Pn Khianat Sejak Awal Akan Musnah Akibat Khianat



Oleh: Tamrin Tun Ghafar
ULASAN: Bagi menghormati Bulan Ramadhan ini saya telah bertekad untuk tidak membuat sebarang komen seperti yang lazim dilakukan.
Namun dengan beberapa peristiwa dan kenyataan politik beberapa hari ini, tidak dapat tidak atau suka tak suka saya TERPANGGIL juga untuk memberi ulasan.
Walaupun ramai yang bersetuju namun tidak dapat dinafikan ada juga segelintir ‘pengampu- pengampu’ yang tak senang dengan pandangan dan kritikan saya sama ada secara terang – terangan mahu pun secara sinis.
Kita perlu menegur dan BERCAKAP BENAR jika mahu melihat negara kita terus maju, malah lebih maju dari negara lain yang sudah maju.
Krisis eonomi Asia
Perkara ini tidak mustahil; jika kita masih ingat kehebatan negara kita pada awal 1990 dibawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad ketika itu, negara kita disanjung tinggi sehingga digelar ‘THE ASIAN TIGER’ oleh dunia.
IMF dan George Soros yang pernah mengkritik Dr. Mahathir ketika Asian Financial Crisis AKHIRNYA memuji kehebatan dan kecekapan beliau menangani situasi tersebut dengan baik dan berkesan.
Begitu juga walau pun TIDAK disenangi oleh 9 orang Raja – Raja Melayu, namun Dr. Mahathir memilih menyelamatkan negara dan rakyat dari terus ‘DIBULI’ dan dalam masa yang sama BERJAYA MENYELAMATKAN Institusi Raja Berpelembagaan semasa Krisis Perlembagaan dahulu; malangnya masih ada di kalangan mereka yang marah dan menggangap Dr. Mahathir seorang ‘PEMBELOT’.
Tun Dr. Mahathir BUKANLAH MAKSUM seperti Hadi, beliau juga tak lepas dari melakukan kesilapan.
Menjelang Pilihanraya Umum ke14 pada 9 Mei 2018, walaupun sudah menjangkau usia 93 tahun ketika itu namun Parti – Parti Gabunagan PH (PKR , AMANAH, DAP dan BERSATU) pada masa itu TERPAKSA memujuk Tun bagi mengepalai mereka bagi menumbangkan UMNO/BN.
Kerana keengganan Kerajaan Najib membenarkan penggunan nama dan simbol Pakatan Harapan ketika itu, AKHIRNYA mereka semua bersetuju MEMINJAM nama dan simbol PKR.
Situasi sama ini hampir menjadi kenyataan apabila PAS dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz pernah membenarkan DAP ( yang kini dianggap oleh Hadi sebagai anti Melayu dan Islam ) bertanding atas nama dan simbol PAS.
Muhyiddin sanggup khianat
Tun telah dipilih sebagai Pengerusi BERSATU dan Muhyiddin pula sebagai Presidennya.
Mengikut Perlembagaan BERSATU, Pengerusi mempunyai kuasa yang lebih dari Presiden; sebagai contoh Presiden MESTI TERLEBIH dahulu mendapat persetujuaan Pengerusi bagi segala apa yang hendak dilakukan, ini termasuk dalam perlantikan Setiausaha Agung Parti.
Langkah Sheraton telah mengubah corak amalan politik negara apabila Muhyiddin SANGGUP melupakan PERJANJIAN PERSEFAHAMAN antara 4 Parti Gabungan PH yang mana beliau sendiri menandatanganinya dan bekerjasama dengan UMNO , PAS dan disokong pula oleh GPS Sarawak dan 10 bekas Ahli Parlimen PKR pimpinan Azmin Ali bagi menubuhkan Kerajaan yang TIDAK DIPILIH rakyat.
Bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor SANGGUP dengan mudah menyerahkan Kerajaan Johor dari BERSATU kepada UMNO.
Di Johor, Wakil-Wakil Rakyat dari Bersatu sudah TIDAK LAGI DIHORMATI oleh UMNO.
Rakyat Johor mula terasa telah DIPERALAT dan DITIPU oleh Muhyiddin dek kerana gilakan jawatan Perdana Menteri.
Mereka masih TERBAYANG bagaimana BENCI dan JANJI Muhyiddin bahawa apa pun jadi TIDAK AKAN BERSAMA UMNO lagi; jika di Jepun terutama di zaman SAMURAI dahulu demi menjaga maruah…..mmm faham sajalah.
Jika Dewan Negeri Johor dibubarkan dan diadakan pilihanraya semula, BERSATU yang kini ada 11 kerusi Dewan Negeri akan HANYA dapat TAK LEBIH 4 kerusi sahaja.
Pada rakyat Johor khususnya mereka terlalu bosan dari terus dipermain-mainkan dan ditipu seolah-olah undi mereka pada BERSATU TIDAK DIHORMATI, apa faedah menyokong BERSATU jika Muhyiddin yang kini sudah dapat apa yang diidamkan beliau selama ini, maka beliau sendiri TIDAK PEDULIKAN perasaan pengundi di sana.
Walaupun TIDAK BOLEH BERTAHAN LAMA atas sebab tekanan politik dan barah tali perut sehingga ada yang menggelarkan beliau sebagai Perdana Menteri setengah hari (beliau perlu balik ke rumah setiap hari dan berehat selepas mengambil ubat-ubatan) namun yang penting bagi Muhyiddin ia terukir dalam sejarah negara bahawa beliau pernah menjadi Perdana Menteri walaupun TAK SAMPAI setahun.
INILAH SIKAP MEMENTINGKAN DIRI daripada menghormati suara dan kehendak rakyat yang telah menolak UMNO dan PAS.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Mat Sabu, Presiden AMANAH: ‘YANG MENANG JADI PEMBANGKANG, YANG KALAH JADI KERAJAAN.’
Dalam politik tidak ada kawan dan lawan yang kekal – dulu Muhyiddin dan Azmin adalah ‘orang kepercayaan’ Tun Mahathir tapi demi kepentingan diri masing-masing, kedua-dua mereka sanggup MENIKAM Tun dari belakang; lupakah kita peristiwa Muhyiddin ‘menikam’ Abdullah Badawi dan lupakah kita bagaimana Azmin ‘menikam’ Anwar serta Wan Azizah ekoran ‘Langkah Kajang’?
Nyawa di hujung pedang
Kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) hari ini tak ubah seperti nyawa di hujung pedang.
Ekoran kenyataan Mat Hasan, Timbalan Presiden UMNO beberapa hari lepas, sudah ada laporan-laporan dibuat kepada ROS yang ingin kepastian apakah PN pernah didaftarkan seperti Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) dan bila pula Azmin Ali dan 9 orang Ahli Parlimen PKR mengisi Borang Keahlian BERSATU dan diluluskan pula oleh parti yang mana Tun bukan sahaja sebagai Pengerusi, bahkan telah diumumkan MENANG tanpa bertanding bagi penggal akan datang sedangkan Muhyiddin sebagai Presiden pula menghadapi tentangan.
Bagi menentukan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya itu tidak tergugat, beliau SANGGUP MENJADI PAK TURUT – kini tak ubah seperti mesin duit atau ‘ATM machines’ – siapa saja orang politik yang berjawatan tak kira ssma ada di Pusat mahu pun Negeri membuat ugutan, maka bagi menutup mulut, mereka akan diberi jawatan dalam GLC.
Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor kini TIDAK MAMPU berbuat apa – apa terhadap UMNO yang terang – terangan membuli BERSATU di peringkat negeri Johor walau pun BERSATU mempunyai 11 Kerusi Dewan Undangan Negeri dan majoriti Kerajaan PN HANYA 1 Kerusi sahaja.
Difahamkan Kerajaan negeri Perak juga sedang bergolak di mana hampir kesemua Ketua – Ketua Bahagian UMNO TIDAK senang dengan Menteri Besar mereka yang kebetulan pula penyokong kuat Muhyiddin; jika ini berlaku BERSATU yang HANYA punyai 4 Kerusi Dewan Undangan Perak, termasuk 3 yang melompat, pasti akan tumbang.
QUE SERA SERA – APA NAK JADI, JADILAH – yang maha penting bagi Muhyiddin ialah jawatan Perdana Menteri saja.
Makcik Kiah tertipu jua
Apakah benar RM250 Billion bagi menangani masalah yang dihadapi Makcik Kiah seperti yang pernah diumumkan dan disambut dengan titisan air mata gembira benar – benar mencapai sasaran atau satu lagi gula – gula yang dicampakan keatas tanah untuk kutipan Makcik Kiah?
Rakyat tak sabar menunggu bagi melihat sejauh mana Kerajaan PN ini boleh bertahan.
Muhyiddin ada 2 pilihan :
i. Bagi mengekalkan jawatan Perdana Menteri, tangguhkan lagi Sidang Parlimen ATAU,
ii. Pilih jalan mana yang sesuai untuk keluar SEBELUM DIHUMBAN – pintu depan, belakang, tingkap atau bak kata Hadi, Duta Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri, ‘melalui’ TEBUK ATAP’.
Bagi tujuan meraih simpati dan sokongan dan dalam masa yang sama MENYALAHKAN TUN kerana meletak jawatan, nasihat ikhlas saya Hentikan DRAMA atau MAINAN POLITIK konon nya beliau TAK BERMINAT nak jadi Perdana Menteri
‘YA ALLAH MASUKKAN AKU DARI PINTU YANG BENAR DAN KELUARKAN AKU JUGA DARI PINTU YANG BENAR’ – Amiin !


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27473

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Telah Merancang Awal Untuk Khianat

Bersatu Telah Merancang Awal Untuk Khianat

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 236 hits
Rupa rupanya mereka telah buat keputusan dalam mesyuarat tertinggi pada 23hb Februari sehari sebelum Langkah Sheraton took place on 24 Februari Ini bermakna Parti Bunga memang berniat untuk khianat terhadap Pakatan Harapan lebih awal lagi I...
1 200 Bencana Landa Indonesia Sejak Awal Tahun Hingga 7 Mei 2020

1 200 Bencana Landa Indonesia Sejak Awal Tahun Hingga 7 Mei 2020

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 357 hits
Kepala Pusat Data Informasi dan Komunikasi Kebencanaan BNPB Raditya Jati mengaku pihaknya telah mengidentifikasi bahwa lebih dari 99 persen kejadian bencana merupakan bencana hidrometeorologi
Tedia Hilang Punca Pendapatan Akibat Covid 19 Ibu Pura Pura Masak Batu Hingga Anak Tertidur Tunggu Makanan

Tedia Hilang Punca Pendapatan Akibat Covid 19 Ibu Pura Pura Masak Batu Hingga Anak Tertidur Tunggu Makanan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 408 hits
Hilang punca pendapatan akibat Covid 19 ibu pura pura masak batu hingga anak tertidur tunggu makanan Sejak kisah mereka sekeluarga tular Peninah menerima bantuan daripada pelbagai pihak di sekitar Kenya SEORANG ibu lapan anak terpaksa berpu...
Anggota Polis Maut Ketika Bertugas Akibat Dilanggar Kenderaan Hilang Kawalan

Anggota Polis Maut Ketika Bertugas Akibat Dilanggar Kenderaan Hilang Kawalan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS maut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai hilang kawalanMangsa Safwan Muhammad Ismail 31 yang bertugas di I...
Pec Puluhan Wartawan Meninggal Akibat Covid 19

Pec Puluhan Wartawan Meninggal Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 321 hits
JENEWA Puluhan wartawan meninggal dunia di seluruh dunia karena virus corona baru dalam dua bulan terakhir menurut sebuah organisasi kebebasan pers pada hari Jumat menyesalkan bahwa pekerja media sering tidak memiliki perlindungan yang tepa...
Anak Sharnaaz Ahmad Cedera Akibat Tersembam Di Jalan Raya

Anak Sharnaaz Ahmad Cedera Akibat Tersembam Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 478 hits
Baru baru ini isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila berkongsi satu gambar di Instagramnya noornabila menunjukkan anak sulungnya mengalami kecederaan di bahagian muka seperti dahi dan hidung Alahai kesian betul Macam mana la...
Idc Pengeluaran Telefon Pintar Menyusut 11 7 Pada Suku Pertama 2020 Akibat Covid 19

Idc Pengeluaran Telefon Pintar Menyusut 11 7 Pada Suku Pertama 2020 Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 376 hits
Seperti yang telah dijangka pengeluaran telefon pintar global mengalami penyusutan disebabkan oleh wabak koronavirus sejak Februari Menurut laporan terkini IDC pengeluaran peranti pada suku pertama 2020 menyusut 11 7 berbanding suku yang sa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization