Polis Kuantan Dakwa Mati Mengejut Waris Musykil Kerana Ada Kesan Kecederaan Pada Arwah Akauntan




PETALING JAYA: Tragedi melibatkan seorang akauntan yang dikategorikan sebagai mati mengejut oleh polis menimbulkan tanda tanya kepada warisnya ekoran penemuan kecederaan pada kepala mangsa.
Zainal Abidin Ali mendekwa bedah siasat yang dijalankan ke atas adik iparnya, Nurul Aina Mohd Karim, menemukan beberapa kesan lebam termasuk pada lengan, belakang leher serta pahanya.
Selain itu, katanya, kesan kecederaan juga ditemukan pada bahagian belakang tengkorak wanita terbabit.
Nurul Aina, 37, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Bandar D’Marina, Kuantan, Pahang pada 20 Mac lalu.
Kata Zainal Abidin, analisis bedah siasat memutuskan bahawa punca kematian Nurul Aina adalah disebabkan kecederaan kepala kesan daripada trauma daya objek tumpul.
“Saya dapat panggilan telefon sekitar jam 12.30 tengahari daripada suami Nurul Aina yang mengatakan bahawa Nurul Aina dah tiada dan kami pun bergegas dari Johor Bharu ke Kuantan.
“Semasa kami sampai polis pun dah ramai di rumah arwah dan sedang soal siasatan suami sebagai orang terakhir bersama dia semasa hidup, selain pembantunya bernama Andak," katanya pada sidang media anjuran NGO Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan Bersama (Edict) di sini hari ini.


Tambah Zainal Abidin pada malam itu juga polis memaklumkan bahawa ada keretakan pada tengkorak Nurul Aina dari bahagian belakang ke depan, selain otaknya juga lebam.
Pada masa sama, kata Zainal Abidin, keluarga pula menyedari ada kesan lebam pada badan, paha kanan dan tangan kanan Nurul Aina.
"Maka memang kami syak ini sebenarnya adalah kes bunuh sebenar,” katanya.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata dia dan keluarganya hairan apabila polis sehingga kini belum menahan suami Nurul Aina bagi membantu siasatan.
Boleh klasifikasikan kes semula
Isterinya dan yang juga kakak kepada Nurul Aina, Khairun Munirah Karim, 39, pula mendakwa polis juga masih belum merekodkan keterangan daripada ahli keluarga mangsa.
Kecewa dengan keputusan kes kematian adiknya itu, Khairun Munirah bersama-sama dengan beberapa ahli keluarga lain telah membuat lebih lima laporan polis berhubung kes berkenaan masing-masing pada 22, 23, 25, dan 26 Mac, serta 15 April lalu bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut.
Menurut Khairun Munirah, sebelum ini arwah adiknya itu pernah membuat laporan polis berhubung keganasan rumah tangga yang didakwa dilakukan suami mangsa pada 2018.
Untuk rekod, suami Nurul Aina merupakan seorang bekas anggota tentera. Hasil pernikahan mereka pasangan terbabit mempunyai dua orang anak, berumur lima dan sembilan tahun.
Difahamkan kedua-dua anak pasangan itu tidak berada di rumah semasa kejadian.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Edict, M Visvanathan, menggesa Bukit Aman mengambil alih siasatan kes berkenaan daripada polis Kuantan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, yang dihubungi pula mengesahkan pihaknya menerima laporan kematian Nurul Aina pada hari kejadian.
Katanya polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dan akan memanggil keluarga terbabit - termasuk suami Nurul Aina - untuk diambil keterangan.
"SDR (laporan kematian mengejut) tidak bermakna kes itu ditutup. Jika ada bukti lanjut, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu," katanya.
Wan Mohd Zahari juga menafikan dakwaan bahawa polis tidak merekodkan kenyataan daripada keluarga mangsa. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/polis-kuantan-dakwa-mati-mengejut-waris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nahas Terowong Menora Polis Kesan Pemandu Kereta Langgar Ibu Hamil

Nahas Terowong Menora Polis Kesan Pemandu Kereta Langgar Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 152 hits
BERNAMALAPORAN Harian Metro sebelum iniIpoh Polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai telah terlanggar seorang ibu hamil di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran Terowong Menora Ipoh pada Ahad lalu...
Ibu Hamil Maut Dilanggar Suv Di Terowong Menora Polis Kesan Pemandu

Ibu Hamil Maut Dilanggar Suv Di Terowong Menora Polis Kesan Pemandu

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 150 hits
Pemergian seorang ibu hamil bersama anaknya yang terlibat dalam kemalangan tragis dipercayai langgar lari di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran Terowong Menora Ipoh menyentuh hati ramai Kemalangan yang ber...
Gajah Pygmy Dipenggal Kepala Belum Cukup Bukti Dakwa Pelaku

Gajah Pygmy Dipenggal Kepala Belum Cukup Bukti Dakwa Pelaku

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 120 hits
Bangkai ketiga gajah pygmy Borneo tanpa kepala ditemukan di ladang kelapa sawit Bukit Tukok Kalabakan PETALING JAYA Jabatan Hidupan Liar Sabar sudah kenal pasti beberapa suspek dipercayai memenggal kepala tiga gajah pygmy Borneo dengan pene...
Kisah Mb Dakwa Kena Intip Betulkah

Kisah Mb Dakwa Kena Intip Betulkah

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 125 hits
Ah pulak dakwa kena intip pulak Sebelum ni buat cerita yang ada orang Sampai sekarang dia hidup lagi Sempat kahwin dua pulak Ni MB pulak buat dakwaan Ni berpunca dari terlalu banyak sangat tonton la ni Samsuri kata dia Masalahnya ada netize...
Selain Kim Soohyun Youtuber Lee Jinho Dakwa Kim Saeron Pernah Bercinta Dengan Seorang Penyanyi

Selain Kim Soohyun Youtuber Lee Jinho Dakwa Kim Saeron Pernah Bercinta Dengan Seorang Penyanyi

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 133 hits
Makin hari makin ada banyak pendedahan yang dibuat ke atas mendiang Kim Sae ron Artikel Berkaitan Baru baru ini YouTuber Lee Jin ho mendedahkan bahawa pada 2019 kedua dua Kim Sae ron dan Kim Soo hyun sebenarnya sedang bercinta dengan orang ...
Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Ahli Parlimen Dap Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam

Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Ahli Parlimen Dap Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 162 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mengecam sekeras kerasnya tindakan tidak beradab DAP yang bertindak menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas rasmi mereka dalam operasi penguatkuasaan baru baru ini Ketua Pemuda PAS Pahang M...
Hanya 10 Minit Masa Skrin Ramai Dakwa Lisa Guna Cable Untuk Muncul Dalam The White Lotus 3

Hanya 10 Minit Masa Skrin Ramai Dakwa Lisa Guna Cable Untuk Muncul Dalam The White Lotus 3

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 126 hits
Lisa BLACKPINK telah berjaya melakukan debutnya sebagai pelakon menerusi siri HBO The White Lotus 3 Artikel Berkaitan Bagaimanapun pengakhiran drama itu telah menimbulkan reaksi negatif kepada watak Lisa termasuk dakwaan menyatakan bahawa w...
Lelaki Indonesia Dakwa Filem Animasi Dongeng Sang Kancil Curi Warisan Budaya Mereka

Lelaki Indonesia Dakwa Filem Animasi Dongeng Sang Kancil Curi Warisan Budaya Mereka

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 139 hits
Baru baru ini filem animasi Dongeng Sang Kancil yang diterbitkan oleh syarikat produksi Malaysia Les Copaque Production dengan kerjasama Astro Shaw telah disiarkan di platform Netflix Baru baru ini seorang pengguna media sosial dari Indones...
Zarina Anjoulie Nafi Hamil Dakwa Saixse Pernah Paksa Wanita Gugur Kandungan Amp Tanam Janin

Zarina Anjoulie Nafi Hamil Dakwa Saixse Pernah Paksa Wanita Gugur Kandungan Amp Tanam Janin

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 142 hits
Pelakon Zarina Anjoulie nafi hamil anak kepada pelatun lagu Malampagi Saixse seperti mana hangat menjadi bualan warganet sejak semalam Menerusi hantaran di Instagram pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul 37 menafikan dakwaan kon...
Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations