Pokok Buah Ulat Bulu



Pokok buah ulat bulu (Passiflora foetida) adalah sejenis pokok berbatang lembut merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Pokok ini hidup subur dan mudah tumbuh melalui penyebaran biji. Biasanya ia tumbuh melata di atas tanah ataupun memanjat pakok lain, pagar dan seumpamanya untuk mendapat lebih cahaya matahari. 
Daun dan batangnya diselaputi bulu halus. Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.

Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning. Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu sebab itu ia dipanggil buah ulat bulu.

Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa. Rasanya enak.

Pucuk pokok buah ulat bulu ini enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain. Antara khasiatnya adalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.

Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang histeria. Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.

Buah, bunga dan daun mempunyai pelbagai ciri perubatan seperti diguna dalam bentuk losyen atau pes untuk penyakit keradangan kulit. Rendaman panas dari tumbuhan kering baik untuk kegunaan sakit tekak.

Daun mempunyai ciri-ciri perubatan dan digunakan dalam merawat tekanan perasaan (neurasthenia), tidak boleh tidur malam (insomnia), kedatangan haid terlalu awal, gatal-gatal dan batuk.

Oleh kerana daun mengandungi bahan penenang maka rebusan airnya diberikan kepada pesakit histeria dan disapukan di bahagian kepala untuk meredakan pening dan sakit kepala. Air rebusannya juga digunakan untuk untuk meredakan masalah perut dan asma.

Rebusan buah digunakan untuk penyakit asma dan kekembungan perut disebabkan dari gangguan hati.

Pokok ulat bulu secara tradisinya ia digunakan untuk cirit-birit, sakit tekak dan jangkitan telinga, gangguan hati, tumor, gatal-gatal, demam, penyakit kulit dan untuk pembalut luka.

Bunga buah ulat bulu adalah herba pilihan untuk merawat insomnia, ia membantu seseorang itu mendapat tidur yang lebih baik. Ia juga mempunyai kesan yang baik terhadap sistem saraf sekali gus mengurangkan tekanan.

Penggunaan buah ulat bulu secara klinikal telah dilihat sebagai amat memuaskan. Kesannya amat mujarab terutamanya kepada sistem saraf, sebagai ubat gangguan spasmodic dan sebagai ejen rehat. Ia amat sesuai semasa dalam keadaan sihat atau dalam keadaan badan lemah, khusus bagi keuzuran disebabkan usia.

Oleh itu ia amat berguna untuk meredakan kegelisahan dan mengatasi sentiasa terjaga di kalangan bayi dan warga emas. Ia mendatangkan kesan untuk tidur kepada mereka menghadapi tekanan jiwa dan mental.

Ia melegakan gejala saraf disebabkan tindak-balas seksual, gangguan haid dan kesensitiviti saraf, organ atau bahagian badan secara berlebihan disebabkan dari sakit yang berpanjangan.

Ia telah digunakan secara berjaya bagi meredakan kegelisahan demam kepialu, walaupun tindakannya kelihatan perlahan tetapi pasti. 

Salah satu penggunaan pertamanya yang berjaya dalam bidang perubatan adalah melegakan penyakit tetanus (satu jangkitan serius dan akut pada sistem saraf pusat disebabkan dari jangkitan bakteria pada luka terbuka, kekejangan rahang dan otot berhubung dengan pangkal tekak mungkin berlaku semasa peringkat akhir), ke atas manusia dan kuda.

Ianya dikatakan amat membantu semasa serangan awal sawan menghampiri, ubat ini dikatakan amat membantu tetapi apabila sawan sedang berlaku ianya hanya memberi sedikit kesan aman atau tidak berkesan langsung.

Buah ulat bulu berkemampuan mengawal kekejangan dikalangan kanak-kanak yang diakibatkan dari pembengkakan gusi gigi susu, cacing, atau bahan tidak hadam. Ia juga telah berjaya digunakan meredalkan kekejangan otot rahang.

Buah ulat bulu adalah ubat penyembuh kesakitan, terutamanya kepada jenis penyakit saraf (neuralgic), ia turut melegakan kesakitan pada saraf dan kekejangan otot semasa haid, kesakitan pada rektum, sakit jantung, muka dan lain-lain bentuk kesakitan kekejangan otot di sepanjang urat.

Ia mengelakkan terjadinya kesakitan dari tindak-balas yang menyakitkan semasa kehamilan dan menopaus dan lain-lain bentuk kesakitan yang disertai atau tidak dengan tindakan kekejangan otot (spasmodic action).

Sakit saraf kepala, sakit kepala dari kelesuan atau dari kebengkakan serebrum sering dilegakan dengan buah ulat bulu. Dalam semua kes seperti ini, ia menunjukkan kekurangan ketegangan otot normal di beberapa bahagian atau fungsi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/gty.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pokok Buah Gucil

Pokok Buah Gucil

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 2248 hits
Pokok gucil atau dieja guchil untuk ejaan lama Pokok gucil juga dipanggil pokok gunchiak Sumber lain pula menamakannya sebagai buah binayuyu atau binayuyo Ada juga memanggil pokok gucil dengan nama pokok goncar Apapun nama pokok gucil kini ...
Hadi Ahli Pas Jangan Jadi Kera Melompat Ke Pokok Yang Banyak Buah

Hadi Ahli Pas Jangan Jadi Kera Melompat Ke Pokok Yang Banyak Buah

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 527 hits
KOTA BHARU Program Himpunan Fastaqim di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan malam tadi menyaksikan laungan mengajak ahli ahli PAS untuk terus beristiqamah dalam perjuangan Islam parti itu Program sehari itu juga menjadi pentas un...
Khasiat Buah Pokok Kulim

Khasiat Buah Pokok Kulim

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 1812 hits
Tidak ramai kenal pokok kulim yang juga dipanggil bawang hutan Namun jika disebut Kulim Kedah ramai yang tahu kewujudan tempat itu biarpun tidak pernah pergi ke sana Di Pasir Putih Kelantan pula ada nama tempat Gong Kulim Pokok kulim semaki...
Khasiat Buah Camu Camu Tinggi Vitamin C

Khasiat Buah Camu Camu Tinggi Vitamin C

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 1323 hits
Camu Camu atau nama botaninya Myrciaria dubia genus Myrciaria dari kerabat Myrtaceae dengan nama lain Cacari Camocamo Araca d agua Araza de Agua Guapuro Blanco dan pelbagai nama lagi adalah buah superfood yang diiktiraf diperingkat dunia ke...
Mansuh Hukuman Mati Mandatori Malaysia Ikut Jejak Langkah 106 Buah Negara Lain

Mansuh Hukuman Mati Mandatori Malaysia Ikut Jejak Langkah 106 Buah Negara Lain

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 565 hits
Pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata semua pelaksanaan hukuman mati akan ditangguhkan sehingga pemansuhan itu b...
Boleh Mengambil Buah Di Pohon Pinggir Jalan

Boleh Mengambil Buah Di Pohon Pinggir Jalan

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 423 hits
Hukum Mengambil Buah di Pohon Pinggir Jalan Bagaimana hukum mengambil buah dari pohon di pinggir jalan Apakah dibolehkan utk dipanen lalu dijual Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Kita memahami pohon ini milik um...
Buah Delima Mampu Mencegah Pelbagai Penyakit

Buah Delima Mampu Mencegah Pelbagai Penyakit

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 591 hits
Siapa suka makan buah delima Nieyl sebenarnya pun tidak berapa gemar sangat buah delima ni sebab dia kecil kecik ada rasa masam masam manis Tapi adik ipar nieyl pernah bagi 2 biji buah delima dia suruh makan manalah tahu ada rezeki menimban...
Komitmen Msnt Buah Hasil Khalil Abdul Hadi

Komitmen Msnt Buah Hasil Khalil Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 573 hits
SUKANKUALA TERENGGANU Komitmen Majlis Sukan Negeri Terengganu yang begitu tinggi malah mempunyai perancangan strategik telah membuahkan hasil Ianya terbukti dengan Terengganu sekali lagi mencapai kejayaan menjadi juara keseluruhan di dalam ...
Ganjar Bakal Tindak Tegas Anak Buah Yang Terlibat Pungli

Ganjar Bakal Tindak Tegas Anak Buah Yang Terlibat Pungli

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 356 hits
Ganjar bakal tindak tegas anak buah yang terlibat pungli Lebih lanjut seperti pengalaman sebelumnya juga pernah tindak petugas terlibat pungli di jembatan timbang Nanti amanah ini akan disampaikan oleh kepala daerah untuk tidak bermain pung...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi