Polis Dan Tentera Akan Buat Rondaan Pada Hari Perayaan



PUTRAJAYA  -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ziarah dipatuhi.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya terdapat kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan bagi mengetahui jumlah individu yang berada di dalam kediaman itu. 
“Jadi saya nak beri ingatan bahawa PDRM dan ATM telah setuju bergerak (memantau) pada hari raya pertama dan seterusnya bagi pastikan SOP dipatuhi,” katanya dalam sidang media harian  berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.
Kerajaan sebelum ini menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa perayaan yang akan dirai dalam masa terdekat ini hanya pada hari pertama sambutan dan terhad kepada 20 orang, bergantung pada saiz kediaman.
Sementara itu Ismail Sabri menegaskan pergerakan rentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan sama sekali termasuk bagi pasangan suami isteri yang duduk di negeri berasingan atas urusan kerja sebelum ini.
“Untuk si suami yang hendak menziarahi isteri di tempat lain, itu adalah kebenaran untuk hari-hari biasa, bukan untuk hari raya.
“Jadi ramai yang ambil kesempatan daripada kebenaran ini, maka mereka nak balik berhari raya, tetapi saya dah katakan, untuk rentas negeri berjumpa keluarga mereka perlu mendapatkan kebenaran polis.
“Kalau polis puas hati mereka pulang bukan untuk beraya, tetapi kerana benar-benar lama tak balik untuk berjumpa keluarga dan ada kebenaran daripada kerajaan, maka terserah kepada polis untuk memberikan kebenaran berkenaan,” katanya.
Beliau berkata larangan itu melibatkan laluan darat dan udara mencakupi perjalanan merentas negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak kecuali kes kecemasan serta dengan kebenaran polis.
Beliau turut menasihati mereka yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri melalui pengangkutan udara supaya mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu untuk mengelakkan perjalanan mereka disekat.
“Bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang telah mendapat kebenaran polis, penumpang akan disaring sejurus tiba di lapangan terbang negeri masing-masing dan akan menjalani ujian swab.
“Sekiranya mereka positif, mereka akan dihantar ke hospital dan sekiranya negatif, mereka akan dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing, dan ingin ditegaskan mereka yang gagal mematuhi perintah kuarantin ini akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.
Menurut Ismail Sabri, mereka yang pulang ke Sarawak perlu menjalani ujian swab kali kedua selepas 10 hari ketibaan bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada virus COVID-19.
Bagaimanapun pelajar insitusi pengajian tinggi yang menjalani prosedur operasi standard (SOP) tersendiri dirangka oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan negeri dikecualikan daripada peraturan itu, katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/polis-dan-tentera-akan-buat-rondaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Hari Bertarung Nyawa Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal

5 Hari Bertarung Nyawa Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 639 hits
PUTRAJAYA 12 Mei Seorang anggota polis yang terlibat dalam pemantauan khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat meninggal dunia awal hari ini selepas beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Putrajaya akibat terlibat dalam kemalangan jala...
Polis Akan Datang Beraya Ke Rumah Kalau Rumah Anda Kelihatan Meriah Di Hari Raya 2020 Ni

Polis Akan Datang Beraya Ke Rumah Kalau Rumah Anda Kelihatan Meriah Di Hari Raya 2020 Ni

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 700 hits
Biar gambar berbicara Dalam media tv radio media sosial dah beritahu tahun ni tak boleh balik raya untuk kita putuskan rantaian jangkitan korbankan raya untuk tahun nii je Tapi ramai yang masih degil nak balik raya Tadi baca di berita onlin...
Sekatan Jalan Diteruskan Pada Hari Raya Tambah Jika Perlu Polis

Sekatan Jalan Diteruskan Pada Hari Raya Tambah Jika Perlu Polis

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR 23 MEI Polis menafikan dakwaan kononnya tiada sekatan jalan raya akan diadakan di seluruh negara pada Hari Raya Aidilfitri esok Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata SJR akan...
Scha Alyahya Hargai Polis Dan Tentera

Scha Alyahya Hargai Polis Dan Tentera

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 421 hits
PELAKON dan pengacara popular Scha Alyahya menerima surat penghargaan daripada Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia atas sumbangan yang diberikannya kepada pasukan itu Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Maha
Lapor Polis Jika Lihat Lebih 20 Individu Berkumpul Pada Hari Pertama Aidilfitri Polis Labuan

Lapor Polis Jika Lihat Lebih 20 Individu Berkumpul Pada Hari Pertama Aidilfitri Polis Labuan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 397 hits
LABUAN 18 Mei Polis Labuan meminta penduduk membuat laporan di balai polis berhampiran jika melihat lebih 20 individu berkumpul di sesebuah rumah pada hari pertama perayaan Aidilfitri Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata wala...
Wanita Duduk Bersama Mayat Ibu Selama 5 Hari Kerana Tidak Tahu Menghubungi Polis

Wanita Duduk Bersama Mayat Ibu Selama 5 Hari Kerana Tidak Tahu Menghubungi Polis

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 356 hits
Mayat seorang wanita berumur 60 tahun telah ditemui di flat beliau di Yishun apabila jiran jirannya menghubungi polis kerana bau busuk yang menusuk keluar dari unit tersebut Apabila polis tiba mereka mengesahkan bahawa wanita itu telah meni...
Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 581 hits
Polis dan tentera akan menziarahi rumah rumah yang didapati banyak kenderaan diletakkan di luar kediaman semasa Aidilfitri Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa akan membuat rondaan dan memantau setiap rumah sepanjang tem...
4 Sebab Kenapa Digalakkan Membaca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

4 Sebab Kenapa Digalakkan Membaca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 2273 hits
Patutlah Surah Al Kahfi sangat digalakkan dibaca pada Hari Jumaat sebab ganjaran dan kelebihan membaca surah ini sangatlah besar bagi sesiapa yang dapat menghabiskannya sebelum berakhirnya hari Jumaat Surah Al Kahfi juga disebut Ashabul Kah...
Sultan Sallehuddin Tiba Di Kedah Hari Ini Dijadual Terima Menghadap 23 Adun Hari Ini

Sultan Sallehuddin Tiba Di Kedah Hari Ini Dijadual Terima Menghadap 23 Adun Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 260 hits
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas di sini pada kira kira 11 45 pagi semalam Ketibaan baginda yang diiringi Sultanah Kedah Sultanah M...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Raya Aidilfitri 2025

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey