Pokok Lily Bakung Dah Keluarkan Bunga
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pokok Lily Bakung Dah Keluarkan Bunga Dua hari lepas memang tak jenguk pokok-pokok tanaman di tepi rumah , kalau CCL bekerja shift petang , memang giliran mak CCL yang akan siram pokok setiap pagi atau setiap petang . Kena dengan musim panas sekarang ni memang kea siram tiap hari kalau taknak pokok mati kering kontang begitu .
Petang tadi yang redup-redup sikit , CCL keluar jenguk tanaman-tanaman sekaligus siram pokok petang hari . Mata tertangkap pada satu bunga yang jarang-jarang sekali CCL nampak bunganya . Selidik punya selidik ehh dah berbunga yerr.
Pokok bunga lily bakung, pemberian mak saudara CCL sudah pun berbunga . Ni juga bunga sulung semenjak CCL menjaga pokok lily bakung ni . Sekali berbunga pokok lily bakung ni bagi tiga kuntum sekali gus dalam satu tangkai . Teruja betul tengok bunga sulung dari pokok lily bakung ni . So tunggu apa lagi CCL ambil handphone terus snap gambar untuk abadikan di sini dan juga hantar sekeping gambar bunga ni menerusi WhatsApp mak saudara CCL . Katanya dirumah beliau sudah pun berbunga , tapi dah hampir layu .
Haishhh, mujur time CCL perasan ni bunganya masih kembang elok tanpa layu lzgi . Kalau tidak tak sempat la nak snap gambar cantik-cantik . Teruja tengok warna pokok lily ni . Gabungan oren, peach dan putih . In love sangat . Ohh kalau korang nak tahu pokok lily bakung ni masih ditanam dalam plastik bag hitam khas untuk tanaman tu . Ada masa terluang nanti CCL akan replant pokok tersebut ke dalam pasu . Musim panas ni kalau nak tanam pokok apa pun tak menjadi . Risau kangg mati pulak .
Sebenarnya pokok lily ni banyak spesis . Ada yang jenis bunga besar dan bunga kecik . Dulu ada spesis bunga kecil . tapi dah mati . So tinggal ni jer satu-satunya benih yang ada . Pokok lily bakung ni juga ada pelbagai warna . Cantikkan kalau pokok ni kerap keluarkan bunga.
Sedikit info tentang pokok lily bakung Tanaman bakung merupakan bahagian dari genus lilium Mempunyai 110 spesis tanaman bakungTanaman ini jenis tanaman berumbiMempunyai ketinggian 0.25-1.25mm Mempunyai tangkai yang kukuh Bunga bakung yang besar baunya yang harum Terdapat beberapa jenis warna lily bakung .Pokok lily bakung ini juga dikategorikan sebagai tumbuhan tahunan , dalam satu tahun pokok ini akan berbunga sekali sahaja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2013/03/adakah-leuniey-natasha-kini-hamil.html