Presiden Kfa Lancar Jersi Memperkenalkan Penaja Kfa Musim 2019





UCAPAN
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN
MERANGKAP PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH

PELANCARAN JERSI & MEMPERKENALKAN PENAJA KFA MUSIM 2019

STADIUM DARUL AMAN
ALOR SETAR, KEDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Selamat Petang

YANG BERHORMAT DATO’ AHMAD BIN KASSIM,
Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah

YANG BERHORMAT ENCIK ASMIRUL ANUAR ARIS,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Setiausaha Kehormat KFA

Yang Berusaha Barisan Exco Persatuan Bolasepak Kedah
Yang Dihormati Wakil-Wakil Penaja KFA
Para Pemain dan Pegawai
Penyokong Setia Pasukan Kedah
Rakan-Rakan Media serta Hadirin Yang Dihormati Sekalian

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat bersama petang ini dalam majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja-Penaja Pasukan Bolasepak Kedah bagi musim 2019.

2. Terima kasih kepada semua pihak kerana terus memberi sokongan padu kepada Lang Merah, pasukan kebanggaan kita yang akan membawa cabaran Kedah Darul Aman dalam kancah liga bolasepak pada musim ini. Kita pasakkan harapan agar Kedah bangkit dengan penuh bergaya dan muncul sebagai pasukan yang mantap dan mencipta kejayaan demi kejayaan sehingga dinobat sebagai juara.

3. Di awal ucapan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa bagi perlawanan Unity Shield menentang Perak di sini pada 13 Januari lepas, hasil jualan tiket adalah sebanyak Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit (RM150,000.00). Seperti yang dijanjikan, separuh daripada jumlah itu iaitu sebanyak Tujuh Puluh Lima Ribu Ringgit (RM75,000.00) akan disumbangkan kepada badan-badan bukan kerajaan terpilih dalam masa terdekat.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

4. Selaku Presiden KFA dan penyokong tegar Lang Merah, saya begitu teruja untuk melihat pasukan kebanggaan kita beraksi pada musim ini. Umpama pepatah, perahu sudah di air, dayung pula sudah di tangan, hanya menanti ketika yang molek untuk mudik ke kuala.

5. Telahpun kita persiapkan sebuah pasukan yang padu dengan barisan pemain yang kita yakin mampu membawa cabaran Kedah sehingga ke puncak kecemerlangan. Pasukan kita telah mempamerkan corak permainan yang memberangsangkan dalam perlawanan-perlawanan pra-musim.

6. Saya percaya semua ini hasil dedikasi dan kesungguhan setiap individu dalam KFA; dari yang di peringkat tertinggi hingga pengurusan, barisan jurulatih yang diketuai Saudara Aidil Sharin Sahak, para pemain dan pegawai-pegawai di semua lapisan yang mempunyai impian yang satu iaitu untuk melihat Kedah bangkit sebagai JUARA!.

7. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada Setiausaha Kehormat KFA, Yang Berhormat Asmirul Anuar Aris, yang begitu komited dalam menggerakkan KFA dan Skuad Negeri. Beliau begitu dedikasi dengan mengambil pendekatan “hands-on” dalam setiap usaha dan program yang dirangka untuk memajukan skuad dan sukan bolasepak Kedah. Syabas dan Tahniah, YB Asmirul.

8. Beberapa permasalahan, baik dalam pengurusan KFA mahupun pasukan dan penyokong telah ditangani dengan baik. Kini, kita bergerak sebagai “team”, pasukan yang HARMONI, berwibawa, berintegriti, yang saling hormat-menghormati, saling mendokong dan menyokong aspirasi untuk membina pasukan Kedah yang profesional, mantap dan berjaya.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

9. KFA sentiasa menghargai sokongan dan kerjasama semua pihak, termasuklah agensi dan syarikat korporat yang tampil sebagai penaja. Ini kerana mereka yakin dengan potensi pasukan Kedah; percaya bahawa Lang Merah mampu terbang tinggi, digeruni dan dihormati dalam persada bolasepak negara.

10. Di petang ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penaja-penaja Pasukan KFA bagi musim 2019. Dengan sukacitanya, saya perkenalkan:

LOTTO yang menaja “kits” dan peralatan sukan. Selepas 9 tahun, LOTTO kembali bersama Kedah. Terima kasih. Bersama kita petang ini bagi mewakili LOTTO ialah Puan Norita Mohd. Nor, Pengurus Besar LOTTO Sports.

Penaja kita yang seterusnya, PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (P.K.N.K.), yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Syed Yusof Syed Othman.

Berikutnya, Syarikat Air Darul Aman, SADA. Bersama kita ialah Pengurus Besar Teknikal SADA, Tuan Haji Mohd Tarmizi Abdul Rani.

Yang turut menaja Pasukan Kedah musim ini, Menteri Besar Kedah Incorporated (MB Inc.). Perkenalkan, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Dr Muhammad Mahadi Mohamad.

11. Inshaa-Allah, semua tajaan ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya demi memaju dan mengharumkan nama pasukan bolasepak Kedah.

12. Berusahalah dengan gigih dan pastikan kemenangan memihak kepada kita dalam setiap perlawanan. Para penyokong mengharapkan Kedah bangkit sebagai pasukan yang gah; yang hebat dan berjaya menjulang kejuaraan, khususnya muncul Juara Liga Super. Untuk itu, prestasi pasukan harus konsisten kerana setiap mata yang dikutip amat berharga.

13. Bagi menghargai sokongan padu dan setia para peminat dan penyokong, sukacita saya mengumumkan bahawa tiada seorang pun pemain pasukan KFA akan memakai Jersi Nombor 12. JERSI NOMBOR 12 DIKHASKAN UNTUK PEMINAT DAN PENYOKONG LANG MERAH!

14. Akhir kata, saya berharap Pasukan Kedah pada musim ini akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan, sekaligus memberi impak positif kepada pembangunan sukan bolasepak di dalam negeri dan negara.

15. Saya ingin berpesan kepada para pemain agar menunjukkan komitmen serta sikap profesionalisme yang tinggi sepanjang berada dalam pasukan ini. Pemain harus mempunyai disiplin yang baik, bukan sahaja di dalam padang tetapi juga di luar permainan.

16. Berjuanglah dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi demi maruah bolasepak Negeri Kedah Darul Aman. Berpeganglah pada kata-kata ini: “Bermainlah dengan bersungguh-sungguh untuk nama yang tertulis di dada jersi jika mahu nama yang tercatat di belakang menjadi sanjungan.”

17. Kepada para penyokong, teruskan bersama KFA dan Skuad Negeri. Penuhkan dan gamatkan stadium di mana sahaja Skuad Lang Merah bermain. Kamu semua adalah SEMANGAT DAN JIWA PASUKAN KEDAH!

18. Saingan pertama kita dalam Liga Super Musim 2019 ini ialah menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, kemudian bertemu pula dengan “The Boss Gaurus” pasukan utama Perak. Kedua-duanya away games. AYUH LANG MERAH!…PLAY WITH HEART!

19. Sekian, terima kasih.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/01/presiden-kfa-lancar-jersi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4802 Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 Tol Sg Besi 31 1 19

4802 Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 Tol Sg Besi 31 1 19

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 617 hits
Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Musim Perayaan Tahun baru Cina 2019 di Plaza Tol Sungai Besi Kuala Lumpur yang di sempurnakan oleh YS PKPjB Haji Nordin Bin Pauzi Pengarah JBPM Kuala Lumpur Ketua Aktivis PPIM Nadzim Jo...
Jadual Dan Keputusan Piala Presiden Malaysia 2019

Jadual Dan Keputusan Piala Presiden Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 695 hits
Jadual dan Keputusan Piala Presiden Malaysia 2019 BILAKAH tarikh perlawanan Piala Presiden Malaysia bagi tahun 2019 bakal dibuka Untuk makluman anda tarikh perlawanan Piala Presiden Malaysia 2019 bakal membuka tirai mulai 20 Februari 2019 B...
Mycujoo Menerima Hak Penyiaran Rasmi Perlawanan Liga Premier Untuk Musim 2019

Mycujoo Menerima Hak Penyiaran Rasmi Perlawanan Liga Premier Untuk Musim 2019

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 284 hits
Peminat sukan bola sepak tempatan adalah antara yang paling fanatik di dunia Ini selari dengan status bola sepak sebagai sukan nombor satu negara Bagi peminat pasukan Liga Premier mereka akan dapat menstrim perlawanan secara langsung meneru...
Said Aqil Selamat Datang Pak Jokowi Presiden Ri Tahun 2019 2024

Said Aqil Selamat Datang Pak Jokowi Presiden Ri Tahun 2019 2024

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 262 hits
Ketua Umum PBNU Said Aqil Siradj turut hadir dalam acara harla Muslimat NU ke 73 di Gelora Bung Karno Jakarta Seperti biasa dia selalu mengeluarkan gaya gaya khasnya khususnya saat menyampaikan salam ke Presiden Jokowi yang juga datang
Jersi Kedah 2019

Jersi Kedah 2019

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 889 hits
Jersi Kedah 2019 Kedah FA dengan rasminya telah melancarkan jersi terbaru 2019 sebentar tadi di Stadium Darul Aman Untuk musim ini pasukan Lang Merah akan menggayakan jersi dari jenama antarabangsa dari Itali Lotto Sports Terdapat 3 kit uta...
Yogyakarta Rawan Konflik Kapolda Optimis Pemilu 2019 Berjalan Lancar

Yogyakarta Rawan Konflik Kapolda Optimis Pemilu 2019 Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 175 hits
Dia mengungkapkan jika nantinya personel Polda DIY juga akan bersinergi dengan anggota TNI Dofiri menjelaskan sinergisitas antara TNI dan Polri ini mampu mengatasi kerawanan Pemilu 2019 di DIY
Dipertandingkan Di Piala Presiden Esports 2019 Begini Awal Mobile Legends Jadi Cabor

Dipertandingkan Di Piala Presiden Esports 2019 Begini Awal Mobile Legends Jadi Cabor

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 383 hits
Tahun ini Pemerintah melalui Kementerian Pemuda dan Olahraga Kementerian Komunikasi dan Informatika dan Badan Ekonomi Kreatif menggelar kompetisi esports nasional pertama di Indonesia bertajuk Piala Presiden Esports 2019
Gambar Rekaan Dan Harga Jersi Baru Petaling Jaya City Fc 2019

Gambar Rekaan Dan Harga Jersi Baru Petaling Jaya City Fc 2019

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 487 hits
Gambar Rekaan dan Harga Jersi Baru Petaling Jaya City FC 2019 BILAKAH tarikh pelancaran jersi baru pasukan Petaling Jaya City FC tahun 2019 Sudah tentu peminat pasukan Petaling Jaya City FC menantikan rekaan jersi baru pasukan Petaling Jaya...
Majlis Pelancaran Jersi Dan Pengenalan Pasukan Sabah 2019

Majlis Pelancaran Jersi Dan Pengenalan Pasukan Sabah 2019

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 360 hits
MAJLIS PELANCARAN JERSI DAN PENGENALAN PASUKAN SABAH 2019SAFA akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan pengenalan pasukan Sabah tahun 2019 pada 27 Januari 2019 di Mill Garden Ballroom Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan hanya je...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Crisis Management 101



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Simpan Duit Kertas Rm5

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Candidates Hoping For Strong Voter Turnout At Kkb Polls

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa

Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya