Portal Tabung Haji Online Thijari


Bagi menggantikan portal eTHiJARI yang lama, pihak Tabung Haji (TH) telah melancarkan portal Tabung Haji online THiJARI baharu untuk memudahkan pelanggan membuat transaksi online bagi akaun TH masing-masing.
Saya sering mendapat soalan tentang portal ini sama ada melalui komen-komen di post lama atau menerusi emel.
Rupa-rupanya ramai yang berminat nak tahu tentang portal Tabung Haji online eTHiJARI baharu ini.
Untuk memenuhi hasrat pembaca blog JomUrusDuit ini, kali ini saya akan tunjukkan serba sedikit tentang portal ini.
Portal THiJARI boleh diakses melalui pautan yang berikut: www.thijari.com.my
Jika anda mempunyai akaun TH, maka anda boleh daftar dan gunakan perkhidmatan di portal tersebut.
Cara Daftar Portal Tabung Haji Online THiJARI
Untuk mendaftar di THiJARI, perlu lakukan langkah-langkah yang berikut:
Langkah daftar THiJARI #1 – Pergi ke pautan THiJARI di www.thijari.com.my, anda akan terus dipaparkan dengan muka depan portal tersebut.
Klik pada butang Daftar

Langkah daftar THiJARI #2 – Isi maklumat-maklumat yang diperlukan iaitu nombor kad pengenalan dan juga nombor akaun TH.
Pastikan nombor kad pengenalan dan akaun TH adalah sepadan, maksudnya janganlah masukkan nombor kad pengenalan orang lain dengan nombor akaun orang lain.
Klik butang Seterusnya

Langkah daftar THiJARI #3 – Anda perlu masukkan nombor telefon yang telah didaftarkan untuk akaun TH tadi.
Jika masih belum daftar nombor telefon, boleh ke mana-mana cawangan TH terdekat untuk mendaftar.
Selepas masukkan nombor telefon, klik pada butang Hantar

Langkah daftar THiJARI #4 – Sekarang, perlu mohon nombor TAC untuk sahkan pendaftaran.
Hanya perlu klik pada Mohon TAC dan nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan tadi.

Masukkan nombor TAC yang diperoleh dan klik Seterusnya

Langkah daftar THiJARI #5 – Selepas disahkan, anda perlu mengisi butiran yang diperlukan seperti yang dipaparkan di bawah:

Pastikan ID pengguna masih belum digunakan orang lain dan kata laluan adalah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

Anda juga perlu memilih gambar keselamatan dan bersetuju dengan terma & syarat yang ditetapkan.
Akhir sekali, klik pada butang Hantar dan anda telah selesai daftar portal Tabung Haji online THiJARI.

Anda boleh Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan tadi untuk mula menggunakan portal ini.
Perkhidmatan di Portal Tabung Haji Online eTHiJARI

Sehingga artikel ini ditulis, perkhidmatan yang disediakan melalui THiJARI dibahagikan kepada 3 perkhidmatan asas yang berikut:
Kemaskini Profil Akaun TH Perkhidmatan Haji Kelab TaHa/TaHa@U Perkhidmatan THiJARI #1 – Kemaskini Profil
Dengan klik pada Profil Saya, anda boleh mengemaskini butiran profil anda.

Di sini, anda boleh kemaskini butiran peribadi seperti alamat surat-menyurat, emel dan butiran pekerjaan.
Anda juga boleh melakukan penyelenggaraan had harian bagi mengubah jumlah had yang dibenarkan bagi transaksi pindahan wang sama ada ke akaun persendirian atau pun pihak ketiga.

Perkhidmatan THiJARI #2 – Akaun TH
Melalui portal Tabung Haji online THiJARI, anda boleh melakukan perkara-perkara yang berikut berkaitan akaun TH:
#1 – Memeriksa baki dan penyata akaun
Dengan klik pada menu Ringkasan Akaun, anda dapat melihat baki terkini akaun TH sendiri dan juga akaun-akaun lain yang didaftarkan di bawah nama anda seperti akaun TH anak-anak.

Anda juga boleh melihat rekod transaksi keluar masuk, jumlah hibah diterima dan juga muat turun penyata.
#2 – Pindahan wang
Melalui menu pindahan simpanan TH, anda boleh melakukan transaksi pemindahan wang kepada akaun TH yang lain sama ada akaun TH sendiri, pihak ketiga atau pun kegemaran.

Namun, hanya pemindahan ke akaun TH sahaja dibenarkan, bukan ke akaun bank.
Jika nak pindahkan wang ke akaun bank, boleh gunakan perkhidmatan bank online seperti Maybank2u, Bank Islam IB dan i-Rakyat.
#3 – Selenggara akaun TH kegemaran
Anda boleh menambah atau memadam akaun TH kegemaran menerusi portal THiJARI.

Akaun kegemaran ini akan memudahkan anda untuk membuat pindahan wang tanpa perlu memohon nombor TAC berulang-ulang kali.
Contoh akaun TH kegemaran adalah akaun TH anak, isteri, ibu dan bapa.
Perkhidmatan THiJARI #3 – Perkhidmatan Haji
Antara perkhidmatan haji yang disedikan menerusi portal Tabung Haji online THiJARI adalah:

#1 Pendaftaran Haji – Bagi pendeposit Tabung Haji yang masih belum mendaftar haji, boleh lakukan pendaftaran haji melalui portal ini.
#2 Semak Status Pendaftaran Haji – Pengguna THiJARI boleh menyemak status pendaftaran haji; antara maklumat yang boleh diperoleh adalah nombor daftar haji, tahun daftar haji dan tahun peruntukan/giliran haji.
#3 Semak Tawaran Haji – Anda boleh menyemak sama ada mendapat tawaran mengerjakan haji bagi tahun semasa atau pun tidak.
#4 Surat Jadual Penerbangan Haji – Bagi yang terpilih untuk menunaikan haji melalui Tabung Haji pada tahun semasa, boleh mencetak surat jadual penerbangan haji melalui THiJARI.
#5 Kursus Haji – Di sini, anda boleh menyemak tarikh bagi kursus asas dan intensif haji yang diadakan di mana-mana tempat terdekat.
#6 Rayuan Haji – Menerusi menu ini, pengguna akan diberi panduan membuat rayuan haji dan boleh muat turun borang berkaitan.
Perkhidmatan THiJARI #4 – Kelab TaHa / TaHa@U
Melalui portal Tabung Haji online THiJARI, pengguna boleh mendaftar dan menyemak status pendaftaran dalam kelab TaHa dan TaHa@U.

Pengguna juga boleh mengakses e-kad keahlian serta memeriksa direktori dan lokasi Rakan Kelab TaHa yang ada menyediakan keistimewaan kepada ahli.
BONUS: Cara Semak Hibah Tabung Haji Online Guna THiJARI
Setiap tahun, Tabung Haji sentiasa mengumumkan agihan hibah kepada semua pendepositnya.
Biasanya, pengumuman dilakukan sekitar Februari atau Mac bagi hibah tahun sebelumnya.
Yang baru diumumkan bulan lalu, hibah Tabung Haji untuk tahun 2019 sebanyak 3.05%
Tapi, bagaimana nak periksa jumlah agihan hibah yang diterima?
Sekarang, anda boleh semak agihan hibah Tabung Haji secara online menerusi portal THiJARI.
Begini langkah-langkahnya:
Langkah #1 – Dalam portal THiJARI, klik pada menu Ringkasan Akaun.

Langkah #2 – Klik pada akaun yang anda ingin periksa
Langkah #3 – Anda boleh periksa transaksi bagi tempoh sehingga 90 hari terakhir. Hanya pilih jenis transaksi dan tempoh yang inign diperiksa, kemudian klik Cari Transaksi.

Anda akan dipaparkan transaksi yang berlaku termasuk agihan hibah/keuntungan Tabung Haji yang diperoleh.

Langkah #4 – Anda juga boleh klik pada Penyata Mini. Di sini, anda boleh akses penyata bagi 6 bulan terakhir. Klik pada mana-mana bulan yang dikehendaki dan boleh muat turun penyata bagi bulan tersebut.

Begitulah sahaja perkongsian saya berkenaan portal Tabung Haji online THiJARI.
Dengan adanya portal ini, lebih mudah untuk melakukan urusan berkaitan akaun TH sendiri.
Dah daftar THiJARI?
Kalau masih belum, cepat-cepat daftar sekarang!
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.
The post Portal Tabung Haji Online THiJARI appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/03/tabung-haji-online-thijari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dividen Dan Baki Tabung Haji Terkini Online

Dividen Dan Baki Tabung Haji Terkini Online

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 344 hits
Dividen Dan Baki Tabung Haji Terkini Online berapa Tabung Haji telah pun mengumumkan kadar keuntungan bagi tahun yang terkini Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan Dividen Dan Baki Tabung Haji Terkini
Pakatan Harapan Spin Doctors Accuse Yang Di Pertuan Agong Of Corruption Involving Tabung Haji

Pakatan Harapan Spin Doctors Accuse Yang Di Pertuan Agong Of Corruption Involving Tabung Haji

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 233 hits
This was what Suara Tian Chua a k a Malaysia Chronicle reported which was lifted from Suara Clare Rewcastle Brown a k a Sarawak Report BOMBSHELL AGONG S ROLE IN NEW TABUNG HAJI SCANDAL QUESTIONED IN REPORT WAS THIS HOW MUHYIDDIN MADE IT AS ...
Tuntutan Mencari Kebenaran Segerakan Rci Tabung Haji Ahmad Shabery

Tuntutan Mencari Kebenaran Segerakan Rci Tabung Haji Ahmad Shabery

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 290 hits
Antara wish list yang diutarakan oleh parti ialah menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai apa yang dikatakan penyelewengan dalam Tabung Haji kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Ujarnya pe...
Segerakan Rci Tabung Haji Untuk Mencari Kebenaran Kata Ahmad Shabery

Segerakan Rci Tabung Haji Untuk Mencari Kebenaran Kata Ahmad Shabery

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 203 hits
Antara wish list yang diutarakan oleh parti ialah menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai apa yang dikatakan penyelewengan dalam Tabung Haji kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Ujarnya pe...
Cara Cara Aktifkan Link Tabung Haji Dengan Kad Atm Bank Lain

Cara Cara Aktifkan Link Tabung Haji Dengan Kad Atm Bank Lain

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 449 hits
Cara Cara Aktifkan Link Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Lain Cara ini dapat memudahkan urusan anda dalam waktu waktu terdesak seperti urusan pengeluaran wang dari ATM bank terpilih Namun syaratnya anda dah link kad ATM bank anda dengan akau...
Berita Tabung Haji

Berita Tabung Haji

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 347 hits
BERITA TABUNG HAJI https chat whatsapp com D666mZWGibC49nYhOZ2czp WhatsApp https t me johortimes Telegram
Strategi Penstrukturan Semula Tabung Haji Membuahkan Hasil

Strategi Penstrukturan Semula Tabung Haji Membuahkan Hasil

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 286 hits
AJK Pimpinan Nasional AMANAH Muhammad Faiz Fadzil berkata strategi penstrukturan semula Tabung Haji di bawah Kerajaan Pakatan Harapan telah membuahkan hasil Katanya agihan keuntungan Tabung Haji kepada para pendeposit Muslim untuk tahun 201...
Tabung Haji Umum Dividen Sebanyak 3 05 Peratus Untuk Tahun 2019

Tabung Haji Umum Dividen Sebanyak 3 05 Peratus Untuk Tahun 2019

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 326 hits
Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat pada kadar 3 05 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 Ianya dinyatakan di laman web rasmi Tabung Haji selain Facebook rasmi Tabung Haji sebentar tadi Agihan penda...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024