Prnjohor Syed Saddiq Menjadi Pengiring Calon Dap Bukannya Muda
Oleh Nurul Aishah
Belum puas nampaknya Syed Saddiq menipu bangsa Johor, hari ini adalah hari paling penting serta bersejarah bagi mana-mana individu yang berpeluang menjadi calon pilihanraya.
Samada pilihanraya umum, negeri atau pilihanraya kecil, inilah hari yang ditunggu-tunggu. Selangkah lagi akan merubah kehidupan seseorang dari kehidupan biasa kepada kehidupan menjadi seorang wakil rakyat.
Rezeki yang kadang-kala tidak dijangka. Ada yang berusaha tetapi tidak berjaya. Ada yang tidak pernah terfikir dan akhirnya diberi peluang untuk bertanding dan berakhir dengan kemenangan.
Bukan mudah untuk mencapai ke tahap menjadi calon. Dari jumlah ahli puluhan ribu orang, hanya seorang sahaja dipilih dari parti yang ingin turut serta. Ada yang merajuk sehingga sanggup bakar bendera parti dan bertindak keluar parti dan bertanding atas tiket bebas.
Di pilihanraya negeri Johor yang buat julung kalinya berlaku, seorang presiden parti awal-awal lagi menunjukkan warna dirinya yang sebenar.
Syed Saddiq rupanya lebih mengutamakan calon DAP bagi DUN N46 Perling. Rata-rata ahli MUDA ingatkan Syed bakal bersama salah satu calon dari partinya sendiri namun kelibatnya tidak kelihatan di tujuh DUN parti MUDA bertanding.
Syed Saddiq rupanya menjadi pencadang kepada calon DAP iaitu Liew Chin Tong.
Apa sudah jadi? Kenapa tidak menyibukkan diri bersama calon MUDA yang sememangnya tiada pengalaman sebagai calon. Kenapa berada di kem DAP? Adakah ini antara sebahagian syarat yang DAP kenakan kepada Syed sekiranya ingin menjadi “orang” DAP?
Adakah ini juga sebagai syarat mendapat wang dana pilihanraya negeri dari DAP.
Belum cukup dengan menjadi tunggangan taikun, rupanya gila menjadi budak suruhan DAP?
Bangsa Johor berhati-hati. MUDA adalah DAP.
The post #PRNJohor: Syed Saddiq Menjadi Pengiring Calon DAP, Bukannya MUDA appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/26/prnjohor-syed-saddiq-menjadi-pengiring-calon-dap-bukannya-muda/