Prasarana Enggan Ulas Dakwaan Tajuddin Cuba Pengaruhi Keputusan Syarikat


Prasarana Malaysia Bhd enggan mengulas laporan yang mempersoalkan kepimpinan dan hala tuju syarikat itu sejak pelantikan pemimpin Umno, Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengerusinya pada Mei lalu.
“Kami tiada komen berkenaan hal ini,” kata pegawai Prasarana menerusi pesanan teks.
Malaysiakini juga telah cuba menghubungi ahli Parlimen Pasir Salak itu dan masih menunggu maklum balasnya.
Ia susulan laporan The Edge yang mendakwa Tajuddin menggunakan autoritinya untuk melakukan perubahan signigfikan dalam syarikat pengoperasi pengangkutan awam milik penuh Kementerian Kewangan ini. Beberapa perubahan dikatakan menimbulkan persoalan tentang kepimpinan dan hala tuju syarikat.
Dia didakwa berusaha menamatkan kontrak Latitud 8 bernilai RM1.2 bilion, yang merupakan projek pembinaan komersial pelbagai guna dekat stesen LRT Dang Wangi di Kuala Lumpur, untuk membolehkan Prasarana memainkan peranan lebih besar dalam projek itu dan akhirnya memindahkan pejabatnya di situ.
Laporan The Edge turut menyatakan dokumen yang menunjukkan Prasarana boleh menanggung kos RM80 juta untuk menamatkan Perjanjian Pembangunan Tanah (JLDA) itu.
Dokumen itu juga didakwa membayangkan Kementerian Kewangan telah memberi “persetujuan lisan” kepada Prasarana untuk berpindah ke bangunan baru daripada pejabatnya sekarang di Bangsar, atas sebab kawasan yang strategik iaitu dalam segi tiga emas Kuala Lumpur.
Syarikat terlibat dalam pembinaan Latitud 8 adalah Crest Builder Holdings Bhd dan Intan Sekitar Sdn Bhd (51 peratus pegangan dimiliki Crest Builder). Sebanyak 49 peratus lagi dipegang Detik Utuh Sdn Bhd.
Anak Tajuddin, Sri Rahayu merupakan ahli lembaga pengarah Detik Utuh.
Pemegang saham Detik Utuh ialah Tindakan Juara Sdn Bhd (40 peratus), Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (35 peratus) and Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu (25 peratus).
Tindakan Juara dimiliki ahli keluarga Tajuddin. 35 peratus pegangan dalam syarikat itu dimiliki anak perempuannya, isterinya Rohkiah Abd Samat (35 peratus) dan anak lelakinya Firdaus (30 peratus).
Rohkiah dan Firdaus dilantik sebagai pengarah Tindakan Juara pada awal 2007, kira-kira empat bulan selepas syarikat itu didaftarkan. Sri Rahayu pula dilantik pada Feb 2010.
Pada Mac 2012, Crest Builder dan Detik Utuh dianugerahkan projek pembangunan di Dang Wangi itu.
Prasarana, pemilik 2.72 ekar tanah di mana projek itu dibina, akan menerima RM46.64 juta atau 21.2 peratus daripada anggaran nilai pembangunan kasar (GDV), iaitu kira-kira RM220 juta.
Pada mulanya, Latitud 8 dijadual dilancarkan pada 2016 tetapi ia tidak terlaksana. Bagaimanapun, Crest Builder dalam laporan tahunan pada 2019 menyatakan kerja-kerja utama telah pun bermula.
Projek itu melibatkan sebuah bangunan 43 tingkat, dengan 17 tingkat untuk ruang pejabat dan 418 unit SoHo (small office, home office), selain kawasan perniagaan.
Bagaimanapun, kerja pembinaan dilaporkan tergendala dan dijadual dilancarkan semula pada tahun ini. Tetapi ia sekali lagi tidak terjadi. Pejabat Latitud 8 berkata pelancaran hanya akan dibuat dalam masa satu atau dua tahun susulan sentimen pasaran.
CEO dapat surat tunjuk sebab
The Edge turut memetik salinan surat tunjuk sebab kepada CEO Prasarana Muhammad Nizam Alias yang antara lain berkenaan tindakan disiplin kerana ingkar arahan pengerusi dan lembaga pengarah untuk menyiasat MRCB George Kent Sdn Bhd, sebuah usaha sama dalam projek LRT3.
Nizam dikatakan membuat dakwaan terhadap Tajuddin berkenaan penganugerahan kontrak.
Dia dilantik ke jawatan itu pada Julai lalu bagi menggantikan Mohamed Hazlan Mohamed Hussain.
Pada 16 Disember, laporan akhbar kewangan Malaysian Reserve memetik sumber yang mendakwa Prasarana masuk campur dalam pelantikan subkontraktor untuk projek yang dikendalikan MRCB-George Kent Sdn Bhd sebagai kontraktor utama.
Syarikat itu enggan akur kepada permintaan Prasarana untuk diberi “lebih suara”. Menurut laporan, ia menyebabkan Prasarana “menyukarkan” proses pembayaran kepada MRCB-George Kent.
Sumber mendakwa, individu berpangkat tinggi dalam Prasarana meminta MRCB-George Kent memberikan pakej kerja yang bernilai agak besar kepada sebuah syarikat.
Dakwanya lagi, syarikat itu mempunyai kaitan politik dengan seorang tokoh kanan Prasarana, maka menimbulkan isu konflik kepentingan.
Prasarana adalah pengendali perkhidmatan kereta api di Lembah Klang, termasuk jaringan MRT, tiga jaringan MRT dan Monorel.
Ia juga pemilik dan pengedali perkhidmatan bas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang, memberi khidmat perundingan pengurusan dan kejuruteraan di dalam dan luar negara, serta mengendalikan projek infrastruktur pengangkutan awam negara.
Setakat Disember 2019, Prasarana memiliki aset keseluruhan bernilai RM1.3 bilion dengan liabiliti keseluruhan sebanyak RM35.38 bilion. Ia juga menanggung kerugian RM42.41 bilion. Mk
Subjudis : MoT enggan ulas kes pekerja KVDT2 hilang pekerjaan

The post Prasarana enggan ulas dakwaan Tajuddin cuba pengaruhi keputusan syarikat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/30/prasarana-enggan-ulas-dakwaan-tajuddin-cuba-pengaruhi-keputusan-syarikat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Maran Sangkal Dakwaan Psap Terhadap Exco Wanita Pahang Usah Cuba Jadi Batu Api

Pas Maran Sangkal Dakwaan Psap Terhadap Exco Wanita Pahang Usah Cuba Jadi Batu Api

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 262 hits
MARAN Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Maran Ustaz Ramly Abdul Rahman hari ini tampil mengeluarkan kenyataan menyangkal yang dibuat oleh NGO Pertubuhan Suara Anak Pahang terhadap Exco Wanita Pahang Menurut beliau kenyataan Presiden PSAP t...
Tajuddin Rahman Mahdzir Khalid Kocak Prasarana Tenaga Nasional

Tajuddin Rahman Mahdzir Khalid Kocak Prasarana Tenaga Nasional

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 394 hits
PELBAGAI cerita tersebar mengenai pertelingkahan di peringkat pengurusan Prasarana dan Tenaga Nasional Kedua dua organisasi ini dipengerusikan oleh dua pemimpin Umno yang dikenali ramai Tajuddin Rahman yang pernah ada isu di Felcra dan Mahd...
Lrt3 Firms Want Govt S Help As Tajuddin Led Prasarana Withholds Rm700m Payments

Lrt3 Firms Want Govt S Help As Tajuddin Led Prasarana Withholds Rm700m Payments

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 189 hits
The top executives of 17 contractors and consulting firms involved in the LRT3 project have turned to the government for help as they are owed more than RM700 million for work done since July and this amount is expected to break RM1 billion...
Ceo Prasarana Digantung Tugas Kerana Salah Laku Dan Ingkar Tajuddin Rahman

Ceo Prasarana Digantung Tugas Kerana Salah Laku Dan Ingkar Tajuddin Rahman

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif Nizam Alias digantung tugas bermula 9 Dis lalu atas alasan salah laku dan keingkaran Tajuddin berkata syarikat itu juga menubuhkan jawatankuasa khas ...
Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 286 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sebarang keputusan mengenai Ahli Parlimen UMNO diarah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan sebelum bulan depan akan dimuktamadkan Majlis Kerja Tertinggi parti itu terlebih dahulu kata Set...
Pru15 Merujuk Keputusan Pru14 Majoriti Gabungan Pn Vs Gabungan Ph

Pru15 Merujuk Keputusan Pru14 Majoriti Gabungan Pn Vs Gabungan Ph

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 310 hits
HANYA BERTUMPUDI 165 PARLIMEN SEMENANJUNG TANAH MELAYU SAHAJAA LATAR BELAKANG KEPUTUSAN PRU141 GABUNGAN PERIKATAN NASIONAL 49 BARISAN NASIONAL 18 PAS 20 PPBM 2 GABUNGAN PAKATAN HARAPAN DAP PKR AMANAH LAIN LAIN B PERBANDINGAN MAJORITI GPN VS...
Tenang Menunggu Keputusan Mkt

Tenang Menunggu Keputusan Mkt

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 242 hits
Banyak persoalan ditimbulkan Yang saya boleh jelaskan saya jelaskan dibawah Selebihnya menunggu keputusan rasmi parti supaya tidak mendahului 1 Adakah UMNO akan keluar dari Kerajaan yakni mengarahkan Ahli Parlimennya menarik sokongan kepada...
2 Gadis 15 Tahun Di Than Selepas Cuba Merg0l Seorang Lelaki

2 Gadis 15 Tahun Di Than Selepas Cuba Merg0l Seorang Lelaki

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 220 hits
loading Dua remaja perempuan masing masing berusia 15 tahun terpksa dithan pihak p0lis selepas didkwa cuba merg0l seorang lelaki yang di kenali sebagai Iman Remaja perempuan yang di kenali sebagai Puteri dan Alia itu didkwa telah mencbul ke...
Apa Yang Pengaruhi Hidup Kita

Apa Yang Pengaruhi Hidup Kita

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 302 hits
50 daripada kehidupan kita adalah apa yang kita lalui masa kecil kalau gembira bermakna mak ayah kita gembira besarkan anak masa kecil dgn penuh kasih sayang MASA LALU yang sebaliknya kita tak boleh nak kawal Tapi kita masih ada 40 dan 10 l...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah