enam orang. Pensyarah usuluddin katakan tersenarai menjadi pengarang ketiga dalam kertas kejuruteraan kerana terdapat pakatan antara beliau dan pemunya makalah dari bidang kejuruteraan itu. Sebagai balasan, pensyarah kejuruteraan mungkin pula menerbitkan karya usuluddin. Bila dia menjadi profesor kelak, maka dia layak dianggap ustaz (meskipun jurutera) tambah-tambah kalau pandai baca hadis dan mengecam mana-mana penyanyi kerana terlebih gelek.
Apakah yang mengejutkan dari pendedahan Vít Macháček dan Martin Srholec dalam kertas berjudul “Predatory publishing in Scopus: evidence on cross‐country differences” itu?
Pendedahan mereka adalah mengenai ahli akademik di Malaysia yang menduduki tangga kelima menerbitkan di jurnal haram jadah ini, yakni mereka mungkin besar membayar kos penerbitan di jurnal tipu ini dengan wang awam. Kedua-dua pengkaji menyatakan; “Kazakhstan and Indonesia appear to be the most dire, with roughly every sixth article falling into the predatory category. They are followed by Iraq, Albania and Malaysia, with more than every tenth article appearing in predatory journals.”
Kazakhstan, Indonesia, Iraq, Albania dan Malaysia adalah negara yang paling aktif menerbitkan di jurnal gila ini. Menurut pengkaji lagi, pensyarah dalam bidang sains sosial adalah yang paling rajin ikut terbabit dengan penipuan ini; “Social Sciences are particularly ravaged by this problem in a number of countries: in 7 countries, including the relatively large research systems of Malaysia, Indonesia and Ukraine, more than one fifth of articles appear in predatory journals, and in 14 countries more than one tenth of articles fall into this category. Arguably, the credibility of the whole field is at stake here.”
Dalam bidang sains kesihatan, pensyarah Malaysia misalnya berada di tangga ke-16 terlibat dengan jurnal “scammer” ini. Dalam sains hayat kita di tempat kedua, dan demikian juga dalam bidang sains sosial. Bidang usuluddin, dan syariah yang melibatkan ramai pemegang PhD dalam kalangan agamawan (dan menteri) termasuk bawah bidang sains sosial ini. Demikian juga bidang sains politik, ekonomi, sosiologi, dan sejarah. Inilah sebabnya jika anda mendengar ahli akademik di kaca televisyen anda akan berasa seperti berada di salun rambut Mei Hwa. Inilah rahsianya. Dia adalah profesor salun rambut Scopus.
Dua orang pengkaji yang saya nyatakan dalam artikel saya – yang tidak terindeks dek Scopus ini – mengingatkan bahawa penipuan dan penyelewengan dalam bidang penyelidikan ini tidak menguntungkan negara dan masyarakat. Mereka menyebut, saya petik:
“Taken at face value, the evidence presented in this paper indicates that countries at a medium level of economic development and with large research sectors are most susceptible to predatory publishing. This should be a dire warning for developing countries which devote large resources to support research, but which may not pay sufficient attention to upgrading their research governance capabilities, including research evaluation framework. Moreover, the evidence suggests that oil-rich and/or Arabic and/or eastern countries tend to be particularly vulnerable, which completes the picture of who should be primarily on the lookout for predators.”
Ingatan mereka dalam kesimpulan kertas kajian mereka itu harus menginsafkan kita. Pendedahan ini menjelaskan kepada kita bahawa terdapat satu keperluan untuk mengkonsepsikan apa itu ‘jenayah akademik’ di mana pensyarah yang sepatutnya orang berilmu memanipulasi dana awam untuk mengejar naik pangkat (dan gaji) dengan cara menerbit di jurnal palsu. Saya menjanjikan kejutan kepada anda di awal.
Ada seribu satu macam rahsia sebetulnya di universiti. Buat masa ini, biarlah rahsia. -FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/profesor-salun-rambut-scopus.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+t

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Keliru Ini Penjelasan Mufti Wpkl Tentang Hukum Potong Kuku Atau Rambut Ketika Haid Dan Nifas

Ramai Keliru Ini Penjelasan Mufti Wpkl Tentang Hukum Potong Kuku Atau Rambut Ketika Haid Dan Nifas

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 237 hits
Kuku atau rambut yang panjang pasti menimbulkan ketidak oiliihselesaan dalam membuat kerja harian Mungkin ramai di kalangan para wanita yang masih keliru adakah semasa haid atau nifas dibenarkan memotong kuku atau rambut
Priyanka Chopra Jonas Lancar Produk Penjagaan Rambut Vegan

Priyanka Chopra Jonas Lancar Produk Penjagaan Rambut Vegan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 254 hits
Dari gelaran Miss World 2000 pelakon ikon global dan pengarang kini Priyanka turut bergelar usahawan dengan pelancaran jenama penjagaan rambut Anomaly Sejak bertahun tahun isteri kepada pemuzik Nick Jonas ini sentiasa tampil ikonik dengan d...
Puremae Aromatherapy Shampoo Dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Puremae Aromatherapy Shampoo Dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 269 hits
PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut Holaaa Hi guys Aduh sekarang ni aku semakin kesempitan masa sampaikan blog pun sedikit terabai Mesti korang rindu nak baca bebelan aku kan Baik ngaku Haha Tak de la gur...
Bikin Pangling Ini 6 Potret Terbaru Leony Trio Kwek Kwek Dengan Rambut Biru

Bikin Pangling Ini 6 Potret Terbaru Leony Trio Kwek Kwek Dengan Rambut Biru

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 259 hits
Masih ingat dengan Leony Vitria Hartanti personel Trio Kwek Kwek yang tenar di era 1990 an Kini wanita kelahiran Jakarta 20 September 1987 itu terlihat pangling dengan potongan rambut pendek dengan warna biru Seperti apa potret terbarunya y...
Najib Razak Cari Orang Edit Sebar Gambar Muda Dengan Rambut Panjang

Najib Razak Cari Orang Edit Sebar Gambar Muda Dengan Rambut Panjang

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 511 hits
949 total views 949 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemaskini Twitter miliknya baru baru ini sedang mencari orang yang dipercayai mengubah gambar lamanya Najib Razak mendakwa ada orang yang telah mengubah ...
Seawal 7 Hari Tiada Rambut Gugur Bebas Kelemumur Dengan Lavoo Protien Series Hair Treatment

Seawal 7 Hari Tiada Rambut Gugur Bebas Kelemumur Dengan Lavoo Protien Series Hair Treatment

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 362 hits
SEAWAL 7 HARI TIADA RAMBUT GUGUR BEBAS KELEMUMUR DENGAN LAVOO PROTIEN SERIES HAIR TREATMENT Okay kali ini mummy nak share kan pada semua tentang pengalaman mummy Sebenarnya masalah ini adalah masalah lama yang belum selesai Masalah apa yang...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas