Polis Akan Dedah Siapa Addy Kanna Alvin Goh




KUALA LUMPUR – Bukit Aman hari ini menafikan dakwaan video viral bahawa dua suspek kes penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan aktiviti Macau Scam dilepaskan kerana hubungannya dengan pemimpin politik.

Ini kerana seorang dari mereka sedang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) manakala seorang lagi sedang diburu.

Tular sebelum ini perbualan telefon antara dua lelaki yang kononnya merujuk kepada mangsa dan dalang penipuan dalam talian yang tular sejak minggu lalu.

Namun, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menafikan butiran perbualan yang dirakam seperti mempunyai kaitan dengan Addy Kanna, individu yang sedang ditahan POCA serta ada keistimewaan politik sehingga membolehkan mereka dilepaskan selain mengesahkan ianya adalah tidak tepat.

Perbualan itu adalah merujuk kepada nama Addy Kanna yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada 2 Oktober lalu, berhubung kes pengubahan wang haram hasil penipuan Macau Scam dan perjudian atas talian (judi online).

Dalam perbualan selama 13 minit 34 saat itu, mangsa kononnya dapat menghidu taktik lelaki yang menipunya dengan memberi butiran peribadi yang tidak tepat selepas dikaitkan dengan penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.

Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna akhirnya mengakui aktiviti penipuannya selepas sebelum itu menyamar sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Kedua-dua mereka kemudian berbual secara baik selepas mangsa berulang kali meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba menipunya secara dalam talian atau Macau Scam.

Semasa mereka sedang berbual, suspek dalam keadaan yang amat yakin menyatakan berulang kali bahawa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.

Malah, dia turut menjelaskan bahawa kegiatan penipuan yang dijalankan oleh rangkaian mereka dapat menjana pendapatan lumayan hingga puluhan juta ringgit disebabkan sikap sebahagian mangsa yang tidak pernah berhati-hati.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, menafikan segala butiran perbualan dua lelaki terbabit yang dianggap boleh mencetuskan suasana tidak aman di negara ini.

“Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

“Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga China yang diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh rakyat China,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Huzir berkata, pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat ini akan menjalankan operasi harian dengan mensasarkan rakyat di negara China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang, terbabit kes, tuntutan barang seperti Scam.

Beliau berkata, adalah tidak tepat apabila ada pihak tertentu yang menyatakan kegiatan penipuan dalam talian yang berlaku di negara ini dengan dua individu terbabit kerana kegiatan penipuan dalam negara dilakukan oleh sindiket penipuan lain.

“Malah, dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini sedang ditahan mengikut POCA bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan,” katanya.

Huzir berkata, beliau akan mendedahkan butiran kegiatan penipuan oleh Alvin dan Addy Kanna ini dalam masa terdekat bagi mengelak salah faham di kalangan rakyat tempatan.

#Sumber :  – BH Online
  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/polis-akan-dedah-siapa-addy-kanna-alvin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Berdua Adalah Ejen Polis Nafi Addy Kanna Amp Alvin Goh Dalang Macau Scam Di Malaysia

Mereka Berdua Adalah Ejen Polis Nafi Addy Kanna Amp Alvin Goh Dalang Macau Scam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 506 hits
Viral di media sosial sebelum ini video perbualan scammer dengan mangsanya di mana scammer terbabit mendakwa Addy Kana merupakan majikannya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru baru ini nbsp Dalam perbualan tersebut...
Addy Kanna Dan Goh Leong Yeong Ejen Macau Scam Dari China Polis

Addy Kanna Dan Goh Leong Yeong Ejen Macau Scam Dari China Polis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 622 hits
Dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram baru baru ini dipercayai merupakan koordinator atau ejen kepada sindiket penipuan dari China yang menyasarkan mangsa dari nega...
Alvin Goh Diberkas Polis

Alvin Goh Diberkas Polis

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 335 hits
Selepas hampir 15 hari bersembunyi Goh Leong Yeong yang dipercayai ketua sindiket Macau Scam dan perjudian atas talian diberkas polis pagi tadi Suspek bersama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah Klang hasil risikan Jabatan Siasata...
Macau Scam Polis Serbu Pejabat Alvin

Macau Scam Polis Serbu Pejabat Alvin

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 352 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Polis menyerbu premis perniagaan komunikasi dan logistik di Plaza ...
Polis Dedahkan Butiran Siasatan Addy Kana Dan Macau Scam Rabu Ini

Polis Dedahkan Butiran Siasatan Addy Kana Dan Macau Scam Rabu Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 717 hits
Satu sidang media khas berhubung sindiket Macau Scam yang didakwa melibatkan seorang Datuk yang dikenali sebagai Datuk Addy Kana dan isteri Datin Alyaa Syuhaila akan diadakan Rabu ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner ...
12 Sindiket Tumpas 138 Individu Diberkas Selepas Polis Tahan Addy Kana

12 Sindiket Tumpas 138 Individu Diberkas Selepas Polis Tahan Addy Kana

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 365 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata selain terlibat dalam Macau Scam Addy Kana juga membantu dalam jenayah pelaburan pertukaran mata wang asing dan penipuan perjudian dalam talian dilakukan sindiket dari China...
Polis Dedah Identiti Suspek Utama Sindiket Macau Scam Yang Lari Panjat Pagar Sprm

Polis Dedah Identiti Suspek Utama Sindiket Macau Scam Yang Lari Panjat Pagar Sprm

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 949 hits
Suspek bergelar Datuk Seri yang melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM Putrajaya baru baru ini kini diburu polis Suspek terbabit dikenali sebagai Goh Leong Yeong berusia 32 tahun dan menetap di Blok 25B2 5 8 Miharja Con...
Pdrm Kata Bukan Addy Kanna Dan Leong Yeong Yang Ori Tak Jumpa Lagi

Pdrm Kata Bukan Addy Kanna Dan Leong Yeong Yang Ori Tak Jumpa Lagi

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 250 hits
HAMDAN TAHA sinarharian com my SPRM telah buat siasatan terhadap dua Dato Seri yang di katakan terlibat dengan scamer macau Tapi hari ini polis buat penafian mereka terlibat dengan penipuan dan scammer Macau pihak polis telah selamatkan mer...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah