Ppbm Terperangkap Dalam Jerat Sendiri



PETALING JAYA: PPBM dilihat terperangkap dalam jerat yang diciptanya sendiri, di mana seorang penganalisis politik berkata satu-satunya peluang untuk bertahan adalah kembali bersatu dengan Pakatan Harapan dan seorang lagi berkata ia mungkin pengakhiran politik yang tidak bernilai.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya dan Aziz Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata mereka percaya PPBM kehilangan sokongan rakyat dengan cepat.

Apabila tersiar berita Ahad lalu mengenai plot untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan oleh PPBM, Umno, PAS dan PKR kem Azmin Ali, rakyat secara meluas percaya Dr Mahathir Mohamad adalah salah seorang konspiratornya.

Namun, ia kemudian jelas bahawa beliau tidak terlibat. Katanya, beliau enggan bekerjasama dengan Umno dan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri dan juga pengerusi PPBM.

Beliau kini memegang jawatan perdana menteri interim.

PPBM tidak bersetuju dengan peletakan jawatan Mahathir dari parti itu dan berkata parti itu mahu beliau kekal sebagai perdana menteri.

Namun parti itu kini nampaknya ditinggalkan tanpa pasangan yang sanggup kecuali PKR dari puak Azmin. Baik PAS mahupun Umno tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan. Kedua-dua parti itu menggesa pilihan raya umum yang baru.

Lebih teruk lagi, sayap Pemuda PPBM yang menyokong Mahathir menolak untuk bekerjasama dengan Umno.

Awang Azman berkata adalah jelas satu-satunya pilihan yang ada untuk parti itu adalah memohon maaf dengan rendah hati dan berusaha bergabung semula dengan PH.

Memetik laporan media, beliau berkata pemimpin tertinggi PPBM nampaknya lebih banyak mendengar pandangan setiausaha politiknya berbanding Mahathir.

Beliau menambah: “Sukar untuk PPBM mendapat sokongan tanpa Mahathir. Masa depannya tergantung pada restunya.

“Walaupun ada pilihan raya umum, sukar untuk menang kerana PKR, Umno dan PAS akan menjadi pesaing utamanya.”

Azmi memberitahu FMT beliau tidak melihat PPBM melepaskan diri daripada kesan negatif sama ada ia menyertai semula PH atau terus bekerja dengan Umno dan PAS.

Beliau juga berkata ada kemungkinan pemimpin PPBM terburu-buru ketika mereka membuat keputusan untuk meninggalkan PH.

“Nampaknya mereka membuat keputusan penting tanpa berfikir panjang,” katanya.

“Kini kenyataan datang dari beberapa pemimpin PPBM yang mengatakan mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana amalan rasuahnya yang lalu.

“Adakah ini bermakna ia baik untuk bekerja dengan PAS kerana PPBM tidak boleh berdiri sendiri dalam iklim politik semasa?”

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengumumkan semalam bahawa ahli Parlimen dari parti itu menamakan Mahathir sebagai perdana menteri semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam juga, Mahathir dalam siaran langsung meminta peluang bagi mencari jalan berhubung kemelut dengan tumbangnya PH, sambil menambah beliau merasakan penyelesaiannya adalah dengan pembentukan kerajaan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/ppbm-terperangkap-dalam-jerat-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelagak Ngeri Terbunuh Ketika Cuba Membuktikan Bumi Adalah Rata Menggunakan Roket Buatan Sendiri

Pelagak Ngeri Terbunuh Ketika Cuba Membuktikan Bumi Adalah Rata Menggunakan Roket Buatan Sendiri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 266 hits
Fakta sains menyatakan bumi adalah berbentuk sfera Fahaman bumi sfera ini telah wujud sejak abad ke lima sebelum Masihi Namun begitu terdapat pergerakan yang percaya bumi sebenarnya adalah rata dan pelbagai eksperimen sains cuba dilakukan b...
Make Up Sendiri Ini 12 Detail Pernikahan Selebgram Abel Cantika Dari Malam Bainai Hingga Resepsi

Make Up Sendiri Ini 12 Detail Pernikahan Selebgram Abel Cantika Dari Malam Bainai Hingga Resepsi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 881 hits
Keren lo dari Malam Bainai akad sampai resepsi SEMUA dandan sendiri Kalau sejago Abel berani nggak dandan sendiri juga Apa mending sewa MUA
Petugas Media Dapat Makan Lagi Agong Hulur Sendiri Mcd Depan Pintu Istana

Petugas Media Dapat Makan Lagi Agong Hulur Sendiri Mcd Depan Pintu Istana

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 381 hits
Jika semalam KDYMM Baginda Agong membelanja petugas media makanan dari restoran makanan segera KFC hari ini baginda berkenan untuk membelanja mereka semua makanan dari restoran McDonald Kali ini baginda sendiri telah mencemar duli memberika...
Suruh Bini Cantik Dlm Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat

Suruh Bini Cantik Dlm Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 811 hits
Suruh Bini Cantik Dalam Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ph Tumbang Atas Kezaliman Mereka Sendiri Allah Sebaik Baik Perancang Zahida

Ph Tumbang Atas Kezaliman Mereka Sendiri Allah Sebaik Baik Perancang Zahida

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 370 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Rakyat mendoakan kerajaan Pakatan Harapan hanya satu penggal di Putrajaya tetapi rupa rupanya hanya separuh penggal di mana perancangan Allah itu yang terbaik ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Z...
Kali Ini Agong Sendiri Turun Padang Bagi Wartawan Mcdonald S

Kali Ini Agong Sendiri Turun Padang Bagi Wartawan Mcdonald S

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 578 hits
Semalam negara kita telah mendapat banyak berita yang agak mengejutkan dan umum mengetahui yang hari ini negara kita masih tiada Timbalan Perdana Menteri Menteri Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik dan hanya ada Perdana Menteri sementar...
Sabotaj Sama Sendiri Itulah Kerja Korang

Sabotaj Sama Sendiri Itulah Kerja Korang

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 239 hits
Majoriti daripada 13 ketua Pemuda PKR peringkat cabang di Pulau Pinang dalam suatu kenyataan hari ini menyuarakan sokongan terhadap Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh Dr Afif Bahardin yang didakwa melakukan sabotaj terhadap parti itu Keny...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang