Pos Lenjang Menjadi Lokasi Projek Rintis Pos Medik Orang Asli



LIPIS, - Penempatan Orang Asli, Pos Lenjang di sini, bakal menjadi projek rintis kepada pelaksanaan Pos Medik Orang Asli pertama di negara ini.

Inisiatif mewujudkan pos medik itu dilakukan Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) menerusi program ‘DRs For All’ atau Doktor untuk Semua, yang bertujuan memastikan tiada individu ketinggalan dalam perkhidmatan perubatan.

Presiden FPMPAM Dr Steven Chow berkata ilham untuk menubuhkan pos medik itu timbul berdasarkan pengalaman mereka meredah perjalanan hampir sejam dengan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak dan meredah sungai untuk ke Pos Lenjang pada awal tahun lepas.

"Kami dimaklumkan petugas kesihatan akan ke sini setiap minggu mengikut jadual, menyebabkan kami berasa bimbang adakah penduduk di sini tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku situasi kecemasan terutamanya pada waktu malam dan adakah mereka boleh segera ke klinik 

"Jadi, kami fikir adalah wajar untuk menurunkan ilmu rawatan kecemasan kepada mereka dan menyediakan pos medik yang mempunyai ubat-ubatan asas, supaya mereka boleh memberi rawatan kecemasan sebelum mendapatkan rawatan sebenar," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Kampung Dayok, Pos Lenjang di sini, hari ini.

Untuk rekod, DRs For All dilancarkan pada 10 Jan lepas oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye di Hospital Orang Asli Gombak, Selangor dengan matlamat menjalankan kem kesihatan dan latihan kecemasan jangka panjang kepada belia di pendalaman.

Dr Steven berkata beliau juga berterima kasih kepada 'orang lama' Kampung Dayok, Bahlong Pakdai, 80, yang membenarkan pos medik dibangunkan di tanah miliknya, ekoran kedudukannya yang terletak di laluan utama Pos Lenjang.

Katanya, berdasarkan perancangan, pos medik itu dijangka siap dalam tempoh tiga bulan dan akan dikendalikan oleh 14 sukarelawan orang Asli yang dilatih untuk memberikan rawatan kecemasan dan mengendalikan kes ringan seperti luka, patah atau dipatuk ular, sebelum pesakit dibawa ke hospital.

"Bagi tujuan itu, kami mengadakan Kursus Latihan Medik Orang Asli di sini, selama tiga hari untuk memberi pendedahan asas rawatan kecemasan. Mereka akan mengikuti latihan seterusnya di Kuala Lumpur pada Jun ini sebagai bahagian kedua kursus.

"FPMPAM akan kembali semula ke sini (Pos Lenjang) untuk menilai kebolehan dan kemahiran sukarelawan ini bagi memilih mereka yang akan menggalas tanggungjawab mengendalikan pos medik," katanya.

Dr Steven berkata bagi meningkatkan kemahiran sukarelawan itu, beliau akan berbincang dengan anggota FPMPAM untuk menempatkan mereka di klinik-klinik anggota untuk tempoh sesuai, bagi memberi pendedahan 'dunia sebenar' klinik.

Beliau secara peribadi berharap kejayaan pos medik Pos Lenjang itu kelak, dapat diteruskan ke penempatan Orang Asli lain, khususnya yang terletak jauh di pendalaman dan sukar untuk dilalui oleh kenderaan biasa atau ambulans.

Sementara itu, Senator Adrian Lasimbang yang turut hadir pada program itu berharap lebih banyak pihak swasta membantu kerajaan dalam aspek penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar.

"Aspek kesihatan adalah salah satu hak asasi manusia dan kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, namun ada masanya kita berhadapan dengan kekangan bajet dan akses ke lokasi.

"Kesudian pengamal perubatan untuk turun padang, berkongsi ilmu dan mewujudkan sebuah pos medik di sini amat dihargai kerana kita tahu rawatan kecemasan oleh responden pertama dapat membantu menyelamatkan nyawa," katanya.

Bagi Bahlong, beliau tidak teragak-agak untuk membenarkan tanah kosong yang terletak di sebelah rumahnya dibangunkan menjadi pos medik kerana menyedari manfaatnya kepada 14 kampung Orang Asli di dalam Pos Lenjang.

"Saya terdengar mereka mahu mencari tapak semalam, jadi terus saya berikan persetujuan... apa lagi selepas diberitahu anak-anak kami sendiri yang menjaganya. Memang ada petugas kesihatan yang masuk ke sini setiap minggu, tapi sakit ini boleh berlaku pada bila-bila masa," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/pos-lenjang-menjadi-lokasi-projek.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batal Projek Kerana Cemburukan Bn Mohamad

Batal Projek Kerana Cemburukan Bn Mohamad

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 602 hits
SEREMBAN 23 April Pakatan Harapan didakwa tersalah langkah apabila membatalkan projek projek yang dirancang Barisan Nasional semata mata kerana cemburu dengan usaha kerajaan terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Has...
Kj 2 Projek Sandakan Disebut Guan Eng Diluluskan Bn

Kj 2 Projek Sandakan Disebut Guan Eng Diluluskan Bn

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 461 hits
MALAYSIAKINI Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengingatkan dua projek pembangunan yang disebut Kementerian Kewangan semalam bukanlah projek baru sebaliknya diputuskan ketika pentadbiran BN Beliau merujuk rancangan tebatan banjir Su...
Projek Atas Tikar

Projek Atas Tikar

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 401 hits
HANYA beralaskan tikar dan lampu telefon bimbit aktiviti berunsurkan pelacuran di bawah pokok dibongkar Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kawasan hutan dekat Kampung Pok Besar Tanjung Kupang di sini Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar h...
U Turn Projek Mega Adalah Bukti Pembohongan Dan Fitnah Ph Selama Ini

U Turn Projek Mega Adalah Bukti Pembohongan Dan Fitnah Ph Selama Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 588 hits
Apabila Dato Seri Najib tumbang pada 9 Mei sebahagian rakyat berharap akan ada kisah2 buruknya yang dapat di buktikan oleh kerajaan sedia ada Tetapi setelah hampir setahun ceritanya terbalik Kisah kisah duit yang di transaksi bagi kepenting...
Tun M Projek Ecrl Rundingan Kerajaan Terdahulu Tidak Telus

Tun M Projek Ecrl Rundingan Kerajaan Terdahulu Tidak Telus

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 607 hits
BEIJING Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Itu Perdana Ment...
Misi Cari Pokok Dhia Dan Dzal Untuk Projek Kebun Sayur Sekolah Tabika Kemas

Misi Cari Pokok Dhia Dan Dzal Untuk Projek Kebun Sayur Sekolah Tabika Kemas

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 688 hits
MISI CARI POKOK DHIA DAN DZAL UNTUK KEBUN SAYUR SEKOLAH TABIKA KEMAS Weekend kami baru ini memang padat Jumaat malam dapat whatsapp cikgu Tabika anak anak Setiapa anak anak kena bawa satu jenis tanaman sayur untuk Projek Kebun Sayur sekolah...
Projek Reben Kuning Mfls Jadi Kebanggaan Kbs

Projek Reben Kuning Mfls Jadi Kebanggaan Kbs

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 314 hits
Projek Reben Kuning MFLS jadi kebanggaan KBS Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Apr 2019 9 00AM
Najib Dakwa Projek Pembangunan Kg Baru Untuk Kroni Dap

Najib Dakwa Projek Pembangunan Kg Baru Untuk Kroni Dap

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 302 hits
foto Malay MailKUALA LUMPUR 23 April Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan sengaja menggunakan alasan mahu peruntukan pembangunan Kampung Baru berjumlah RM10 bilion supaya kroni DAP mendapat keuntung...
Pihak Berkuasa Negeri Punyai Hak Milik Mineral Dalam Projek Ecrl

Pihak Berkuasa Negeri Punyai Hak Milik Mineral Dalam Projek Ecrl

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 324 hits
Pihak berkuasa negeri punyai hak milik mineral dalam projek ECRL Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Apr 2019
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Bella Astilah Akhirnya Kamu Chord

Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas