Pn Nak Menang Pilihanraya




Nome Nome


 Ini pendapat aku je lah. Kau boleh bersetuju, kau boleh tak bersetuju.











Betul. Kerajaan hari ini tak popular dari kalangan orang Melayu.
Betul. Ramai Melayu tak suka PMX. Heck, even bapak aku yang selama ni tak ambik pot pasal politik pun, pun dia tak suka PMX.


Dan betul. Banyak polisi kerajaan Madani hari ini sebenarnya tak popular. Tak best. Orang Melayu tak excited la bila tiap kali muka PMX bersalam dengan Macron, dengan Lula da Silva, dengan Xi Jinping, melawak dengan Putin pasal bini muda, berpeluk dengan Modi tu semua. Orang Melayu tak heran.


Dalam podcast politik paling badass dan cool di Malaysia hari ini, The Tiger Show yang dikendalikan sahabat merangkap bekas bos, Amin Iskandar, dengan perbualannya dengan pengarah Ilham Centre Hisomuddin Bakar, ada membincangkan tentang ini dan memang betul semua yang aku cakap semua di atas. Orang Melayu memang langsung tak minat dengan PMX.


Tak ada polisi untuk orang muda, selalu naikkan cukai, tong gas ungu la, nanti RON95 la, polisi yang orang Melayu tak minat.


Dan dengan perangai PMX yang asyik sibuk pergi oversea tu je pun, ramai yang menyampah walaupun negara ni ada banyak masalah. Now, bagi orang yang faham geopolitik macam aku, masa sekarang ni PMX memang kena buat perikatan dengan negara-negara luar dalam berdepan dengan konflik antara AS dan China.


Kalau masa ni kau nak buat senyap buat hal sendiri, lunyai dibuatnya Malaysia ni nanti. Masing-masing pun sekarang jumpa pemimpin luar, sebab orde dunia baru yang dikuasai oleh Amerika Syarikat sejak tamat P3rang Dunia Kedua semakin berpecah. Dengan polisi Trump yang peningkan kepala ramai orang lagi.


Dan sebagai Pengerusi ASEAN, memanglah masa ni sebagai Perdana Menteri Malaysia dia memang kena berjumpa dengan orang luar dan bina hubungan perdagangan yang baru.


Tapi optik bagi orang Melayu ialah 'eh mamat ni, negara ni ada macam-macam problem, kau sibuk nak bertandang negara lain ni dah kenapa?'


Okay, aku rasa semua kritikan aku terhadap kerajaan hari ini dah cukup fair, kan? Aku tak bohong atau buat apa-apa propa kan? Sekarang aku nak kritik pembangkang pulak. Karang aku dituduh walanon la apa la.


Berbalik kepada screenshot ni, aku nak tanya, apa sebabnya Tun Faisal rasa Melayu hanya boleh undi PN sahaja? Apa yang PN dah buat kepada orang Melayu sampai mereka deserve untuk dapat undi dari kami?


Hanya sebab kerajaan banyak buat silap je ke? Empat negeri yang kau perintah tu, nampak macam tak ada daya penarik bagi kami pengundi Melayu muda nak undi pun. Pembangunan slow, ekonomi pun tak best.


Ya betul perjuangan Melayu Islam tu pun penting tapi ekonomi pun kena la naikkan jugak, barulah kami confident sikit nak undi PN. Lepas tu bila jadi pembangkang, sendu. Terpaksalah harapkan Akmal Saleh yang bersuara jadi pembangkang dalam kerajaan. Takpun Wee Ka Siong kena buat video TikTok nak kritik.


Walaupun kerajaan ada banyak silap, tapi pembangkang tak mampu nak gerakkan kemarahan tu. Senang kira, tak ada pakar strategis yang bagus untuk counter move kerajaan. Pembangkang lame sebab dia hanya menunggu kerajaan buat mistake lepas tu buat knee-jerk reaction. Hanya sekadar bereaksi tanpa ada sebarang solusi yang boleh buat orang muda berinspirasi. 


Dia macam situasi yang sama macam Parti Demokrat kat Amerika Syarikat sekarang. Banyak gila huru-hara Parti Republikan dan Donald Trump, tapi Demokrat masih lagi mandul dan tak dapat sokongan rakyat Amerika.


Yang Mamdani tu pun sebab dia dari sayap sosialis macam Bernie Sanders, yang memang popular dari kalangan pengundi muda.


Untuk menang pilihan raya ni, sudara-sudara, kalian perlu orang yang berfikiran 'blue ocean thinker'. Blue ocean thinker ni adalah orang yang sanggup buat disruption, ubah paradigma dan jadikan status quo jadi goyang.


Dua orang contoh ialah Trump dan Mamdani. Trump masa tahun 2016 dulu, orang anggap dia tu buat lawak je untuk jadi calon Republikan. Orang rasa Jeb Bush, adik George W. Bush yang akan jadi Presiden.


Tapi disebabkan Trump menggunakan 'blue ocean strategy', dia gunakan taktik media sosial, taktik retorik kasar. Sebab tu dia boleh menang. Dia kata dia nak 'build the wall', ni dah jadi Presiden, besi buruk je dia bubuh kat sempadan Mexico tu. Takde pun tembok yang dijanjikan tu. Tak siap pun. 


Sama juga dengan Mamdani. New York tu bandaraya paling ramai orang Yahoodie selain Tel Aviv. Punyalah ramai Yahoodie muda undi dia walaupun dia anti-Zi0nis. Sebab apa? Dia janjikan harga sewa rumah tak boleh naik, perkhidmatan awam percuma. Benda yang orang New York tak pernah dapat. Sebab tu dia boleh menang lawan Andrew Cuomo, Gabenor New York yang berpengaruh dan ada duit banyak.


Anwar pun masa dia pembangkang dulu dia guna blue ocean strategy. Hari ini menang, 24 jam...saya ulang! Alah Obama pun kata dia janji nak tutup Guantanamo Bay, dah jadi Presiden tak tutup jugak.


Bukanlah aku nak suruh calon jadi penipu janji bukan-bukan benda yang tak boleh buat, tapi cuba janjikan benda yang aku fikir boleh buat. Turunkan harga buku teks sekolah misalnya. Atau turunkan harga tol. Bantuan untuk ibu baru bersalin. Mansuhkan budaya hantaran yang membebankan anak muda untuk berkahwin. Atau tiru je Mamdani haramkan tuan tanah naikkan harga sewa rumah agar tidak membebankan penyewa. Ni contoh je lah. 


Something yang boleh buat pengundi muda rasa 'wow kau menarik tertarik kau memang da bomb', tapi benda yang boleh diselesaikan.


Benda yang buat orang muda excited nak dengar. Barulah orang nak turun mengundi. 


Untuk aku lah kan, strategi untuk kedua-dua pihak pun aku ada. Aku tahu macam mana nak buat side Madani menang, dan aku tahu macam mana nak buat PN menang. Ada strateginya tapi kalau bagi free free je, tak bestlah kan. (112214097872 maybank) 


Aku ada 'blue ocean ideas' untuk kedua-dua belah kalau pemimpin-pemimpin sanggup nak mendengar. Satu je lah aku boleh bagi klu: 60% pengundi dalam PRU16 akan datang terdiri daripada millennials dan Gen Z. Kalau nak menang pilihanraya, menanglah hati orang muda. 


Tapi itulah, kalau ada pun pemimpin millennial dalam politik, perangai pun macam boomer. Macam mana nak raih undi dari kami?


Jadi kalau Tun Faisal rasa satu-satunya parti yang orang Melayu patut undi ialah Perikatan Nasional, buktikanlah benda tu. Ni aku tengok empat negeri tu takde benda yang aku boleh excited pun. Stesen bas kat Kota Bharu yang dijanjikan siap tahun 2012 pun masih tang tu je. Tak payahlah guilt trip pengundi Melayu yang dahagakan pembangunan dengan retorik Melayu-Islam. Boring la. Cakap benda lain la. Cakap la perancangan kau nak bangunkan negara ni, polisi luar kau. Benda yang abstrak ni orang tak nak dengar, orang nak benda yang tangible.


Kalau nak sembang pasal ukhrawi pun, akhirnya hal duniawi pun kena seimbangkan. Tak guna cakap pasal Melayu-Islam kalau orang Melayu tak boleh nak maju dalam ekonomi. Buktikan dulu kat empat negeri tu dulu, barulah orang confident. 


Ni benda yang Wan Fayshal cakap pun penuh berjargon. Orang muda tak faham apa dia cakap. Yang Ketua Pemuda PAS pun aku tengok cam boomer je. 


Aku rasa kritikan aku ni adil dan tak cenderung ke mana-mana pihak. Tapi kalau kau rasa tulisan ni masih lagi macam berpihak, aku tak dapat tolong kau keluar dari kepompong tempurung pemikiran kau tu.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/pn-nak-menang-pilihanraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tapi Untuk Polis Lain Pulak Nak Jaga Ketenteraman Awam Lain

Tapi Untuk Polis Lain Pulak Nak Jaga Ketenteraman Awam Lain

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 114 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengisytiharkan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan yang secara langsung menghapuskan keperluan untuk penganjur memberikan notis lima hari kepada pihak berkuasa K...
Salah Tu Amir Nak Tunjuk Kental Biar Kena Tempatnya

Salah Tu Amir Nak Tunjuk Kental Biar Kena Tempatnya

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 105 hits
Arif JamilNak tunjuk kental biar kena pada tempat Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman ni dimulakan zaman Najib dulu Dan ia dimansuhkan harini dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim Ini salah satu bukti bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim tidak me...
Macam Mana Nak Install Webapplet Avant Window Navigator

Macam Mana Nak Install Webapplet Avant Window Navigator

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 116 hits
WebApplet WebApplet digunakan untuk melayari intenet dengan cara paling simple n stylo Dengan benda ni korang boleh browsing Facebook Twitter Brightkite Digg FriendFeed Meebo Pandora Ping FM dan RTM macam korang ada iPhone kat tangan Mula m...
Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 133 hits
Sebuah pesawat Batik Air nyaris mengalami nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada Sabtu selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut Pesawat jenis Boeing 737 dengan nombor pendaftaran PK LDJ itu dilaporkan...
Pasangan Warga Emas Tertipu Dengan Video Ai Sanggup Travel Dari Kl Ke Perak Sebab Nak Naik Cable Car Di Kuak Hulu

Pasangan Warga Emas Tertipu Dengan Video Ai Sanggup Travel Dari Kl Ke Perak Sebab Nak Naik Cable Car Di Kuak Hulu

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 114 hits
Seperti yang kita tahu teknologi kecerdasan buatan kini semakin meluas penggunaannya sama ada dalam bidang profesional mahupun urusan harian AI bukan lagi sesuatu yang asing Namun lain pula nasib sepasang warga emas apabila mereka dipercaya...
Kami Akan Kuburkan Karier Politik Yb Surat Terbuka Individu Ugut Nak Rampas Muar Jika Syed Saddiq Tinggalkan Bella

Kami Akan Kuburkan Karier Politik Yb Surat Terbuka Individu Ugut Nak Rampas Muar Jika Syed Saddiq Tinggalkan Bella

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 107 hits
Perkongsian seorang individu bernama Dr Azhari Zhahir menjadi tular di media sosial apabila menulis surat terbuka yang cukup puitis dan kelakar kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq agar segera menikahi aktres Bella Astillah Menerusi hantar...
Anak Bersama Mawar Karim Didakwa Disisihkan Fizo Omar Tampil Beri Respon Saya Tak Nak

Anak Bersama Mawar Karim Didakwa Disisihkan Fizo Omar Tampil Beri Respon Saya Tak Nak

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 114 hits
Pelakon dan pengacara Fizo Omar tampil memberikan respon mengenai insiden anak sulungnya Wan Maryam yang didakwa terpinggir dan disisihkan berbanding adik beradiknya yang lain Ujar Fizo dia merasakan tiada keperluan baginya untuk membuat ke...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Bullies Face Up To 10 Years Jail As Amendments Come Into Force

New Rules To Control Ship To Ship Oil Transfers Out This Month

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

New Proton X50 More Aggressive And Stylish


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Month Later Still Here

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

Drama Abang Imam Minah Skuter

Saat Aku Serba Salah Siapa Aku Sebenarnya

Apakah New Age Movement Ketahui Ajaran Amalan Isu Akidah