Potluck Simple Simple Sempena Persaraan Staf Awam
Tak sangka dalam sikit-sikit pun jenuh juga nak merasa setiap menu yang terhidang ni. Kalau ikutkan perancangan sebelum ini, cuma akan ada 1 / 2 menu tambahan je kot untuk jamuan kali ni. Tak sangka pula bila dikumpul semuanya tu. Haa ambik ko
Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
Kali ke-2, office buat jamuan ! 1st sempena birthday boss bulan Januari hari tu dan kali ini sempena persaraan akak office bawah - Kak Siti Noor yang dahpun mula bercuti aka menghabiskan cuti rehat sebelum bersara wajib bulan April ni. Selamat bersara kak. Semoga akak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam semua urusan, aamiin.
Penangan lambat kot, sampai tak sempat nak snap gambar ramai-ramai geng office ! Terus serbu sebaik je selesai bacaan doa. Ialah mana tak berdondang sayang perutnya kalau plan pkl 10 dekat 11 lebih-lebih kot baru nak mula. Itu yang terus lupa semua benda. Cuma menu ajelah masing-masing sempat snap awal-awal tu.
Hadiah hasil collection bersama pun tak sempat nak snap walaupun sebenarnya dah beberapa hari ianya kat meja belakang kita ni. Kira aci ajelah snap masa penyerahan camtu kan 😁😁 Apapun terima kasih kepada semua yang sudi sponser menu ni dan terima kasih juga pada yang hadir. Tak silap sorang anak buah ciktie takde tadi. Taktau nape.. hari tu pun takde jugak 😶😶
Apapun, jom tengok menu hasil collection bersama dan juga yang di sponser hari ni. 1st kot hikhik ciktie dapat rasa semua sekali! Eehhh ada juga yang tak sempat tapi apapun semua sedap-sedap belako. Perghhh kenyang walaupun cuma try sikit-sikit je semuanya tu
Menu potluckNasi komok by all ! Sedap ayam dia. Ingat nak makan lagi lepas lunch tu tapi perut tak bagi kerjasama lagi.
Mihun penang by kak ani cinonet ! Why cinonet ?? Entah la mungkin empunya dia kecil molek kot 😅😅 mihun dia sedap ! Siap minta tapau bawa balik
Makaroni goreng and bakar by Abdullah Zawawi ! Selalu tak puas makan yang goreng tapi kali ni, yang bakar tu macam lagi sedap la. Adakah disebabkan ianya dah tak banyak
Mee kari by Tini !! Ramai yang serang ni sampai tak cukup kuah. Isinya memang banyak sampaikan terlebih-lebih
Puding caremal, popia begedil and mee kari by Tini ! Puding Caramel tu menu 1st kita ngap 🤭🤭 geram nengok officemate sorang tu duk potong-potong
Mee kari tu pula ramai yang serang sampai tak cukup kuah. Isinya memang banyak .
Yang ini je kita sponser !! Macam biasa roti jala dengan ex-classmate, browies order gan my cousin dan roti jala by my sister tapi kuah lupa nak snap la
Best kek marble jelita ni ! Dekat rumah baru boleh try. Sedap ! Boleh repeat Sponser by kak ila (Norsakila)
Kek keladi by Hairi ! Juga sedap tau
Ketupat by Kak Noor ! Yang diraikan
Puding laici by En.Syed ! Dah hujung-hujung baru nak try. Sedap penuh buah koktail
Puding Caramel by Tini ! Menu 1st kita ngap 🤭🤭 geram nengok officemate sorang tu duk potong-potong
Popia begedil juga by Tini !
Roti sardin goreng dan tepung apam aka apam nasi
Tapai by Kak Wani ! Yang ni my fav sebenarnya janji tapai pulut hitam tapi yang biasa pun belasah juga 👍
Last, air koktail by zamri ! Koktail dia memang tak pernah mengecewakan lagi setakat ni. Sedap !! Terima kasih sebab asingkan aiskrim tu.
Tak pasti apa sebenarnya motif kerusi kat depan tu 🤔🤔
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2023/03/potluck-simple-simple-sempena-persaraan.html