Pm Kelirukan Orang Ramai Atas Pertuduhan Sanusi Lfl



(Malaysiakini) – NGO peguam hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuat kenyataan “palsu dan mengelirukan” berhubung pertuduhan menghasut terhadap menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.
Pengarah LFL Zaid Malek berkata walaupun Anwar mendakwa pertuduhan itu perlu untuk melindungi institusi diraja namun perdana menteri mempunyai kepentingan langsung dalam salah satu pertuduhan itu.
“Pemeriksaan terhadap pertuduhan kedua mendedahkan bahawa ia tidak berkaitan dengan sebarang kritikan terhadap seorang raja atau Agong. Ia sebenarnya adalah kritikan terhadap perdana menteri Anwar berhubung pembentukan kerajaan perpaduan, mempersoalkan dakwaan yang dibuatnya pada masa itu.
“Oleh itu dakwaan Anwar bahawa Akta Hasutan 1948 telah digunakan hanya kerana ia menyentuh ‘kedudukan, maruah Raja-Raja Melayu’ adalah tidak benar.
“Ringkasnya, dalam pertuduhan kedua Akta Hasutan digunakan ke atas Sanusi, seteru politik yang lantang itu, tidak lebih daripada mengkritik perdana menteri.
“Ini adalah salah guna kuasa dan penindasan, jelas dan mudah,” kata Zaid pada satu kenyataan hari ini.
Pertuduhan pertama menuduh Sanusi mengulas tentang bagaimana salasilah keluarga diraja Kedah menunjukkan jalur keturunannya tidak pernah putus seperti keluarga diraja lain.
Pertuduhan kedua terhadap Sanusi berkaitan keraguannya berhubung dakwaan Anwar bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan bahawa kerajaan perpaduan perlu dibentuk pada November 2022.
Kedua-dua pertuduhan itu berdasarkan ucapan Sanusi pada 11 Julai di Selayang, Selangor semasa perhimpunan Perikatan Nasional.
Bahagian transkrip ucapan yang berkaitan yang dilampirkan pada helaian pertuduhan diterbitkan semula pada penghujung laporan ini.
Sementara itu, Zaid berhujah bahawa institusi diraja memainkan peranan dalam pemilihan menteri besar dan perdana menteri.
Katanya lagi, memang wajar sebarang persoalan atau kritikan yang timbul berhubung pelantikan menteri besar dan perdana menteri akan menyentuh peranan institusi diraja.
“Ini menuju kemerosotan untuk membenarkan Akta Hasutan digunakan dengan berselindung atas nama menjaga kemuliaan institusi diraja kerana kerajaan boleh memanjangkan hujah yang sama ini kepada perkara lain, termasuk kaum atau agama.
“Kelayakan baru, licik, berbelit-belit ala Anwar ini hanya akan membawa kepada penggunaan tanpa batasan Akta Hasutan 1948,” hujah Zaid.
Zaid berkata Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang yang mempunyai “kuasa berlebihan” yang akhirnya menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan politik.
“Anwar kini mempertahankan undang-undang ini dengan tiba-tiba mengubah pendiriannya mengenai penggunaan Akta Hasutan dengan mendakwa boleh diterima menggunakannya kononnya untuk menjaga institusi diraja.
“Gesaan supaya pemansuhannya oleh Anwar dan PH semasa pembangkang tidak pernah mempunyai kelayakan seperti itu, dan adalah menipu dan tidak jujur untuk mencadangkan sekarang ada perbezaan harus dibuat,” kata Zaid.
Sehubungan itu, Zaid menggesa kerajaan mengenakan moratorium terhadap penggunaan Akta Hasutan 1948 dan memansuhkannya secara langsung dalam sidang parlimen akan datang.
Komen berbaur hasutan yang didakwa dibuat oleh Muhammad Sanusi Md Nor mengikut kertas pertuduhan:
Pertuduhan pertama
Sultan, satu-satunya Sultan yang ada susur galur daripada hari pertama kerajaan Kedah ditubuh sampai sekarang ini Sultan tu dari satu susur jalur tak pernah putus, Kedah Darul Aman. Haa.. hebatnya Sultan Kedah nih.. bukan koman-koman, Sultan tara tu, hangpa bayangkan tengok Menteri Besaq. Sultan hebat macam tu tak akan pilih Menteri Besaq cokia macam Amir tuh. Inci pon tak berapa cukup.. hahaha. Tarik balik pasal inci.
Pertuduhan kedua
Pada Ketika, Anwar Ibrahim dia rasa nak untung dia, dia akan guna titah Diraja nih habis-habisan walaupun orang lain tak dengaq. Tuan-tuan dengaq tak kata Agong kata tubuh Kerajaan Perpaduan, Tuan-tuan dengaq tak? Takdak sapa di dunia inl dengaq dia sorang ja. Takdak.. takdak sapa dengaq. Dalam vid dalam video takdak, dalam tv takdak, dalam surat habaq takdak, takdak sapa dengaq, Anwar Ibrahim sorang dengaq. Satu Malaysia percaya kat dia. Dia habaq kata Agong titah tubuh kerajaan perpaduan, ada sapa pi tanya Agong Tuanku titah ka Tuanku? Takdak haaa.. dia guna titah diraja tu di kata untuk tubuhkan kerajaan perpaduan himpunkan segala hoi ya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/07/19/pm-kelirukan-orang-ramai-atas-pertuduhan-sanusi-lfl/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Kedah Harus Tolak Sanusi Biadap Melampau Wanita Keadilan

Pengundi Kedah Harus Tolak Sanusi Biadap Melampau Wanita Keadilan

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 185 hits
Pengundi Kedah harus membuktikan mereka tidak mahu ahli politik yang biadap dan melampau terus mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri pada Ogos ini Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat Noraini Nordin berkata pengundi Kedah waja...
Fitnah Kecurian Ree Sanusi Akan Saman Menteri Kdn

Fitnah Kecurian Ree Sanusi Akan Saman Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 204 hits
agendaily com17 07 2023Sanusi mahu menyaman Saifuddin Nasution kerana menfitnahnya Tindakan undang undang termasuk menyaman akan diambil Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu kecurian ...
Sanusi Ready To Sue Saifuddin Over Rare Earths Theft Claim

Sanusi Ready To Sue Saifuddin Over Rare Earths Theft Claim

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 253 hits
Sanusi Nor says another party was penalised not Menteri Besar Incorporated which held a permit for a different project at the site where a theft of rare earth elements allegedly took place PETALING JAYA Caretaker Kedah menteri besar Sanusi ...
Kerabat Diraja Lapor Polis Sikap Sanusi Yang Biadap

Kerabat Diraja Lapor Polis Sikap Sanusi Yang Biadap

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 183 hits
Petang tadi Ahli Dewan Diraja Selangor buat Laporan polis ke atas MB Kedah Kerana perlekehkan Sultan Selangor Yang report ni bukan NGO atau geng politik Ini kerabat DiRaja yang dilantik oleh Istana Menunjukkan satu benda Sultan Selangor sud...
Keluar Sekejap Ucapan Sanusi Dan Lge Zahid Dan Lge Komunikasi Jkom Elon Musk Dan Isu Serantau

Keluar Sekejap Ucapan Sanusi Dan Lge Zahid Dan Lge Komunikasi Jkom Elon Musk Dan Isu Serantau

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 234 hits
Apakah komen KJ dan SH tentang ucapan MB Kedah Sanusi baru baru ini Adakah ia keterlaluan KS turut menyentuh tentang ucapan Lim Guan Eng komunikasi JKOM mesyuarat PMX dengan Elon Musk dan isu serantau yang lain Skip Minutes to 00 00 Intro00...
Curi Ree Saifuddin Cabar Sanusi Supaya Saman

Curi Ree Saifuddin Cabar Sanusi Supaya Saman

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 213 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Saifuddin Nasution Ismail mengalu alukan hasrat Sanusi Nor yang mahu mengambil tindakan undang undang terhadap beliau berhubung isu kecurian unsur nadir bumi dan berkata banyak persoalan yang perlu dijawab oleh m...
Jawab Lah Macamana Pun Tapi Surat Ni Nak Jawab Lagu Mana Pulak Sanusi

Jawab Lah Macamana Pun Tapi Surat Ni Nak Jawab Lagu Mana Pulak Sanusi

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 265 hits
PH MALAYSIA GROUPTERBONGKAR Dokuman surat mohon pas lawatan istimewa untuk import tenaga kerja dari China untuk urusan REE Sidang Media KP PTG Kedah tak jawab isu yang dibangkitkan dia cuma guna candu agama untuk memukau pendengar Persoalan...
Sanusi Bidas Saidudin Tuduhan Kena Denda Rm500k

Sanusi Bidas Saidudin Tuduhan Kena Denda Rm500k

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 134 hits
Petikan dari malaysiakini 16 Julai 2023 Menjawab Sanusi Saifuddin berkata dia tetap mempertahankan dakwaannya itu Fakta yang tidak berubah tidak ada syarikat yang mendapat lesen eksport jadi mineral di Kedah
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba