Polis Tangkap Penagih Dadah Serah Pada Doktor Macam Tu Ke


Sekumpulan doktor perubatan yang juga pakar pemulihan dadah menyambut baik kenyataan Menteri Undang-undang Liew Vui Keong yang bersetuju untuk menangani masalah penggunaan dadah berdasarkan pendekatan kesihatan sosial.

Pengerusi Gabungan Reformasi Polisi Dadah, Dr Mohamad Sallehin Abu Bakar berkata ia satu langkah ke hadapan.

"Menteri mencadangkan (masalah penagihan) untuk diselia oleh Kementerian Kesihatan dan bukan lagi ditangani melalui sistem pengadilan jenayah.

"Alhamdulillah. Ini satu rahmat dan kenyataan ini sangat hebat.

"Ini satu langkah ke hadapan. Jadi bila masalah kesihatan, sepatutnya doktorlah (yang menyelia kesihatan penagih)," katanya kepada Malaysiakini.

Pinda undang-undang dadah

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Maziah Yaacob yang turut bersama dalam Gabungan Reformasi Dadah berkata mereka terdiri daripada doktor perubatan, pakar psikiatrik, peguam dan penyelidik, malahan pengarah kesihatan negeri juga.

"Pegawai kerajaan pun ada dalam kumpulan ini. Pengarah jabatan-jabatan kesihatan pun ada.

"Dalam kumpulan kami ini, malah ada pengarah jabatan kesihatan negeri pun bersama-sama dengan kami," kata Dr Maziah yang hadir bersama kumpulan itu ke pejabat Malaysiakini semalam.

Dr Maziah menyarankan supaya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, pakar psikiatri Prof Dr Mohamad Hussain Habil berkata kenyataan menteri undang-undang itu memerlukan perubahan polisi dan kerajaan perlu meminda Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Cuma kita hendak kenyataan itu dapat dipanjangkan sehingga kepada pindaan polisi. Dan juga rawatan penagihan (diletakkan) di bawah Kementerian Kesihatan.

"Jadi sepatutnya ditangani doktor dan bukan pegawai polis," katanya ketika wawancara bersama Malaysiakini.

Najis boleh buat baja

Beliau yang juga bekas presiden Asean Federation of Psychiatry and Mental Health telah berkecimpung dalam bidang pemulihan dadah sejak penghujung tahun 1970-an lagi berkata dasar menangani masalah penagihan dadah selama ini telah gagal.

"Najis pun ada gunanya, boleh buat baja," katanya berseloroh ketika menjawab soalan wartawan mengenai dasar memerangi 'najis' dadah.

Dr Hussain yang bertanggungjawab merangka pendekatan psikologi Islam bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) berkata program rawatan dan pemulihan gagal menyelesaikan masalah penagihan dadah kerana ia dikendalikan pihak yang tidak berkelayakan dalam bidang tersebut.

"Rawatan (penagih) sekarang ini yang sepatutnya diberikan (untuk dikendalikan) oleh para doktor dan pakar yang telah menjalani latihan untuk rawatan itu tapi tidak diberi keutamaan.

"Dan rawatan sekarang ini diberi (untuk dikendalikan) kepada mereka yang tidak berkelayakan. Jadi macam mana?

"Dalam ilmu manapun, kalau kita bagi mereka yang tidak berkelayakan untuk merawat jadi berlakulah masalah," katanya.

Menurut Dr Hussain, ketika undang-undang dadah digubal pada 1952 dan dipinda bagi memasukkan hukuman mandatori pada 1983, "keadaannya relevan pada masa itu, tetapi kini telah menjadi kuno (archaic)."

"Pertama meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 supaya lebih relevan kepada cara mana kita nak memasukkan unsur kesihatan.

"Dan kita cadangkan supaya KDN hanya menjurus kepada penangkapan mereka yang mengedar dan jenayah tetapi proses rawatan dan juga apa jua prosedur perlu dikeluarkan daripada (bidang kuasa) KDN dan dimasukkan kepada Kementerian Kesihatan," katanya yang merupakan ahli Lembaga Pengarah Fakulti Perubatan Universiti Mahsa.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya (Umcas), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid pula membangkitkan kesan sosial akibat dasar memenjarakan penagih dadah ini.

"Ini adalah isu sosial yang kita sendiri cipta sebenarnya. Kita tangkap orang dan kita tidak jaga anak-anak dan isteri mereka.

"Banyak isu sosial akan timbul dan ini memburukkan lagi keadaan," jelasnya kepada Malaysiakini.

Suatu Persidangan Kesihatan Mental dan Ketagihan bakal berlangsung bermula 25 hingga 27 Januari ini, anjuran Universiti Mahsa, Umcas dan Perdim di Kuala Lumpur.

Persidangan ini akan menampilkan pembentangan pakar-pakar mengenai isu kesihatan mental secara amnya, masalah ketagihan dan polisi dadah negara.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/polis-tangkap-penagih-dadah-serah-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tangkap Orang Biru Kerana Buat Penduduk Kampung Panik

Polis Tangkap Orang Biru Kerana Buat Penduduk Kampung Panik

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 426 hits
Predeep Nambiar GEORGE TOWN Polis hari ini menangkap seorang perempuan yang merayau dekat sebuah kampung di Kepala Batas sejak minggu lalu dengan seluruh tubuhnya bewarna biru Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berk...
Melaka Serah Polis Siasat Lelaki Dakwa Pemilik Malaysia

Melaka Serah Polis Siasat Lelaki Dakwa Pemilik Malaysia

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 464 hits
Kerajaan Melaka menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang mengaku sebagai tuan punya kerajaan Malaysia dan layak untuk menuntut jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong serta perdana menteri Ketua Menteri Melak...
Pegawai Sahkan Anak Lelaki Mat Sabu Ditahan Polis Bersabit Kes Dadah

Pegawai Sahkan Anak Lelaki Mat Sabu Ditahan Polis Bersabit Kes Dadah

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 902 hits
Seorang pegawai kepada Mohamad Sabu mengesahkan anak lelaki menteri pertahanan itu ditahan bersama seorang lelaki lain berkaitan kesalahan dadah dalam satu serbuan polis di sebuah pusat hiburan Menurut Bernama serbuan ke atas pusat hiburan ...
Polis Tumpas Sindiket Seludup Dadah Masuk Penjara

Polis Tumpas Sindiket Seludup Dadah Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 362 hits
Mohamad Fuzi berkata kelima lima suspek direman selama tujuh hari sehingga 19 Januari ini untuk siasatan lanjut
Dua Beradik Maut Dikelar Penagih Dadah

Dua Beradik Maut Dikelar Penagih Dadah

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 363 hits
Dua beradik maut dikelar penagih dadahDua kanak kanak maut dikelar oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Sungai Yan malam tadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata kejadian ...
Dia Ada Kes Bunuh Edar Dadah Dan Samun Bersenjata Polis Tembak Mati Lelaki Di Sungai Petani

Dia Ada Kes Bunuh Edar Dadah Dan Samun Bersenjata Polis Tembak Mati Lelaki Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 692 hits
Astro Awani Selepas kejadian itu polis menemui sepucuk pistol Semi Auto 9MM jenis Baretta di tepi suspek serta 74 paket plastik kecil yang mengandungi dadah jenis heroin Foto Astro AWANI SUNGAI PETANI Suspek lelaki yang mati ditembak polis ...
Anak Mat Sabu Yang Ditahan Polis Positif Dadah Telah Dibebaskan

Anak Mat Sabu Yang Ditahan Polis Positif Dadah Telah Dibebaskan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 588 hits
KUALA LUMPUR Anak lelaki Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam Ahmad Saiful Islam Mohamad 31 tahun ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu Setiausaha Politik Mente...
Doktor Ini Jelaskan Punca Kenapa Selsema Anak Anda Berpanjangan Amp Berbau Macam Tak Percaya

Doktor Ini Jelaskan Punca Kenapa Selsema Anak Anda Berpanjangan Amp Berbau Macam Tak Percaya

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 379 hits
Ubat selsema dah makan tapi kenapa selsema anak aku ni tak baik baik 5 minggu dah selesema dia ni Bila anak anak selsema pastinya si ibu akan berasa risau Yela penyakit ini bukan sahaja mengganggu aktiviti seharian anak malah nak tidur mala...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking

Pasaran Saham As Bersedia Untuk Pembetulan Selepas Tiga Bulan Kenaikan Berterusan

Kerajaan Pahang Minta Peneroka Negeri Ini Guna Sebaik Mungkin Peruntukkan Rm100 000 Untuk Kampung Felda

31 Tahun Terpisah Polis Kacukan Filipina Korea Bertemu Semula Ibu Kisah Tular Cetus Emosi