Portal Aduan Buli Kpm
Portal Aduan Buli KPM telah dilancarkan hari ini, 18 Ogos 2022, bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Portal tersebut dilancarkan dalam sebuah Program Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat usaha kerjasama antara KPM dengan KDN dalam menangani permasalahan disiplin dan salah laku, khususnya dalam kalangan murid di institusi pendidikan bawah KPM.
Bagi tujuan ini, KPM akan terus memantapkan lagi kolaborasi dengan KDN menerusi PDRM dan AADK untuk mencegah salah laku disiplin murid serta keterlibatan dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.
Dalam menjayakan usaha ini, penglibatan seluruh lapisan masyarakat termasuk murid, guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa juga diharap dapat bersama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab menangani sebarang permasalahan disiplin dan salah laku yang boleh memberi kesan kepada masa depan anak-anak generasi pewaris negara.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal aduan ini dan bagaimana cara untuk menggunakan portal tersebut.
Apakah Portal Aduan Buli KPM?
Portal Aduan Buli bagi membolehkan penyaluran maklumat berkaitan perbuatan buli yang berlaku di institusi pendidikan KPM.
Sebarang kes berkaitan kejadian buli boleh dilaporkan secara dalam talian melalui sistem aduan buli, e-mel dan juga talian telefon yang beroperasi 24 jam sehari.
Portal ini juga menyediakan maklumat mengenai tatacara pengendalian isu buli di sekolah yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada kita semua.
Cara Mengakses & Membuat Aduan
Portal ini boleh diakses melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli dan kejadian juga boleh dilaporkan dengan menghubungi talian 03-8884 9325 / 014-800 9325 atau menerusi e-mel
[email protected].
Semoga inisiatif ini dapat membantu usaha menangani kejadian buli dan seterusnya mencegah perlakuan yang menyalahi undang-undang di semua institusi pendidikan KPM.
Apakah Jenis Aduan Buli Yang Boleh Dilaporkan?
Buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah untuk menangani masalah kes buli dalam kalangan murid.
Penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murid yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah khususnya murid. KPM akan menyediakan portal aduan buli sebagai usaha menambah baik pendekatan memerangi kes buli di sekolah.
Hukuman Kepada Pembuli
Menurut laman web tersebut, antara hukuman disiplin yang boleh dikenakan kepada pembuli termasuklah:
Dirotan tidak lebih daripada 3 kali ;Digantung dari sekolah semasa 14 hari ; atauDibuang dari sekolah
“Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana sekolah yang cuba menyorok kejadian buli yang berlaku dalam kalangan murid atau pelajar.”
– MENTERI KANAN PENDIDIKAN
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
Sistem Aduan SISPAA E-mel:
[email protected] : 0388849325 (Waktu bekerja)Whatsapp / Telefon 24 Jam : 0148009325
Baca juga:
Sekolahku SEJAHTERA KPM: Lagu, Lirik, Konsep & 14 Elemen Nilai MurniCara Gantung Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) Dengan Betul
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/portal-aduan-buli-kpm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=portal-aduan-buli-kpm