Pm Mulakan Lawatan Rasmi Ke Brunei


Johari Ibrahim Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarangsa Bandar Seri Begawan untuk lawatan rasmi dua hari beliau ke Brunei hari ini. - Foto BERNAMA BANDAR SERI BEGAWAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini, petang ini, untuk lawatan rasmi dua hari ke Brunei sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23, antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri yang diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini, pada jam 3.55 petang.
Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Al Muhtadee Billah, yang juga Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei, beberapa anggota Kabinet Brunei serta pegawai kanan kerajaan negara itu.
Turut menyambut Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri M Shahrul Ikram Yaakob serta pegawai di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei.
Muhyiddin kemudian diberikan sambutan rasmi dengan memeriksa kawalan kehormat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Perdana Menteri kemudian turut diperkenalkan kepada beberapa anggota Kabinet Brunei.

Ketibaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman disambut oleh Pengiran Muda Mahkota dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memeriksa perbarisan kawalan kehormat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarangsa Bandar Seri Begawan hari ini. - Foto BERNAMAMuhyiddin dijangka menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah esok yang mana ia adalah pertemuan kali pertama Perdana Menteri sejak menjawat jawatan lebih setahun lalu.
Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 dijangka menyenyuh mengenai pelbagai perkara kepentingan bersama seperti hal ehwal serantau, isu dua hala, ekonomi dan hubungan kedua-dua negara pasca COVID-19.
Sementara itu Hishammuddin pada sidang media bersama wartawan Malaysia berkata, pertemuan antara kedua-dua pemimpin adalah penting dan tepat pada masa bagi mengukuhkan hubungan dua hala, terutama ketika cabaran wabak COVID-19 pada masa ini.
Beliau berkata Brunei juga adalah negara penting dalam konteks kerjasama sesama negara ASEAN.
Antara perkara utama perbincangan, katanya, ialah mengenai cadangan mewujudkan Aturan Laluan Hijau Timbal Balas antara Malaysia dan Brunei.
"Perbincangan mengenai pengiktirafan bersama sijil vaksin COVID-19 juga akan memudahkan perjalanan rakyat kedua-dua negara," katanya selepas mesyuarat mengenai lawatan itu bersama rakan sejawatnya, Menteri Luar II, Erywan Yusof, semalam.
Beliau berkata pada masa ini tidak ada siapa yang boleh mendakwa mereka ada kaedah terbaik menyelesaikan isu berkaitan wabak itu, justeru perbincanngan secara bersemuka adalah mustahak antara pemimpin.
Malah, cadangan kerjasama dalam bidang diplomasi vaksin COVID-19 itu juga ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi.
Beliau berkata perbincangan kedua-dua pemimpin juga dijangka menyentuh mengenai isu kemanusiaan di Myanmar selaras kedudukan Brunei sebagai Pengerusi ASEAN.
Katanya perbincangan dijangka berupaya menentukan sekurang-kurangnya asas apa yang boleh dilakukan berkaitan isu Myanmar itu.
Beliau berkata perundingan kedua- dua pihak juga menunjukkan kesedaran Malaysia dan Brunei untuk bersama-sama menyelesaikan cabaran yang semakin meningkat khususnya berikutan pandemik COVID-19.
Hishammuddin berkata, sempena lawatan itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Muhyiddin dijangka menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pengurusan bencana antara kedua-dua kerajaan membabitkan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) dan perjanjian 'unitisation' di antara PETRONAS dan Brunei National Unitisation Secretariat dalam sektor minyak dan gas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/pm-mulakan-lawatan-rasmi-ke-brunei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Ke Brunei Esok Bagi Lawatan Rasmi

Pm Ke Brunei Esok Bagi Lawatan Rasmi

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 236 hits
Muhyiddin meminta supaya tempoh lawatan diadakan kurang daripada 24 jam memandangkan situasi Covid 19 KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam bermula esok sempena Rundingan Pe...
Muhyiddin Adakan Lawatan Rasmi 2 Hari Ke Brunei

Muhyiddin Adakan Lawatan Rasmi 2 Hari Ke Brunei

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 277 hits
Muhyiddin adakan lawatan rasmi 2 hari ke Brunei nbsp Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Apr 2021 6 57PM
Lawatan Anwar Ke Brunei Lebih Berjaya

Lawatan Anwar Ke Brunei Lebih Berjaya

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 247 hits
Lawatan Anwar ke Brunei di sambut oleh Sultan Brunei Berbeza PM Tebuk Atap di sambut anak kepada Sultan Brunei boleh lah daripada langsung tak ada
Netflix Lancar Trailer Rasmi Shadow And Bone

Netflix Lancar Trailer Rasmi Shadow And Bone

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 202 hits
Menghampiri tayangan pada hujung April ini Netflix telah melancarkan trailer rasmi siri adaptasi Shadow and Bone yang memberikan pandangan terbaru kepada penonton Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah Berdasarkan siri novel terlaris di...
Bitcoin Menghampiri 60 000 Setelah Mengesahkan Bahawa Paypal Telah Mula Menerima Pembayaran Btc Secara Rasmi

Bitcoin Menghampiri 60 000 Setelah Mengesahkan Bahawa Paypal Telah Mula Menerima Pembayaran Btc Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 292 hits
Harga bitcoin membuat pembetulan sebelum pilihan rekod tamat pada Jumaat lalu Ketika Visa dan PayPal berurusan dengan pembayaran bitcoin dan cryptocurrency kenaikan berterusan di atas 59 000 didorong oleh berita gembira dari syarikat terbes...
Video Saya Mahu Lihat Anwar Jadi Pm Afdlin Shauki Altimet Sertai Pkr Secara Rasmi

Video Saya Mahu Lihat Anwar Jadi Pm Afdlin Shauki Altimet Sertai Pkr Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 264 hits
Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet sah menyertai PKR Perkara itu diumum Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Bersama Anwar d...
Hiburan Ini Bukan Akaun Rasmi Saya Pu Riz Nafi Ada Buka Akaun Media Sosial Twitter

Hiburan Ini Bukan Akaun Rasmi Saya Pu Riz Nafi Ada Buka Akaun Media Sosial Twitter

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 403 hits
Agak kecoh di laman Twitter apabila ramai peminat teruja melihatkan pengantin baru PU Riz telah membuka sebuah akaun media sosial baru dan mendedikasikan ucapan khas buat isterinya Neelofa sempena perkahwinan mereka View this post on Instag...
Rasmi Samsung Galaxy A32 Berharga Rm1099 A32 5g Rm1199 A52 Rm1499 A72 Rm1899

Rasmi Samsung Galaxy A32 Berharga Rm1099 A32 5g Rm1199 A52 Rm1499 A72 Rm1899

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 303 hits
Samsung Malaysia hari ini telah mengesahkan pengenalan siri Galaxy A untuk pasaran tempatan dan menawarkan empat model untuk pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy A32 Galaxy A32 5G Galaxy A52 dan juga Galaxy A72 Seperti tertiris sebelum ini
Pm Muhyiddin Arrives For Official Visit To Brunei

Pm Muhyiddin Arrives For Official Visit To Brunei

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 363 hits
Muhyiddin is greeted upon arrival at the Brunei International Airport by Al Muhtadee Billah 8211 Bernama photo BANDAR SERI BEGAWAN Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin arrived here today for a two day official visit to Brunei He was gre
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia