Pm Umum Bpn 2 0 Rm7 Bilion B40 Dapat Rm1 000


Faiz Zainudin   Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata bantuan BPN 2.0 akan dibuat melalui 2 kali bayaran.PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion.
Bantuan itu membabitkan 10.6 juta penerima merangkumi setiap lapisan masyarakat.
Beliau berkata, menerusi BPN 2.0 golongan isi rumah B40 akan menerima bayaran tunai tambahan RM1,000 manakala B40 bujang RM500.
Bagi isi rumah M40 akan diberi RM600 dan M40 bujang menerima bayaran RM300.
“Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, kerajaan membuat keputusan menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
“Jumlah bantuan akan disalurkan bawah BPN 2.0 adalah RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang, RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang,” katanya menerusi perutusan khas Kita Prihatin hari ini.
Muhyiddin berkata, bantuan BPN 2.0 akan dibuat melalui 2 kali bayaran.
“Pertamanya pada hujung Oktober 2020 dan keduanya, pada Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 sebanyak RM300.
“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang diluluskan bawah BPN sebelum ini,” katanya.
Katanya, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.
“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” katanya.
Sebelum ini kerajaan membelanjakan RM11.2 bilion bagi BPN yang memanfaatkan 10.6 juta penerima.
Lanjut subsidi upah
Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan inisiatif subsidi upah dilanjutkan hingga Disember ini.
Program Subsidi Upah 2.0 melibatkan peruntukan RM2.4 bilion dan memanfaatkan 1.3 juta pekerja.
“Ciri utama program ini ialah pertama, subsidi upah diberi kepada majikan masih terjejas iaitu syarikat yang sejak perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30% berbanding tahun lalu.
“Kedua, subsidi upah diberi hingga 3 bulan kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja hingga maksimum 200 pekerja dan ke-3, permohonan dibuka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2020,” katanya.
Perdana Menteri berkata, beliau menerima pelbagai maklum balas berhubung program subsidi upah antaranya daripada mereka yang tidak layak menerimanya kerana tidak menepati syarat kelayakan berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum 1 April lalu.
Katanya, bagi memastikan golongan terbabit tidak ketinggalan program Subsidi Upah 2.0 dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan Perkeso hingga 31 Ogos lalu.
“Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan bawah program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/pm-umum-bpn-20-rm7-bilion-b40-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Umum Bpn 2 0 Berjumlah Rm7 Bilion

Muhyiddin Umum Bpn 2 0 Berjumlah Rm7 Bilion

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 270 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2 0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion Jelas beliau bayaran BPN 2 0 akan dibuat dalam dua ansuran pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 d...
Pm Muhyiddin Yassin Tenang Umumkan Bantuan Rm1 000 Bagi Isi Rumah B40

Pm Muhyiddin Yassin Tenang Umumkan Bantuan Rm1 000 Bagi Isi Rumah B40

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 358 hits
Tadi Anuar Ibrahim kata apa dekat Sidang Media tadi Ok kita lupakan hal tu dulu sebab Abah atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan bantuan tambahan khas buat rakyat Malaysia Bantuan itu adalah Ia adalah...
Rm1 000 Untuk Isi Rumah B40 Rm500 Untuk Bujang B40 Rm600 Untuk Isi Rumah M40 Rm300 Untuk Bujang M40

Rm1 000 Untuk Isi Rumah B40 Rm500 Untuk Bujang B40 Rm600 Untuk Isi Rumah M40 Rm300 Untuk Bujang M40

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 301 hits
Ini senarai penuh Bantuan Prihatin Nasional 2 0 yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi dengan jumlah keseluruhan RM7 bilion 1 RM1 000 untuk 3 7 juta isi rumah bagi kategori B40 2 RM500 untuk 3 8 juta bagi kate...
Jika Facemask Kita Bernilai Rm1 000 Indonesia Pula Hukum Baca Yassin Laung Azan

Jika Facemask Kita Bernilai Rm1 000 Indonesia Pula Hukum Baca Yassin Laung Azan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 358 hits
Kalau kita Malaysia didenda RM1 000 kerana tidak memakai facemask di tempat awam lain pula apa yang dilakukan pihak berkuasa Indonesia Ada banyak hukuman yang dilakukan mereka dan ia berlainan mengikut kawasan Jika di Jambi Indonesia mereka...
Bantuan Prihatin Nasional Dilanjutkan Kepada Bpn 2 0 Rm1000 Untuk B40

Bantuan Prihatin Nasional Dilanjutkan Kepada Bpn 2 0 Rm1000 Untuk B40

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 780 hits
Sedikit lega mendengar Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tadi Syukur lah masih ada bantuan prihatin daripada kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan Ramai yang terkesan dengan pandemik wabak...
Terima Kasih Pm Umum Bantuan Prihatin Nasional 2 0 Golongan B40 Dapat Rm1k

Terima Kasih Pm Umum Bantuan Prihatin Nasional 2 0 Golongan B40 Dapat Rm1k

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 349 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sekali lagi berita baik untuk rakyat Malaysia bayaran bantuan khas untuk membantu meringankan beban dalam situasi sekarang Dalam Perutusan Khas Kita Prihatin yang disampaikan oleh Perdana...
Jual Pelitup Muka Rm1 50 Kena Denda Rm20 000

Jual Pelitup Muka Rm1 50 Kena Denda Rm20 000

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 285 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI Banyak penipuan berhubung pembelian pelitup muka dan hidung JOHOR BAHRU Gara gara menjual pelitup muka tiga lapisan pada harga RM1 50 seunit sebuah pasar raya di Kulai dikompaun RM20 000 Kementerian Perdagangan Dalam N...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti