Buah pertama yang mula bertukar ke warna merah
Selepas 3 hari, warna buah hampir sepenuhnya bertukar merah. Cantik! Buah yang di atas dan bawah pun dah bertukar warna. Saiz buah pokok tin kedua ni lebih besar sikit berbanding buah daripada pokok yang pertama
Ada 4 biji buah je yang kekal membesar. Syukur, ada jugak rezeki
Sehari kemudian, buah tin dah merah sepenuhnya dan tangkai jatuh ke bawah. Dah boleh petik
Rupa isi buah tin yang dipetik tadi. Emm...macam kurang menarik. Tak pasti sama ada varieti ni memang gini rupanya, atau ada kekurangan penjagaan. Rasanya? Tak tawar dan taklah manis, macam rasa lemak-lemak
Ini pulak gambar buah tin dari pokok pertama (yang masa beli memang dah ada buah tu). Buah dari pokok pertama ni sangatlah kecil dan jenis masak hijau. Disebabkan buah ni jenis masak hijau, jadi susah nak tau bila boleh dipetik. Tau tau je dah bergolek jatuh buahnya. Bila dipotong, barulah nampak isi dalam yang dah masak. Cantik isi dalamnya. Berbau sedikit harum/manis|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |