Pm Mohon Kerjasa Semua Parti Hadapi Covid 19 Sekat Kleptokrat



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mencadangkan sebuah “persefahaman antara parti” bagi mendapatkan sokongan daripada parti-parti di luar gabungan Perikatan Nasional (PN) demi memastikan kerajaan tidak jatuh ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
“Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.
“Keutamaan saya hanyalah untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas hari ini yang turut disertai beberapa menteri Kabinet.
Beliau turut berkata, persefahaman ini adalah penting bagi memastikan kumpulan “kleptokrat” tidak kembali berkuasa.
Beliau berkata dengan sokongan kukuh, kerajaan berikrar untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
1-Peruntukan dana sama rata kepada semua ahli-ahli Parlimen antara dua pihak kerajaan dan pembangkang. 2-Meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM110 billion dalam usaha menangani krisis Covid-19 termasuk peruntukan tunai berjumlah RM10 bilion kepada 11 juta rakyat yang dikategorikan di bawah golongan B40 dan M40. 3-Membentangkan rang undang-undang anti lompat parti dan menghadkan pentadbiran perdana menteri kepada dua penggal. 4-Perwakilan seimbang dalam kalangan ahli-ahli Parlimen dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen. 5-Pelaksanaan Undi 18 tanpa menunggu pandaftaran automatik. 6-Komitmen untuk mendapatkan nasihat dengan ahli-ahli Parlimen sebelum membentangkan rang undang-undangan. 7-Meningkatkan status ketua pembangkang dalam Parlimen setaraf menteri kanan. 8-Muhyiddin turut berjanji akan mengadakan pilihan raya pada hujung Julai tahun depan

“Sekiranya cadangan kerjasama bi-partisan ini dipersetujui, saya akan memanggil sidang khas Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi percaya kepada perdana menteri dalam masa terdekat.
“Saya memberi jaminan bahawa saya akan mengambil tindakan yang terhormat dan berperlembagaan dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku pada masa ini,” katanya.
Muhyiddin berkata malang sekali beberapa ahli Parlimen menarik sokongan terhadap beliau dan Kabinet ketika kerajaan sedang berhempas pulas menguruskan pandemik Covid-19.
Beliau berkata mudah baginya untuk keluar daripada kemelut yang dihadapi kerajaan ketika ini dengan meletak jawatan dan membiarkan Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri yang baru.
“Namun, sehingga saat ini tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri baru.
“Apa akan jadi kepada negara kita sekiranya krisis politik berlarutan dan kerajaan baru tidak dapat dibentuk dalam kadar segera? Kerajaan mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual?”
Muhyiddin berkata dua bulan akan datang adalah sangat genting dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok.
Menurutnya, Malaysia tidak mampu berdepan kemelut politik untuk mengganggu usaha tersebut.
PRU15 pada hujung Julai 2022
Dalam pada itu, Muhyiddin turut berikrar untuk mengadakan pilihan raya umum sebelum hujung Julai tahun depan jika situasi pandemik mengizinkan.
“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.
“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan.”
Usul undi percaya terhadap Muhyiddin dijadual akan dibentangkan pada 7 September depan.
Ia diumumkan selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka terhadap beliau sebagai perdana menteri selepas pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak berkata mereka mengumpul 15 ahli Parlimen lapor MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/pm-mohon-kerjasa-semua-parti-hadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Belum Sedia Letak Jawatan Dakwa Mahu Sekat Kleptokrat

Muhyiddin Belum Sedia Letak Jawatan Dakwa Mahu Sekat Kleptokrat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 300 hits
Tan Sri Dato Haji Mahiaddin bin Md Yasin Muhyiddin yakin pasukan barisan hadapan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik Perdana Menteri Muhyi...
Tidak Semua Parti Boleh Berlaku Jujur

Tidak Semua Parti Boleh Berlaku Jujur

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 413 hits
Ada yg kata boleh tak umno kali ini bantu PH utk letak PH sbg PM sebagaimana PH bantu Umno jadi MB Perak gantikan Peja dulu Saya kata sudah tentu boleh kalau Umno parti yang jujur dan berpegang kpd prinsip tidak akan bantu spesis kerajaan g...
Semua Ketua Parti Menghadap Agong Tengah Hari Esok

Semua Ketua Parti Menghadap Agong Tengah Hari Esok

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR PETALING JAYA Semua ketua parti politik akan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok dipercayai ada kaitan dengan perbincangan berhubung bakal P...
Semua Parti Politik Capai Konsensus Mulakan Politik Baharu Anwar

Semua Parti Politik Capai Konsensus Mulakan Politik Baharu Anwar

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 321 hits
Semua parti politik capai konsensus mulakan politik baharu AnwarSource https malaysiagazette com 2021 08 17 semua parti politik capai konsensus mulakan politik baharu anwar Semua parti politik capai konsensus mulakan politik baharu Anw
Langsung Agong Dijangka Bertemu Semua Pemimpin Parti Serentak

Langsung Agong Dijangka Bertemu Semua Pemimpin Parti Serentak

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 248 hits
malaysiakini comDiterbitkan 17 Aug 2021 1 34 pmDikemaskini 2 07 pmYang di Pertuan Agong akan bertemu semua pemimpin parti pada pukul 2 petang hari ini susulan peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Ikuti laporan langsung Malaysi...
Posko Covid 19 24 Jam Segera Dibuka Danny Pomanto Minta Semua Pihak Bekerja Maksimal

Posko Covid 19 24 Jam Segera Dibuka Danny Pomanto Minta Semua Pihak Bekerja Maksimal

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 256 hits
Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat level IV yang di terapkan di Kota Makassar berakhir Senin
Tawaran Mega Sales Muhyiddin Ditolak Semua Parti Politik

Tawaran Mega Sales Muhyiddin Ditolak Semua Parti Politik

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 326 hits
Tawaran Mega Sales Muhyiddin ditolak semua parti politik Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin terpaksa mengangkat bendera putih sekiranya gagal untuk mencari sekurang kurangnya 11 ahli Parlimen bersama merek...
Semua Parti Pembangkang Kata Tidak Pada Muhyiddin

Semua Parti Pembangkang Kata Tidak Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 274 hits
MalaysiakiniAhli Parlimen pembangkang hari ini menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan Pertubuhan Kinabalu Progres...
Agong Ajak Rakyat Berhijrah Patuhi Pelan Pemulihan Negara Hadapi Covid 19

Agong Ajak Rakyat Berhijrah Patuhi Pelan Pemulihan Negara Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 227 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengajak seluruh rakyat Malaysia bekerjasama dengan mematuhi Pelan Pemulihan Negara yang merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandem...
Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Lebai Pas Adun Adun Sungai Ramal Mohon Maaf Tanpa Syarat Pada Ahli Parlimen Dap