Polis Tambah Sekatan Jalan Raya Pasukan Pantau Sop Ditubuhkan


Bernama Beberapa ketua polis negeri turun padang hari ini bagi memastikan penguatkuasaan pematuhan SOP dilaksanakan dalam usaha memutuskan penularan jangkitan wabak yang boleh membawa maut itu.

Polis memperketatkan sekatan jalan raya di sempadan-sempadan negeri yang berada di bawah status PKP. Polis meningkatkan penguatkuasaan dan kawalan di sempadan negeri dan daerah serta kawasan-kawasan tumpuan awam bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan tidak melakukan perjalanan rentas negeri atau daerah.
Malah beberapa ketua polis negeri turun padang hari ini bagi memastikan penguatkuasaan pematuhan SOP dilaksanakan dalam usaha memutuskan penularan jangkitan wabak yang boleh membawa maut itu.
Di bandar raya ini yang di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak Jumaat lepas, polis Kuala Lumpur menubuhkan 91 Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP terdiri daripada lima pegawai dan 1,200 anggota yang akan digerakkan ke kawasan tumpuan ramai untuk melakukan pemantauan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim yang ditemui selepas meninjau sendiri pematuhan SOP PKP di Bazar Aidilfitri, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur berkata pasukan itu juga akan memberi peringatan berterusan kepada orang ramai dari semasa ke semasa supaya sentiasa mematuhi SOP.
Beliau berkata pihaknya turut dibantu 61 pasukan penguat kuasa daripada agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kompaun akan dikeluarkan kepada individu yang masih bersikap sambil lewa dan ingkar arahan yang ditetapkan, katanya.
Di Johor pula walaupun larangan rentas negeri dan daerah dikeluarkan, masih ramai yang mencuba nasib membuat permohonan untuk merentas negeri dan antara alasan yang diberikan ialah untuk pulang berhari raya menziarah keluarga.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam tempoh 25 April hingga semalam pihaknya menerima 19,090 permohonan untuk merentas negeri dan daerah.
Sebanyak 465 permohonan ditolak berikutan alasan yang tidak munasabah, katanya kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya di Seelong di Johor.
“(Lepas ini) dah tiada nasihat-nasihat. Banyak kali nasihat dan amaran (diberikan sebelum ini). Kalau kita tangkap (lepas ni), kita akan terus kompaun dan jangan cakap polis tidak bertimbang rasa.
“Amaran sudah diberi jadi perlu bertanggungjawab,” katanya sambil memberitahu seramai 1,212 pegawai dan anggota bertugas pada Aidilfitri ini dengan 840 orang di sekatan jalan raya (SJR).
Di Pulau Pinang pula polis menambah sekatan jalan raya daripada 15 kepada 41 berikutan pelaksanaan PKP di tiga daerah dan tiga mukim di negeri itu bermula esok hingga 23 Mei bagi memastikan orang ramai tidak merentas negeri atau daerah.
Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata selain itu polis juga akan melakukan sekatan jalan raya bergerak di 10 laluan tikus yang dikenal pasti.
“Seramai 3,500 daripada 6,022 pegawai dan anggota polis di negeri ini terlibat dalam penugasan berkaitan COVID-19 termasuk SJR serta Ops Covid manakala selebihnya menjalankan tugasan hakiki sedia ada,” katanya ketika dihubungi.
Tiga daerah yang dikenakan PKP di negeri itu ialah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan serta Bandar Butterworth dan Mukim 14 di Seberang Perai Utara (SPU) serta Mukim 12 di Barat Daya.
Sahabudin berkata pihaknya juga akan lebih teliti dalam meluluskan permohonan rentas negeri atau daerah bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan dengan memberikan maklumat tidak tepat untuk melakukan perjalanan.
“Pelbagai alasan yang diberikan tapi kami mahukan bukti…jika salah guna kebenaran yang diberikan, tiada lagi amaran, kita akan terus kompaun,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/polis-tambah-sekatan-jalan-raya-pasukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pantau Posting Raya Di Facebook

Polis Pantau Posting Raya Di Facebook

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 333 hits
Pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada sekatan jalan raya tetapi posting atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook juga dipantau bagi memastikan arahan ditetapkan kerajaan untuk mengekan...
Polis Pantau Media Sosial Kesan Individu Langgar Sop

Polis Pantau Media Sosial Kesan Individu Langgar Sop

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 311 hits
Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI MOHAMAD Mat Yusop memeriksa surat kebenaran rentas negeri pemandu kenderaan ketika mengadakan tinjauan di sekatan jalan raya di Tol Senawang Seremban UTUSAN ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZISEREMBAN Polis akan meman...
Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun Rm2 000

Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun Rm2 000

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 345 hits
PUTRAJAYA Isteri anggota polis yang menziarahi suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya dekat sini pada hari raya pertama dikenakan kompaun RM2 000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan Ke...
Anggota Polis Trafik Cedera Patah Kaki Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya

Anggota Polis Trafik Cedera Patah Kaki Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 260 hits
KUANTAN Seorang anggota polis trafik cedera patah kaki akibat dilanggar oleh sebuah motosikal yang cuba lari dari sekatan jalan raya di jalan Tanjung Lumpur dekat sini petang semalam Ketika kejadian polis sedang mengadakan Operasi Khas Moto...
Didakwa Langgar Sop Polis Panggil Datuk Awie Untuk Diambil Keterangan

Didakwa Langgar Sop Polis Panggil Datuk Awie Untuk Diambil Keterangan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 303 hits
3 139 total views 3 139 views today Penyanyi dan pelakon Datuk Awie telah dipanggil untuk diambil keterangan selepas dakwaan melanggar prosedur operasi standard dalam satu majlis Memetik laporan Harian Metro sebelum ini tular di media sosia...
Polis Perketat Pkp Lebuh Raya Persekutuan Sesak Teruk

Polis Perketat Pkp Lebuh Raya Persekutuan Sesak Teruk

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 355 hits
Keadaan lalu lintas yang sesak di sempadan Selangor KL di Lebuh Raya Persekutuan PETALING JAYA Kesesakan teruk berlaku di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur selepas polis memperketatkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan S...
Polis Rakam Keterangan Individu Berkaitan Video Tiktok Raya

Polis Rakam Keterangan Individu Berkaitan Video Tiktok Raya

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 324 hits
PUTRAJAYA Individu yang terlibat dalam video TikTok adegan raya yang dimuat naik oleh seorang instafamous di akaun media sosial miliknya melibatkan anggota polis berpakaian uniform di sini telah dipanggil polis untuk dirakam keterangan Ketu...
Didakwa Langgar Sop Polis Ambil Keterangan Neelofa Dan Suami

Didakwa Langgar Sop Polis Ambil Keterangan Neelofa Dan Suami

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 341 hits
Neelofa dan suaminya PU Riz dikatakan memuat naik gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai semalam SEREMBAN Polis mengambil keterangan selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail s...
Langgar Sop Polis Siasat Awie Selepas Tular Video Nyanyi Ramai Ramai

Langgar Sop Polis Siasat Awie Selepas Tular Video Nyanyi Ramai Ramai

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 296 hits
May 10 2021 Polis Melaka akan memanggil beberapa individu termasuk selebriti yang juga penyanyi rock Datuk Ahmad Azhar Othman atau dikenali ramai sebagai Awie bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar prosedur operasi standard ketika m...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum

Renew Domain Untuk 2 Tahun