Polis Buka Kertas Siasatan Perhimpunan Kibar Jalur Gemilang Di Menara Condong


bharian.com.my
Oleh Muhamad Lokman Khairi
[email protected]
Oktober 27, 2024
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria (baju putih) berucap di hadapan lebih 300 peserta yang berhimpun sambil mengibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong Teluk Intan, petang semalam. - Foto NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
IPOH: Polis membuka kertas siasatan perhimpunan kibar Jalur Gemilang yang disertai lebih 300 individu di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, semalam kerana tiada notis dihantar penganjur bagi acara itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata himpunan itu anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) serta dihadiri pimpinan PAS Perak dan penduduk setempat.

Siasatan awal mendapati Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria memberi ucapan tanpa pembesar suara di hadapan kumpulan itu.

Kira-kira 200 bendera Jalur Gemilang pelbagai saiz dikibarkan oleh peserta dengan diiringi lagu-lagu patriotik.

"Hasil semakan mendapati, penganjur perhimpunan terbabit tidak menghantar pemakluman kepada polis bagi mengadakan perhimpunan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis antara 10 hari hingga 30 hari sebelum perhimpunan.

"Arahan perintah untuk menyiasat (OTI) akan dipohon bagi menjalankan siasatan lanjut pihak yang terbabit akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azizi berkata, aduan dibuat anggota polis yang bertugas jaga aman di Menara Condong Teluk Intan pada jam 6 petang, semalam.

Terdahulu, media melaporkan lebih 300 individu membanjiri Dataran Menara Condong Teluk Intan, petang semalam bermula jam 5 petang sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Kehadiran peserta itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap insiden bendera China dikibarkan oleh peserta Sambutan Guan Gong Sedunia di lokasi sama, Khamis lalu.

Justeru, Azizi memberi amaran dan menasihati orang ramai agar tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan yang boleh menimbulkan kacau ganggu serta menggugat ketenteraman awam.

"Mana-mana individu yang didapati bersalah jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 mengikut peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/polis-buka-kertas-siasatan-perhimpunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Kasari Peniaga Polis Buka Dua Kertas Siasatan Terhadap Pegawai Mb Kedah

Dakwaan Kasari Peniaga Polis Buka Dua Kertas Siasatan Terhadap Pegawai Mb Kedah

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 168 hits
SITI NUR ZAWANIPolis kini sedang membuka kertas siasatan selepas tular video pergaduhan dipercayai antara pegawai Menteri Besar Kedah dengan wakil peniaga di tapak Pasar Malam Jalan Pegawai Alor Setar baru baru ini Wakil peniaga mendakwa me...
Polis Buka Kertas Siasatan

Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 158 hits
Polis membuka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar yang tular di media sosial pada Isnin Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Kom...
Netizen Kecam Rakyat Malaysia Kibar Jalur Gemilang Di Taj Mahal

Netizen Kecam Rakyat Malaysia Kibar Jalur Gemilang Di Taj Mahal

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 174 hits
Baru baru ini kecoh di Menara Condong Teluk Intan yang meyaksikan sekumpulan warga China mengibarkan bendera negara mereka di kawasan tempat bersejarah itu Susulan itu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertindak menularkan video di ...
Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 266 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia yang terkait dengan pengibaran bendera China di Dataran Menara Condong Teluk Intan didapati melanggar permit melarang warga asing berarak Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berka...
Kibar Bendera China Penganjur Mohon Maaf Pas Desak Siasatan

Kibar Bendera China Penganjur Mohon Maaf Pas Desak Siasatan

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 152 hits
Malaysiakini nbsp Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia tampil memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China pada malam perarakan di Teluk Intan Perak semalam Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua menjelaskan perbuatan ...
Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Siasatan Telus Tindakan Tegas Sebelum Hilang Kawalan Malaysia Post 31 10 2024

Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Siasatan Telus Tindakan Tegas Sebelum Hilang Kawalan Malaysia Post 31 10 2024

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 294 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa tegas menangani isu kibar bendera asing di tempat awam yang tular baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya amat kesal perkara itu boleh berlaku di negara ...
Polis Siasat Insiden Kibar Bendera Asing Di Johor Bahru

Polis Siasat Insiden Kibar Bendera Asing Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 180 hits
freemalaysiatoday com29 Oct 2024 11 13 AMProgram anjuran sebuah pertubuhan kebudayaan di Sentosa itu kelmarin menghimpunkan penganut agama membabitkan lebih daripada 10 negara Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata siasatan te...
Dituduh Langgan Pel Cur Minhwan F T Island Dalam Siasatan Polis Kini

Dituduh Langgan Pel Cur Minhwan F T Island Dalam Siasatan Polis Kini

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 348 hits
Ahli F T Island Choi Min hwan kini berdepan siasatan polis atas dakwaan terlibat dalam pelacuran Artikel Berkaitan Hal ini berlaku selepas bekas isterinya Yulhee mendedahkan bahawa sebab utama dia memilih untuk bercerai adalah kerana kunjun...
Penjelasan Isu Perarakan Bendera Di Dataran Menara Condong Teluk Intan

Penjelasan Isu Perarakan Bendera Di Dataran Menara Condong Teluk Intan

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 171 hits
Menurut Ketua Polis Perak Polis mengesahkan perarakan bendera negara asing yang tular di media sosial diadakan tanpa permit Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata perarakan berunsurkan keagamaan membabitkan kereta be
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lactalis Memperkenalkan Pride Family Milk Powder Di Malaysia

Cara Cepat Untuk Move On Dari Mantan Kekasih

Orang Banyak Bercakap Elokkah

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3