Politik Milik Elitis
Sudah hampir 3 tahun saya berehat dari politik, fokus kepada anak-anak dalam fasa kritikal transisi pengajian menengah dan universiti.
Ketenangan saya terganggu dengan “hiruk” Rafizi, terpaksa menjenguk ingin tahu apa sebenarnya yang Rafizi pikukkan ini.
Saya masih ingat pada 2016 ketika berjumpa di Kota Bharu saat saya dicatur dalam BERSATU, Rafizi beritahu saya “Anina, politik ini dikuasai oleh elitis. Kita dari keluarga bukan elitis ini akan tempuhi pelbagai kesukaran dan akan disekat untuk beri laluan kepada keluarga elitis”
Saya laluinya di dalam BERSATU apabila Mukhriz mahukan laluan laut dan anak pulau ini perlu disingkirkan untuk “anak elitis” tersebut.
Tun Mahathir pujuk saya “Anina, saya juga pernah disingkirkan dari UMNO tetapi saya kembali dan menjadi Perdana Menteri”.
Tun Siti Hasmah pujuk saya “jangan risau, Mahathir jaga Langkawi”.
Majoriti di luar sana tidak tahu apa yang berlaku tetapi Tun Mahathir tidak sama sekali lupa. Antara saya dan Tun Mahahthir ada sesuatu yang tertangguh.
Tipu jika Tun Mahathir tidak menyesali apa yang berlaku, patah tumbuh hilang berganti, ramai lebih bagus dari Anina tetapi tiada sesiapa boleh menjadi Anina.
Saya wanita pertama berdiri dan meletupkan bom di Langkawi pada 2015 untuk Tun Mahathir ketika Mukhriz sebagai Menteri Besar juga menghalang Tun Mahathir bercakap di Kedah.
Apabila bom meledak ke seluruh negara, Mukhriz di pecat sebagai Menteri Besar, baru lah “anak kandung” tersebut terhegeh-hegeh mencari ayahnya.
Bagi yang tidak tahu menahu, boleh tanya dan belajar sejarah BERSATU dari Tun Mahathir sendiri (jangan melalui TS Muhyiddin kerana dia slow).
Saya ceritakan mukkadimah di atas untuk anda tahu kenapa saya merasai apa yang dilakukan terhadap Rafizi.
Walau jalan saya dan Rafizi tidak sama (I’m not a huge fan of Anwar Ibrahim) tetapi kami berkongsi banyak persamaan takdir dan kami tidak mewarisi legasi politik elitis di dalam darah daging.
Rafizi naik dalam politik bukan kerana dia anak Perdana Menteri atau menantu Perdana Menteri.
Rafizi juga tidak naik di dalam parti yang memerintah negara dengan pelbagai privilege parti memerintah.
Rafizi naik dari parti yang berguling di atas jalanraya, merengkok dalam sel lokap dan dewasa dengan maki hamun terhadap dirinya sepanjang 27 tahun.
Rafizi tiada keluarga elitis untuk dia menumpang nama tetapi Rafizi berdiri atas kaki sendiri dan jatuh juga bertongkat dagu sendiri untuk merawat diri.
Sejak lama bercuti, bertukar telefon, saya tidak dapat lagi berhubung dengan Rafizi.
FB saya dalam mode “dormant” dan saya kekalkan hanya 200 keluarga dan kawan rapat sahaja ketika tempoh bercuti ini.
Saya tidak pasti jika posting ini akan reach Rafizi namun, jika ada yang dekat dengan Rafizi tolong sampaikan Salam saya kepada beliau.
“Kita tiada papa elitis tetapi kita ada Tuhan”, rawat lah diri dan biar Allah atur laluan di hadapan.
Oh ya satu lagi, “mampus lah apa orang nak kata, yang penting kita ada gaya”.
Kawan,
Anina
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/05/politik-milik-elitis.html