Pn Cuci Tangan Salahkan Pmx Pn Meeting Negara Komunis Dakwaan Pas




Ibaratkan Malaysia ini sebagai sebuah rumah. Akibat tuan rumah terdahulu tak reti jaga, maka keadaan rumah jadi amat teruk. Atap berlubang-labang, batang paip bocor, penghawa dingin tidak berservis, dapur berkecah, jamban berkerak, longkang tersumbat, tingkap ada yang pecah dan lain-lain lagi masalah. Apa yang dilakukan oleh tuan-tuan rumah terdahulu hanya pandai berhutang tiap kali muncul masalah. Duit yang dipinjam tidak pula digunakan untuk membaiki rumah, tapi selalu hanya untuk joli sakan. Lantas ia menambah lagi masalah. Di dalam rumah, ada pula anak-anaknya jahat, yang rembat duit keluarga sendiri. Akhirnya rumah semakin punah-ranah dan semacam tidak layak didiami. Apabila masuk tuan rumah baru—yang kini dipimpin oleh PM Anwar Ibrahim—segala kerosakan mustahil dapat ditangani dalam satu malam. Ketika PM Anwar ingin memperbaiki tiap kerosakan, tuan rumah dan geng-gengnya melalak-lalak macam jin dibacakan Yassinan. Dengan berperangai begitu, tuan dan geng-gengnya berharap kesalahan mereka dilupakan orang. Segala yang rosak, bagi mereka, hanya muncul sejak Anwar menjadi perdana menteri. Mereka lepas tangan. Yang disembunyikan, sewaktu mereka memimpin, hutang meningkat RM1.5 trilion dengan inflasi mencecah 4-5 peratus. Kadar penganguran pada 2020 juga dicatat paling tinggi sejak 1993, iaitu 4.5 peratus—kini dapat dikurangkan di bawah 3.5 peratus. Beberapa petunjuk utama ekonomi seperti prestasi Ringgit juga kian mengukuh daripada hampir RM5 per-Dollar Amerika, sudah berada pada paras RM4.70 dalam kurang tiga bulan sahaja. Menurut data Bloomberg, Ringgit bahkan menjadi matawang kedua terbaik di Asia selepas Rupee India. Lagi dalam keadaan rumah yang serba rabak, ada kalanya perlu diganti segera di situ dan di sini. Misalkan bekalan air perlu ditutup seketika, kerana bocornya sudah terlalu besar dengan kerugian semakin hari semakin banyak. Kala “bekalan air dihentikan seketika” itulah, pemimpin pembangkang mengambil kesempatan menonjol diri sebagai jaguh. Konon kerajaan bodoh belaka sehingga menyebabkan bekalan terputus. Fakta yang disembunyikan ialah ia bukan diputuskan selama-lama, namun hanya gangguan sementara pembaikan dilakukan. Penyasaran subsidi Bayangkanlah kalau tiada penyasaran subsidi, jumlah eletrik atau diesel yang diraih golongan maha kaya beserta kecurian ialah berjumlah RM5-6 bilion setahun. Angka itu tidak mati di situ, tapi terus meningkat. Dan bayangkan juga kalau PN terus jadi kerajaan dengan Muhyiddin Yassin atau Hamzah Zainuddin PM-nya, dalam tiga tahun ke depan Malaysia bakal rugi sehingga RM20 bilion! Penggunaan diesel di sempadan kini mendadak kurang sampai 40 peratus sejak penyasaran dilaksanakan. Kalau bukan kerana penyeludupan, hantu raya manakah yang mengogok diesel sebegitu banyak tiap-tiap bulan? Mana mungkin dengan kebocoran besar, hutang negara boleh dikurangkan. Apek lempang di pekan Pagoh pun tahu matematik ini. Jelas sekali bicara Muhyiddin yang mengaku pintar ekonomi, seperti ungkapan hakim Jeremy Bentham dari England di abad ke-18 sebagai “omong kosong di atas panggung”! Ya, pemimpin PN hanya enak menghentam di depan penyokongnya sendiri di pentas ceramah, tapi tanpa keberanian melakukan sesuatu yang benar untuk negara. Dan apakah ketika menjadi PM, Muhyiddin buta tidak nampak ada kebocoran besar eletrik, diesel, subsidi ayam dan pelbagai bentuk rasuah? Kalau batang paip meleleh sehingga bil naik 10-20 ringgit sebulan di rumah pun ibu-bapa sudah bising-bising, inikan pula berbilion-bilion, dibiarkan Muhyiddin. Kalau bukan culas, apakah namanya lagi? Lebih tidak bertanggungjawab apabila jenis pemimpin PN akan mendiam diri seribu bahasa ketika mereka tahu yang mereka bermasalah dan bersalah. Lihatlah Muhyiddin langsung tidak berketik untuk menjelaskan isu menantunya yang lari ke luar negeri sejak lebih setahun lalu. Kalau dahulu pemimpin PN menganjing Jho Low yang lenyap entah ke langit mana, kini tidak ada bezanya sikap mereka dalam berhadapan cerita menantu Muhyiddin. Dan di saat blok pembangkang menggunakan surat layang atau status FB kabur sebagai asas berhujah di dalam parlimen, badan-badan kewangan antarabangsa pula memberi pandangan meyakinkan bersangkutan kebangkitan baharu ekonomi Malaysia. Keluar dari kuasa kegelapan Dua minggu lalu, syarikat kewangan seperti JP Morgan atau majalah perniagaan terkemuka Forbes mengakui ekonomi Malaysia dengan berani telah ditetapkan berada pada landasan betul. Dalam satu temubual televisyen CNBC, Ketua Strategik Asia Pasific JP Morgan, Rajiv Batra berkata Malaysia kini jadi pilihan utama pelabur antarabangsa dan menjadi negara ekonomi yang paling diyakini selepas China dan Jepun. Sekali lagi, dengan pencapaian yang dicatat kurang setahun setengah sahaja, tidak ada sepatah komen pun di kalangan pemimpin pembangkang—selain malangnya, mereka lebih disebukkan dengan doa Qunut Nazilah bagi menghancurkan sesama Muslim.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/pn-cuci-tangan-salahkan-pmx-pn-meeting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemain Badminton Negara Mendapat Tepuk Tangan Berdiri Daripada Penonton Eropah Di Paris 2024

Pemain Badminton Negara Mendapat Tepuk Tangan Berdiri Daripada Penonton Eropah Di Paris 2024

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 172 hits
TANPA menyaksikan rakan sebangsa memberi sorakan kepada atlet Olimpik Malaysia tidak bermaksud mereka tidak menerima tepukan tangan untuk persembahan yang dedikasi Pasukan badminton negara dilaporkan menerima tepuk sorak daripada penonton E...
Ds Anwar Pmx Bersama Dengan Pasukan Keselamatan Negara 2024

Ds Anwar Pmx Bersama Dengan Pasukan Keselamatan Negara 2024

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 114 hits
Dalam ucapan perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024 di Putrajaya hari ini saya tegaskan bahawa tanggungjawab memelihara keselamatan dan kedaulatan negara tidak sekadar di bahu pasukan keselamatan bahkan perlu dipikul bersama oleh setiap ra...
Rembia Rep Given Friday Deadline To Clarify Alleged Switch To Pas

Rembia Rep Given Friday Deadline To Clarify Alleged Switch To Pas

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 89 hits
Rembia assemblyman Jailani Khamis has been given until this Friday to clarify whether he has indeed joined PAS says state assembly speaker Ibrahim Durum Ibrahim said he gave Jailani a letter requesting clarification during a meeting on July...
Wan Fayhsal Bersatu Not Worried About Umno Pas Talks Pakatan Is The One Afraid Of Perikatan

Wan Fayhsal Bersatu Not Worried About Umno Pas Talks Pakatan Is The One Afraid Of Perikatan

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 159 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia s Youth chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has stressed that his party is not worried about rumoured talks between Umno and PAS as claimed by government spokesperson Fahmi Fadzil He told Malaysiakini that...
Lihat Muka Lebai Pas Dalam Kerajaan Pn Mereka Tak Tegur Dan Tak Bising Ini Namanya Hipokrit

Lihat Muka Lebai Pas Dalam Kerajaan Pn Mereka Tak Tegur Dan Tak Bising Ini Namanya Hipokrit

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 137 hits
Jamzuri ArdaniSaya tidak menyokong penglibatan syarikat arak di sekolah Pada masa yang sama saya juga menolak hipokrasi pak lebai
Hasty Of Johor Gerakan Youth To Cut Ties Says State Pas Youth

Hasty Of Johor Gerakan Youth To Cut Ties Says State Pas Youth

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 133 hits
Its chief Ahmad Nawfal Mahfodz however says Johor PAS Youth will not apologise for its stance on the issue of school donations from alcohol proceeds It was hasty of Johor Gerakan Youth to cut ties over the issue of donations to Chinese scho...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt