Prktgpiai Pertandingan 6 Penjuru




PRK Tanjung Piai yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), BN, Gerakan, Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon Bebas.
Ketua Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini yang dipertaruhkan PH akan dicabar Ketua MCA bahagian itu yang juga bekas anggota parlimen kawasan itu selama dua penggal, Wee Jeck Seng.
Gerakan diwakili timbalan setiausaha agungnya Wendy Subramaniam dan Berjasa oleh presidennya Dr Badrulhisham Abdul Aziz.
Dua calon bebas ialah Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar.
Hanya mereka yang menghantar borang pencalonan hari ini.
Seorang individu hadir untuk mendaftarkan diri sebagai calon tetapi membatalkan rancangan itu kerana ketiadaan pencadang. Dia enggan menyatakan namanya kepada media.
Terdahulu, ada khabar angin bahawa Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Ibrahim Ali akan bertanding. Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Shamsubahrin Ismail juga berkata mahu bertanding tetapi tidak kelihatan hari ini.
PRK Tanjung Piai diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu.
Pada PRU ke-14, Farid memenangi kerusi Parlimen itu apabila memperoleh 21,255 undi, menewaskan Wee (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi).
Kira-kira lebih 3,000 penyokong hadir memenuhi pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim sejak awal pagi tadi.
Wee berarak dari bangunan Umno Pontian bersama kira-kira 2,000 penyokong BN kira-kira pada pukul 8.30 pagi.
Antara pemimpin yang turut bersama ialah Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Wee Ka Siong, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan bekas perdana menteri Najib Razak.
Penyokong melaungkan “hidup BN” dengan ada yang membawa sepanduk tertera “Luaskan kuasa BN” dan “Selamatkan Tanjung Piai”.
Sementara itu, Karmaine diiringi kira-kira seribu penyokong berarak dari Stadium Mini Pontian. Antara pemimpin lain bersamanya ialah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Tian Chua.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula hari ini dengan tarikh mengundi pada 16 November. Pengundian awala akan dijalankan pada 12 November.
Parlimen Tanjung Piai mempunyai seramai 52, 986 orang pengundi berdaftar, dengan 56.88 peratus atau 30,141 adalah pengundi Melayu, Cina (41.52 peratus atau 22,000 pengundi), India (satu peratus atau 532 pengundi) dan Bumiputera Sabah (0.09 peratus atau 47 pengundi).
Untuk rekod, PRK Tanjung Piai merupakan PRK kesembilan selepas PRU ke-14.
Apa kata calon lain
Ketika ditemui selepas pencalonan, Badrulhisham yang berkempen atas platform Melayu-Islam berkata beliau akan turut berusaha mendapatkan sokongan pengundi bukan Islam.
“Kita akan pergi kepada semua orang, bukan Melayu sahaja tetapi juga orang bukan Islam untuk menyatakan agenda kita.
“(Iaitu) kita yakin kerajaan yang stabil itu bergantung kepada kesepakatan orang Melayu-Islam dengan tidak mengenepikan keabsahan kaum dan agama lain,” katanya.
Pada PRU ke-14, Berjasa turut bertanding di kawasan parlimen itu dengan tiket PAS. Calonnya Nordin Ahmad mendapat 2,962 undi.
Sementara itu Faridah berkata beliau akan mengangkat isu golongan B40 dalam kempennya nanti.
“Kita nak perjuangkan hak golongan B40 yang dipinggirkan. Kita sudah ada dua kerajaan tetapi suara kita tidak diketengahkan…Jadi kita buat sendirilah,” katanya yang merupakan seorang juruaudit sosial.
Bagi Ang pula, pemilik pusat tuisyen itu berkata mahu menjadi suara ketiga untuk rakyat.
“Saya neutral dan boleh bekerjasama dengan mana-mana parti,” kata lelaki berusia 48 tahun itu, yang berkata adiknya pernah bekerja dengan Farid di Melaka.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/02/prktgpiai-pertandingan-6-penjuru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan 6 Penjuru Proses Penamaan Calon Prk P 165 Tanjung Piai Lancar

Pertandingan 6 Penjuru Proses Penamaan Calon Prk P 165 Tanjung Piai Lancar

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 408 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Najib Senarai Habuan Kerajaan Rm7 3 Juta Menjelang Prktgpiai

Najib Senarai Habuan Kerajaan Rm7 3 Juta Menjelang Prktgpiai

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 229 hits
Najib Razak berkata kerajaan pusat setakat ini mengumumkan projek bernilai RM7 3 juta dalam masa kurang seminggu menjelang pilihan raya kecil Tanjung Piai bulan depan Bekas perdana menteri itu menyenaraikan tiga pengumuman projek sejak 15 O...
Ahead Of Prktgpiai Polls Pakatan Govt Promising Goodies

Ahead Of Prktgpiai Polls Pakatan Govt Promising Goodies

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 275 hits
Pakatan Harapan has not honoured its promise and is announcing goodies ahead of the Tanjung Piai by election says parliamentary Opposition whip Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub He reminded Pakatan of its commitment to avoid abusing government...
Pertandingan Memasak Ular Hidup Hidup Jom Tengok

Pertandingan Memasak Ular Hidup Hidup Jom Tengok

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 236 hits
PERGHH PERTANDINGAN MEMASAK ULAR HIDUP HIDUP Negara Cina Tak heranlah jika semua ini berlaku Jom kita saksikannya disini
Pertandingan Mekatronik Malaysia 2019 Cabaran Pengatucaraan Sistem Terbenam

Pertandingan Mekatronik Malaysia 2019 Cabaran Pengatucaraan Sistem Terbenam

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 489 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 4 Non 2019 seramai 6 orang murid dari Tahun 5 telah menyertai Pertandingan Mekatronik Malaysia 2019 Cabaran Pengatucaraan Sistem Terbenam di Dewan Sri Tunjung JPN Kelantan Daripada 6 orang peserta tersebut 4 orang...
Prktgpiai Pemuda Bn Akan Bekerja Secara Maksimum Berpasukan Asyraf Wajdi

Prktgpiai Pemuda Bn Akan Bekerja Secara Maksimum Berpasukan Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 198 hits
Pemuda Barisan Nasional akan bekerja sebagai satu pasukan untuk bergerak secara maksimum dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang akan diadakan pada bulan depan demikian menurut Penge...
Prktgpiai Bn Tidak Umum Calon Hari Ini Akan Diumum Masa Sesuai

Prktgpiai Bn Tidak Umum Calon Hari Ini Akan Diumum Masa Sesuai

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 339 hits
Barisan Nasional membatalkan pengumuman calonnya bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dua jam selepas Pakatan Harapan menamakan seorang anak tempatan sebagai calon gabungan itu Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi kemudian menyerahkan kepada Penger...
Pas Sokong Penuh Calon Bn Di Prktgpiai

Pas Sokong Penuh Calon Bn Di Prktgpiai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 235 hits
PAS menyokong calon BN bagi pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng maklum Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan Saya dengan ini mengesahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan sebagai calon ...
Prktgpiai Yang Menang Data

Prktgpiai Yang Menang Data

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 201 hits
oleh Helme Hanafi JIKA kamu bertanya susahkah BN memilih calon di Tanjung Piai Saya katakan jika kriteria pemilihan berdasarkan emosi sentimen jangkaan dan ramalan maka ia susah baik untuk MCA apatah lagi UMNO Tapi sebenarnya pemilihan calo...
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk

Uec Recognition Won T Stand In Way Of National Unity Lau Tells Razman