Sumber www.isuhangat.net melalui Bing.comPosisi imam dan makmum dalam shalat (sembahyang) berjemaahDua orang lelakiSeorang lelaki & seorang wanitaDua orang lelaki & seorang wanita atau lebihBeberapa lelaki dan wanitaTiga orang lelaki atau lebihDua orang wanitaTiga orang wanita atau lebihBila ada anak-anak.Shaf Sholat Berjemaah
Shaf shalat berjemaah
Di sini dinyatakan bahawa makmum yang solat bersendirian dalam 1 saf wajib mengulangi solatnya, tapi dalam satu kuliah Ustaz Azhar Idrus menyatakan Rasulullah S.A.W tegur seorang sahabat yang solat bersendirian dalam 1 saf namun tak suruh solat semula. Oleh itu jika hanya bersendirian, muslimin harus tarik makmum di saf depan untuk membentuk saf baru. Ini pun bagi Tedi kalau sangat perlu, sebab kalau di masjid yang ramai makmum, kalau solat seorang di satu saf mungkin tak jadi masalah jika kita yaqin akan ada makmum lain datang, contohnya kita tahu ada makmum tengah ambil wudhu. Wallahu'alam.Tatacara Solat Berjemaah Bertiga dengan Seorang Makmum Datang Kemudian
Ini cara makmum kedua masuk ke dalam jemaah yang ada dua orang sahaja. Makmum kedua tu kenalah tarik (selalunya tepuk perlahan bahu kiri) makmum pertama ke belakang. Orang Melayu selalu cuit sahaja manakala orang belah Timur Tengah memang akan tarik (selalunya di bahagian abdomen) sehingga saf jadi lurus. Masa untuk tarik itu ada 2 (dua) pendapat juga. Pendapat pertama kata tarik sebelum mula solat, manakala pendapat kedua kata kena mula solat dulu supaya tak jatuh ganggu orang solat. - Sumber foto: www.facebook.com/ustazDonDaniyalDonBiyajid
Ketika memulakan solat jemaah, saf diluruskan dengan menyamakan hujung tumit. Keutamaan adalah satu makmum di belakang imam, makmum kedua di kanan, makmum ketiga di kiri, terus selang seli begitu dengan tujuan saf seimbang. Kedudukan di belakang imam lebih afdhal dan perlukan ilmu yang tinggi untuk gantikan atau tegur imam. Kedudukan di kanan lebih afdhal daripada kiri, manakala kedudukan di hadapan lebih afdhal daripada saf belakang bagi lelaki, dan saf terbelakang lebih afdhal bagi wanita. - Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/2010/10/permasalahan-dalam-saf-ketika-solat.htmlBahu Bertemu Bahu, dan Kaki Bertemu Kaki dalam Saf Solat Jemaah
Saf yang rapi adalah yang bertemu bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki. - Sumber foto: http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/bicara-solat/panduan-solat-berjemaah/Posisi Solat Jemaah Suami dan Isteri Berdua Sahajakedudukan solat berjemaah suami isteri: Apabila solat berjemaah suami dan isteri sahaja, si isteri posisinya di belakang suami dan ke kiri sedikit.
Sumber: https://shreddedpaper.files.wordpress.com/2010/07/rapatkan-saf.jpgRapatkanlah saf kalian, dekatkan antara saf, ratakanlah leher kalian. Demi Zat dan jiwaku di Tangan-Nya, sesungguhnya aku ternampak syaitan menyelit di celah-celah saf seperti anak kambing (Riwayat Abu Dawud)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |