Politik Cencaluk Di Melaka Siapa Km


ULASAN 

Jika Melaka hilang KM, Adly wajar
menjadi penggantinya.MoU yang ditanda tangani oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob dengan PH pada 14 September lalu yang
antara lain membawa maksud untuk mencapai perdamaian politik bagi mengatasi kemelut negara yang dilanda pandemik Covid dan kemeruduman ekonomi, tampaknya tidak memberi bekas yang baik. 
Lautan politik negara tetap juga bergelora, MoU itu hanya seperti kedua-dua pihak seperti mahu menipu antara satu sama lain. Berhenti rehat setelah kehilangan akal dan penat. Ia hanya satu pameran murahan buat rakyat bagi menunjukkan orang politik kononnya bermaruah dan concern untuk kepentingan rakyat. Walhal ia bohong dan kohong.
Terbaharu gelora politik berlaku di Selat Melaka apabila empat Adun menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali dan kerajaan BN menyebabkan kerajaan BN Melaka dikira tumbang setelah hilang majoriti sokongan. Tragedi politik terbaru ini membuktikan akan kebohongan dan kerakusan orang politik. 
Hari ini empat orang adun itu, dua daripada BN (Umno) seorang daripada Bebas dan seorang lagi daripada Bersatu secara rasmi mengumumkan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan BN bawah pimpinan Sulaiman Md Ali dan telah menghantar surat penarikan diri.  

Mereka ialah Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hasan (Pantai Kundor) keduanya daripada Umno, serta Norhizam Azam Baktee (Pengkalan Baru - Bebas), dan Noor Effandi Ahmad (Telok Emas - Bersatu). Tiga daripada mereka, Idris Haron, Noor Effandi dan Norhizam Azam merupakan anggota Exco kerajaan Melaka.Walaupun kerajaan BN yang dibentuk secara "curi" mengambil semangat apa yang berlaku di Kuala Lumpur 20 Mac tahun lalu itu sudah dikhuatiri sejak awal akan kestabilannya, tetapi tidak ramai yang terfikir dan menyangka ia berakhir secara drastik seperti hari ini. Apa lagi sesudah MoU ditanda tangani kita mengira kemelut politik akan terhenti dan tragedi sedemikian tertangguh hingga ke Piraum ke-15.  
Sementelah lagi yang terlibat menarik diri itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka daripada Umno Idris Haron. Apakah yang tidak kena menyebabkan berlaku kejadian itu? Seharusnya sebagai seorang bekas KM, sepatutnya mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menstabilkan keadaan politik Melaka jauh sekali untuk merosakkan reputasi parti sendiri.  

Empat Adun yang jatuhkan
kerajaan BN Melaka.Seperti mana dilaporkan, antara sebab dan alasan diberikan oleh keempat Adun itu seperti mana disebut dalam sidang akhbar mereka pada hari ini diketuai Idris, ialah kerana sikap kerajaan Melaka yang flip flop menyebabkan banyak keputusan telah dibuat tidak dilaksanakan. 
Idris juga memberi bayangan seolah-olah dalam kerajaan Melaka dikuasai oleh dua individu. "Ia seperti ada dua Singa di atas satu gunung yang meresahkan rakyat," tegas Idris berpersonifikasi.  
Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Idris Haron ini sehingga beliau sedia "mengkhianati" partinya sendiri? Apakah alasan diberikan itu sengaja direka, tetapi sebenarnya ia berhubung dengan rasa tidak puas hatinya berhubung kedudukannya dalam Umno Melaka. Sebelum kerajaan BN jatuh dalam pilihan raya lalu beliau merupakan Ketua Menteri Melaka. Bahkan beliau adalah salah seorang sang malingnya mencuri kerajaan PH. 
Apabila Umno berjaya menumbangkan kerajaan PH setelah berlaku politik lompat melompat, Idris seakan diketepikan dan tidak dilantik menjadi Ketua Menteri sebaliknya diberikan kepada Sulaiman Md Ali. Beliau hanya dilantik sebagai Exco. Apakah itu puncanya? Kekecewaan? Tetapi apa yang dapat diduga masakan kerana itu, tentu adalah perkara lebih besar yang berlaku dalam kerajaan Melaka kini yang tidak dapat diterima oleh Idris. Dalam kasus ini kita lihat Idris seperti meminjam semangat Hang Jebat.
Kesan ke negeri lain. 
Kita tidak perlu tahu masalah dalaman Umno yang menyebabkan Idris tidak dapat untuk bersama KM Sulaiman Md Ali. Tetapi melihat apakah kejutan yang dibuat itu membawa kesan yang tidak menyenangkan Umno. Kesan itu bukan sahaja setakat di Selat Melaka, tetapi juga boleh merebak ke negeri-negeri lain hingga ke Perak. Tentunya gelora di Selat Melaka boleh merebak ke Laut China Selatan dan Andaman mengganggu ketenangan bahtera Ismail Sabri yang sedang belayar. 
Keadaan kerajaan BN Melaka yang sudah disifatkan jatuh itu masih bagaimana pun menjadi tanda tanya. Pihak PH yang turut mengadakan sidang akhbar bersama 11 orang Adunnya hari ini, menjelaskan pihaknya akan menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Mohd Ali Rustam dalam masa terdekat. 
Sidang akhbar yang mediatorkan oleh bekas KM Adly Zahari, mengambil maklum tindakan lanjut terletak kepada TYT untuk membuat keputusan selepas kerajaan BN tumbang. Mengikut Perlembagaan Tubuh Kerajaan Melaka, TYT boleh melantik seorang Adun bagi mengganti KM seterus membentuk kerajaan baru atau pun membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya diadakan. 
Tetapi menurut Adly disebabkan pandemik masih belum reda, beliau membayangkan tindakan untuk membubarkan kemudian diadakan pilihan raya tidak sesuai. Adly atau PH nampak lebih suka atau mahu TYT melantik KM baharu mengganti Sulaiman Md Ali. 
Sementara Umno pula mengharapkan DUN Melaka dibubarkan. Presidennya Ahmad Zahid Hamidi sebagai memberi reaksi apa yang berlaku di Melaka itu semasa berucap di parlimen petang ini menyarankan agar DUN Melaka dibubarkan bagi memboleh rakyat diberi mandat baharu menentukan kedudukan di Melaka. Saranan Zahid ini seperti double standard kerana apabila kerajaan PH jatuh beliau tidak pun memberi cadangan sedemikian.
Harapnya Ali Rustam tidak akur dengan saranan presiden partinya itu, dan tidak akan bertindak double standard juga. Kalau beliau menerima cadangan Zahid itu bermakna beliau juga bersikap double standard kerana semasa kerajaan PH jatuh dahulu apabila dinasihatkan agar bubar Dun beliau enggan berbuat begitu atas alasan Covid.  
Dari sudut lain, timbul juga siapakah yang akan dilantik menjadi KM dari kalangan PH nanti sekiranya TYT bersetuju untuk melantik KM baharu. Setakat ini dua nama dilihat sesuai dan layak untuk dilantik sebagai KM, mereka adalah kedua bekas KM itu, Idris Haron dan Adly Zahari. 
Kedua-duanya berkelayakan. Namun sekiranya diambil kira dan jika ada keikhlasan dari kalangan Adun PH dan empat yang menarik sokongan itu, demi meneruskan kesenimbungan kerajaan PH yang dicuri itu, Adly lebih sesuai untuk dilantik sebagai KM. Ini juga membolehkan beliau menyudahkan kerajaan yang tertangguhnya. Apakah projek mengelorakan lautan Selat Melaka itu sudah terfokus ke situ?  
Sebaliknya kalau PH hendakkan kepada Idris semua pihak perlu akur. 
Sebaliknya kalau mengikut "konvensyen" dimana parti yang mempunyai jumlah banyak lebih berhak, untuk dicalonkan ke jawatan itu. Jika ini diambil kira, maka DAP berhak untuk mencalonkan mana-mana Adunnya. Dalam komponen PH, DAP mewakili 7 Adun, manakala Amanah dan PKR masing-masing dua Adun sahaja. Sementara Idris yang meninggalkan Umno untuk bersama PH(?) hanya ada dua suara sahaja.
Dalam pilihan raya lalu, PH mengambil sikap solidariti dan understanding dengan melantik Adly Zahari sebagai Ketua Menteri 
Bagaimana pun kerana maslahat politik tidak mungkin DAP diberi laluan untuk mencalonkan mana-mana Adunnya untuk jawatan KM. Tanpa mengira siapa paling berhak untuk dilantik jadi KM, tidak penting, yang penting KM baharu nanti dapat memulihkan mandat rakyat yang diberikan tetapi telah dicuri oleh BN itu.  
Walaupun apa yang berlaku sudah ada struktur (agenda) tersendiri, namun kemelut atau gelora politik di Selat Melaka itu tidak mudah ditamatkan dalam masa terdekat. Mungkin ia akan berlanjutan untuk beberapa hari ini. Ini kerana Ali Rustam dilaporkan masih dalam edah kuarantin kerana berhubung rapat dengan seseorang positif Covid. Walaupun pihak PH telah menyatakan hajat untuk berjumpa dengan Ali Rustam, tetapi pihak TYT itu menjelaskan yang beliau belum menerima apa-apa arahan.
Memandang itu sekurang-kurang dua minggu krisis di Melaka itu akan bergelut dan tempoh itu sangat kritikal. 
Dua minggu suatu masa panjang dalam menanti kesudahan sesuatu krisis politik. Dalam masa itu ia boleh berlaku apa sahaja yang boleh menambah kusut masai pemikiran dan mengejutkan. Boleh jadi juga selepas ini dua Adun Umno yang telah menarik sokongan itu akan kembali untuk membuat pusingan U kembali ke pangkal semula? Musim sekarang musim scheme of thing. Apakah taukeh scheme of thing baru Ismail Sabri Yaakob tidak ada apa-apa idea untuk mengatasi kemelut Umno di Melaka itu?
Lainlah kalau Idris bersama tiga Adun itu sudah membuat ikatan kemas dengan PH dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan mereka keputusan diumum hari ini akan kekal, dan Melaka tidak ada pilihan lain maka seorang KM baharu perlu dilantik atau DUN Melaka dibubarkan. 
Khabar sudah ada SD ditanda tangani berhubung apa yang berlaku itu, tetapi tidak diketahui pula macam mana status dan kesahihan SD berkenaan. Apakah SD politik masih boleh dipakai dan dipercayai lagi waktu ini sesudah ia telah menjadi busuk daripada sampah tandas.  
Kalau ada ikatan, ia mungkin Idris telah bersetuju untuk berpindah parti, sebab ada juga laporan beliau bersama tiga Adun telah berjumpa dengan Presiden Keadilan Anwar Ibrahim beberapa hari lalu. Apakah Idris akan menyertai Keadilan kemudian diangkat menjadi KM Melaka? Tentu ada sesuatu laba buatnya jika tidak, beliau sebagai orang politik tidak berani memasuki tender besar yang bakal mendapat keuntungan besar buatnya.
Kita tunggu siapa akan jadi KM Melaka kali kedua antara Idris dengan Adly. Atau dua-duanya lepas? [wm.kl.8:23 pm 04/10/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/10/politik-cancaluk-di-melaka-siapa-km.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun Melaka Dibubar Pilihan Raya Negeri Jadi Pilihan Atasi Kemelut Politik

Dun Melaka Dibubar Pilihan Raya Negeri Jadi Pilihan Atasi Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 249 hits
Malaysiakini Akhirnya kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan ...
Politik Di Melaka Apa Kata Hang Tuah

Politik Di Melaka Apa Kata Hang Tuah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 364 hits
Fr FB post 1511 Kerajaan Melaka jatuh di tangan Alfonso1641 Kerajaan Melaka jatuh di tangan Belanda1824 Kerajaan Melaka jatuh di tangan British 2018 Kerajaan Melaka jatuh di tangan PH2020 Kerajaan Melaka jatuh di tangan UMNO2021 UMNO jatuhk...
Politik Melaka Bertindak Demi Menyelamatkan Umno

Politik Melaka Bertindak Demi Menyelamatkan Umno

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 245 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron menjelaskan tindakannya bertindak sedemikian adalah untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang Idris bertegas bahawa beliau tidak boleh
Politik Melaka Rakyat Diperbodoh Majoriti Dinafikan

Politik Melaka Rakyat Diperbodoh Majoriti Dinafikan

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 275 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron berpendapat tiada sebab UMNO untuk tidak serah kuasa pentadbiran negeri Melaka kepada Pakatan Harapan yang memiliki majoriti SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtub
Politik Melaka Prn Bakal Saksikan Pertembungan Bn Ph Dan Pn Abdul Rahim

Politik Melaka Prn Bakal Saksikan Pertembungan Bn Ph Dan Pn Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 321 hits
Shuhada Abdul KadirOktober 11 2021Pertembungan dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika perbincangan antara parti parti berkenaan gagal mencapai sebarang bentuk kerjasama Gambar failAYER KEROH Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri...
Krisis Politik Melaka Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan

Krisis Politik Melaka Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 305 hits
Krisis Politik Melaka Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid hari ini menasihati wakil rakyat di Melaka agar tidak tergesa gesa mahu melompat parti bagi mengelak krisis politik yang berpanjangan Pada masa s...
Terkini Spekulasi Politik Melaka Adakah Bakal Berlaku Pertukaran Kerajaan

Terkini Spekulasi Politik Melaka Adakah Bakal Berlaku Pertukaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 244 hits
Angin politik di Melaka kini mula bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan Senario itu sekali gus bakal menyaksikan melaka yang sebelum ini pernah dipimpin ph selepas Pilih...
Politik Melaka Anwar Nafi Temui Ali Rustam

Politik Melaka Anwar Nafi Temui Ali Rustam

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 345 hits
Pergolakan politik negeri Melaka tidak melibatkan campur tangan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan beberapa media arus perdana semalam Presiden KEADILAN itu juga menafikan berita beliau cuba mengh...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba