Poligami Bagaimana Jika Tidak Rela Dimadukan Berkongsi Kasih



Bagaimanakah jika suami menyatakan hasrat ingin poligami?
Adakah anda akan menerima keputusan ini dengan redha dan terbuka?
Atau anda tidak rela dimadukan dan berkongsi kasih dengan wanita lain?
Artikel ini akan menjawab persoalan berkaitan hukum poligami bagi suami mengikut situasi tertentu.

Artikel ini adalah dipetik daripada buku Fikah Perkahwinan, tulisan Ustaz Muhamad Fathi Yusof. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada para isteri yang menghadapi masalah sebegini.
Soalan Saya seorang wanita yang sudah berusia 40 tahun. Anak-anak saya sudah besar panjang. Ada yang sudah masuk Universiti. Masalahnya ustaz, suami saya tiba-tiba memberitahu saya yang dia hendak berkahwin lagi. Saya rasa macam dunia sudah hendak kiamat. Saya tidak rela dimadukan dan tidak rela berkongsi kasih. Saya tahu poligami itu harus dalam Islam. Apa yang terbaik perlu saya lakukan? Jawapan Jika ditanya mana-mana isteri, kebanyakkan mereka biasanya akan menyatakan keberatan untuk membenarkan suami mereka berkahwin lain.
Masing-masing tidak berkongsi kasih, atau melihat suaminya sendiri berada disamping wanita lain.
Perasaan cemburu sebegini adalah normal dan semulajadi.
Bahkan ada kisah-kisah yang menggambarkan isteri Rasulullah SAW mempunyai perasaan cemburu antara satu dengan yang lain.
Namun soalnya, bagaimanakah para isteri menghadapi perasaan begini sesuai dengan petunjuk Allah dan bertepatan dengan akhlak Islam?
Dalam situasi para isteri berdepan dengan cabaran poligami ini, mereka perlulah kembali meneguhkan iman dengan meyakini sesungguhnya hukum yang ditetapkan oleh Allah Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana itu mempunyai hikmah yang tersendiri.
Pada masa yang sama, para isteri juga perlu menekuni peraturan-peraturan syarie berkaitan dengan poligami agar dapat menyuarakan pandangan mereka dengan bernas tentang hasrat suami untuk berkahwin dengan wanita lain.
Saya mencadangkan agar puan berbincang dengan suami bagi menemui jalan sepakat atau sekurang-kurangnya dapat saling memahami antara satu sama lain.
Perbincangan berkenaan boleh berasaskan isu-isu berikut:
Berasaskan realiti, apakah hukum poligami bagi suami puan sama ada sunat, makruh, harus atau haram?
 
Hukum Poligami: Sunat, Makruh & Haram Benar, seperti yang puan sebutkan, poligami pada asalnya adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam.
Suami dibenarkan memiliki empat orang isteri.
Kebenaran ini disebut secara nyata dalam al-Quran:
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
— Surah al-Nisa ayat 3
Hukum asal ini tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.
Namun, hukum ini berbeza-beza bagi setiap individu dan boleh berubah mengikut situasi.
Contohnya, bagi suami yang mampu berlaku adil, dan memerlukan wanita yang dapat memenuhi keperluan semulajadi, serta bagi mengelakkan maksiat, sedangkan isterinya tidak mampu memenuhinya, maka hukumnya adalah sunat.
Begitu juga bagi suami yang mampu bersikap adil dan inginkan anak sedangkan isteri yang ada sakit atau mandul.
Sebaliknya, jika seorang suami itu berhasrat untuk berpoligami semata-mata ingin berseronok dan dia sendiri ragu-ragu sama ada boleh berlaku adil atau tidak kepada isteri-isterinya, maka hukumnya berubah menjadi makruh.
Bahkan hukum poligami boleh berubah menjadi haram dalam keadaan tertentu, seperti jika seorang suami yakin tidak yakin boleh bersikap adil terutamanya jika  dalam keadaan sebelum poligami pun dia sudah mengabaikan tanggungjawab asasinya sebagai suami.
Persoalan Yang Kedua Adalah Tentang Kemampuan Suami Berlaku Adil Kepada Isteri-Isteri. Islam tidak memaksa keseimbangan atau keadilan dari segi perasaan kerana perasaan adalah sesuatu yang tidak zahir, tidak boleh diukur dan tidak mampu dikawal.
Keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan dari sudut nafkah, tempat tinggal, tempat tidur dan pergaulan yang baik.
Jika suami tidak mampu berlaku adil, dan poligaminya termasuk dalam kategori makruh atau haram, maka isteri berhak untuk bersuara bagi memintanya membatalkan hasrat berkenaan.
Isteri perlu bersuara bagi mengelakkan berlakunya kezaliman dan kemungkaran.
Allah berfirman:
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
— Surah al-nisa ayat 3
Undang-undang pentadbiran keluarga Islam di Malaysia memberikan ruang kepada Isteri untuk memberikan pandangannya melalui kaedah-kaedah berbeza mengikut negeri.
Namun begitu, lebih baik perkara ini diselesaikan melalui rundingan sama ada melalui suami dan isteri, atau boleh juga melibatkan ahli keluarga yang dihormati, yang dapat menjadi pendamai antara dua pihak.
Sebaliknya, jika suami yakin boleh berlaku adil dan sememangnya dia mampu serta termasuk dalam kategori harus atau sunat melakukan poligami, maka puan perlulah bersedia menerima hasrat berkenaan.
Penutup: Setiap ketentuan Allah pasti ada hikmah yang tersendiri. Sesuatu yang kita rasakan mendatangkan keburukan, kadangkala mendatangkan kebaikan disisi Allah.
InsyaaAllah, ketabahan para isteri menerima hasrat suami ini akan dikira sebagai satu pengorbanan besar yang pastinya mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.
Bahkan inilah sebenarnya peluang para isteri untuk bermuhasabah dan meningkatkan lagi kecintaan kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
The post Poligami: Bagaimana Jika Tidak Rela Dimadukan & Berkongsi Kasih? appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/keluarga/poligami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinopsis Kayuhan Kasih Ayah

Sinopsis Kayuhan Kasih Ayah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 2356 hits
SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH Sempena anugerah Skrin 2019 yang akan berlangsung tak lama lagi TV3 mula menayangkan telefilem dan drama drama hebat yang mungkin mampu memenangi anugerah nanti Antara telefilem yang tercalon adalam Kayuhan Kasih...
Bamsoet Terima Kasih Ketua Umum Saya Bapak Airlangga

Bamsoet Terima Kasih Ketua Umum Saya Bapak Airlangga

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 203 hits
Bamsoet menghampiri Airlangga yang duduk di kursi VVIP Terlihat juga politikus senior Golkar yang jadi Menteri Sosial Agus Gumiwang Kartasasmita Bamsoet dan Airlangga saling bercengkrama
Rindukan Jebat Sharnaaz Menumpang Kasih Anak Orang Lain

Rindukan Jebat Sharnaaz Menumpang Kasih Anak Orang Lain

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 507 hits
Kemelut rumah tangganya masih belum berkesudahan lagi Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa rindu pada anaknya Jebat Jayden Sharnaaz turut memuat naik gambarnya memeluk anak kecil bernama Arrayan Petra ketika sedang menjalani penggambaran sebuah dr...
Terima Kasih Buat Photographer Yang Sudi Tolong Snap Gambar Ni Berguna Sangat Tetamu Sindir Photog Sedangkan

Terima Kasih Buat Photographer Yang Sudi Tolong Snap Gambar Ni Berguna Sangat Tetamu Sindir Photog Sedangkan

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 449 hits
Sudah menjadi kebiasaan apabila jurugambar majlis perkahwinan berdepan dengan karenah tetamu yang meminta mereka membantu merakam gambar kenangan bersama pengantin baru Tetapi seperti biasa hendaklah beradab apabila meminta bantuan orang Ti...
Kasih Bertaut Kembali Selepas 41 Tahun

Kasih Bertaut Kembali Selepas 41 Tahun

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 330 hits
Kata pepatah kalau jodoh tak kemana Kasih sepasang warga emas kembali bertaut selepas 41 tahun berpisah JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook ...
Selamat Ulang Tahun Ke 263 Kota Jogja Terima Kasih Telah Mempertemukanku Dengannya

Selamat Ulang Tahun Ke 263 Kota Jogja Terima Kasih Telah Mempertemukanku Dengannya

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 315 hits
Ayo kita membuka kenangan ataupun luka lama Apa kenangan kamu yang paling berkesan kalau inget kota Jogja
Sekalipun Awak Lumpuh Kasih Sayang Saya Tidak Akan Lumpuh Amyza Aznan

Sekalipun Awak Lumpuh Kasih Sayang Saya Tidak Akan Lumpuh Amyza Aznan

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 750 hits
Amyza Aznan berkongsi coretan tentang suaminya menerusi instagram di mana mendapat perhatian raiami pihak netizen KUALA LUMPUR Sekalipun awak lumpuh kasih sayang dan setia saya tidak akan lumpuh demikian coretan pelakon dan pengacara Amyza ...
Presiden Bfm Berterima Kasih Dengan Msn Sentiasa Bantu Perkembangan Sukan Besbol

Presiden Bfm Berterima Kasih Dengan Msn Sentiasa Bantu Perkembangan Sukan Besbol

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 222 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ramai Yang Puji Di Media Sosial Warner Bros Ucap Terima Kasih Joker Kini Jadi Filem Nombor 1 Di Malaysia

Ramai Yang Puji Di Media Sosial Warner Bros Ucap Terima Kasih Joker Kini Jadi Filem Nombor 1 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 425 hits
Filem Joker yang dilakonkan Joquin Pheonix ketika ini mungkin menjadi filem yang paling disebut sebut oleh seluruh peminat filem Hollywood termasuklah di Malaysia Setiap hari ada sahaja review yang dibuat oleh segelintir peminat yang teruja...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba