Polis Ada Kuasa Periksa Telefon Orang Awam Kata Kpn


 
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah memberi kuasa untuk mengakses telefon bimbit seseorang yang disyaki melakukan jenayah.
KUALA LUMPUR: Polis mempunyai hak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada syak wasangka atau maklumat berhubung seseorang disyaki melakukan kesalahan.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata perkara berkenaan termaktub bawah Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah iaitu bagi maksud memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam seseorang.
Menurutnya, perkara tersebut dibenarkan berdasarkan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
“Dalam akta ini, Seksyen 249 AKM memberi kuasa untuk mendapatkan akses kepada data berkomputer termasuklah telefon bimbit dan Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah pula memberi kuasa untuk mengakses telefon bimbit yang ditakrifkan juga sebagai data berkomputer ketika membuat pemeriksaan terhadap seseorang yang disyaki melakukan apa jua kesalahan jenayah,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, Razarudin berkata kuasa memeriksa tersebut diberikan kepada pegawai polis sekurang-kurangnya berpangkat inspektor.
Beliau berkata demikian mengulas video tular mengenai individu mempertikai tindakan polis menahan seseorang dan memeriksa telefon bimbit.
Menurut Razarudin, dalam undang-undang lain, Seksyen 20(g) Akta Polis telah memberi kuasa pegawai polis untuk seseorang mempamerkan maklumat apabila diminta oleh pegawai berkenaan.
“Justeru tiada pihak boleh mempertikaikan kuasa memeriksa telefon bimbit ketika sekatan jalan raya, namun ia mesti dibuat dengan berhemah dan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sesuka hati tanpa sebab yang munasabah,” katanya.
“Selain itu, Seksyen 292 Kanun keseksaan boleh digunakan ketika memeriksa telefon bimbit sekiranya ketika pemeriksaan menjumpai bahan-bahan lucah dan ia merupakan suatu kesalahan boleh tangkap tanpa waran,” katanya.
Razarudin berkata, situasi sama apabila terdapat aplikasi judi dalam talian di dalam telefon bimbit seseorang dan ia juga merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh ditangkap tanpa waran mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Beliau berkata, pemeriksaan tanpa waran boleh dilakukan sekiranya pegawai itu mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa kelewatan dalam memperoleh waran geledah akan menjejaskan penyiasatan seperti bukti dirosakkan atau dimusnahkan pemiliknya.
“Dalam kes sedemikian, pihak polis boleh mengambil telefon terbabit terlebih dahulu untuk diperiksa kemudian dan keengganan memberi kerjasama boleh menyebabkan seseorang itu ditahan kerana menghalang tugas polis.
“Telefon bimbit diambil daripada orang awam harus bertujuan siasatan yang relevan sesuatu kes disiasat atau mengesyaki sesuatu kesalahan telah dilakukan oleh seseorang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan polis berhak untuk memeriksa telefon bimbit seseorang jika ada laporan polis dibuat terhadapnya atau jika ada siasatan dijalankan terhadapnya atau jika polis mengesyaki orang itu terbabit dalam perlakuan jenayah selari. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/polis-ada-kuasa-periksa-telefon-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Boleh Periksa Telefon Bimbit Sewenang Wenangnya Ini Kata Menteri

Polis Boleh Periksa Telefon Bimbit Sewenang Wenangnya Ini Kata Menteri

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 264 hits
HarapandailyJanuary 19 2025Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh memeriksa telefon bimbit individu sewenang wenangnya tanpa alasan yang kukuh Mengakui potensi salah guna kuasa Sa...
Boleh Ke Polis Periksa Telefon Kita Ini Penjelasan Ketua Polis Negara

Boleh Ke Polis Periksa Telefon Kita Ini Penjelasan Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 295 hits
Boleh ke polis periksa telefon kita Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan bahawa polis berhak memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada maklumat yang menunjukkan seseorang disyaki terlibat dengan kesalahan jenayah ...
3 Maut Dihanyut Arus Deras Bukan Korban Banjir Kata Polis

3 Maut Dihanyut Arus Deras Bukan Korban Banjir Kata Polis

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 231 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis mengesahkan tiga lelaki yang maut selepas pacuan empat roda mereka dihanyutkan arus deras di Ulu Sedili Kota Tinggi semalam bukan korban banjir Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata ketiga tiga mangsa...
Suhakam Dan Pdrm Akan Bincang Isu Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam

Suhakam Dan Pdrm Akan Bincang Isu Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 143 hits
Satu perjumpaan akan diadakan antara Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pemeriksaan telefon bimbit orang awam oleh polis Sebelum ini telah dilaporkan tentang kenyat
Anak Menteri Nikah Di Negara Jiran Kata Kpn

Anak Menteri Nikah Di Negara Jiran Kata Kpn

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 384 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas pasangan itu berkahwin di negara jiran pada September lalu kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain Sebelum ini tular di laman sosial kes anak seorang me...
Lapor Jika Telefon Diperiksa Polis Di Sekatan Jalan Raya Suhakam

Lapor Jika Telefon Diperiksa Polis Di Sekatan Jalan Raya Suhakam

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 209 hits
Malaysiakini nbsp Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia meminta orang ramai menghantar aduan jika telefon mereka diperiksa ketika sekatan jalan raya Suhakam mengingatkan orang ramai untuk mencatat lokasi kejadian itu serta nama dan nombor ...
Lfl Orang Ramai Berhak Menolak Tuntutan Polis Agar Mereka Menyerahkan Telefon

Lfl Orang Ramai Berhak Menolak Tuntutan Polis Agar Mereka Menyerahkan Telefon

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 179 hits
Polis tak boleh periksa telefon kami kata peguamPredeep NambiarPETALING JAYA Peguam mengkritik dakwaan polis bahawa mereka boleh menyemak telefon bimbit pada bila bila masa dengan alasan tindakan sedemikian menceroboh privasi dan menggugat ...
Ada Kemungkinan Pegawai Kanan Polis Lenyek Pelajar Kata Saksi

Ada Kemungkinan Pegawai Kanan Polis Lenyek Pelajar Kata Saksi

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 210 hits
BernamaAhmad Noor Syukri Zainal Abidin dari Miros berkata kereta Perodua Ativa mengekori terlalu rapat motosikal ditunggang mangsa tanpa jarak selamat IPOH Mahkamah Tinggi diberitahu pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamr...
Disyaki Terima Rasuah Rm50 000 Penjawat Awam Direman Lima Har

Disyaki Terima Rasuah Rm50 000 Penjawat Awam Direman Lima Har

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 316 hits
BernamaKUALA TERENGGANU Seorang penjawat awam direman lima hari kerana disyaki menerima rasuah kira kira RM50 000 sebagai balasan menyokong dan memperakukan dokumen tuntutan bayaran bagi lima projek di sebuah universiti awam di negeri ini P...
Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Berjemaah Di Warung Zara Binaong Keningau Sabah

Amazing Beef Rib Recipe Grill

Akob Patin House 2

Tapau Chicken Tenders Ahmad S Fried Chicken Taman Cendana Pasir Gudang

Pohon Cermai Di Tepi Jalan

Ceramah Hidup Ini Kena Ikut Netizen Ke Hadis