Pm Bukan Melayu Jangan Sampai Dijadikan Bola Tanggung



Oleh Muhammad Afifi Abdul Razak
DALAM kenyataan semasa bertemu pelajar Malaysia di Manchester pada 29 November lalu, veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menyatakan, perlembagaan negara menjanjikan impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal. Kata beliau, perkara ini dapat dilihat dengan baik sekali daripada hakikat di mana perlembagaan negara tidak menyekat mana-mana bukan Melayu menjadi seorang perdana menteri.
Isu bukan Melayu sebagai perdana menteri ini telah lama diperkatakan sebenarnya. Malah isu bukan Melayu sebagai menteri besar di negeri yang undang-undang tubuhnya mensyaratkan menteri besar itu wajib datang daripada bangsa Melayu dan beragama Islam sendiri pun pernah diperkatakan oleh pemimpin DAP lama sebelum ini dalam insiden di Perak pada 2008.
Kit Siang dalam kenyataan media pada 12 Mac 2008 menegaskan, DAP akan memboikot (tetapi ini kemudiannya tidak dilakukan) majlis angkat sumpah selaku menteri besar oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dari Pas kerana mahukan Pengerusi DAP Perak waktu itu, Datuk Ngeh Koo Ham sebagai menteri besar kerana kerusi DAP lebih banyak (18) berbanding PKR (7) dan Pas (6).
Ini kerana Perkara XII (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak walaupun menyebut mengenai tiada seorang pun boleh dilantik menjadi menteri besar melainkan daripada bangsa Melayu dan beragama Islam, juga menyebut sultan boleh melepaskan salah satu atau kedua-dua syarat bangsa dan agama ini bila-bila baginda memikirkan berfaedah berbuat demikian.
Karpal Singh, Pengerusi DAP waktu itu, pernah menegaskan pada 24 Mei 2012 bahawa beliau tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi perdana menteri termakbul dalam era beliau, namun selagi hidup beliau tetap akan memperjuangkan impian ini.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pernah menyanggah impian DAP ini dengan berkata pada 7 Jun 2012 bahawa jawatan perdana menteri akan sentiasa diisi orang Melayu berdasarkan perspektif sejarah yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu.
British datang ke Tanah Melayu, kaji dan buat keputusan, ini adalah tempat kerajaan Melayu. Jadi, pada 1927 apabila Hugh Clifford dilantik sebagai gabenor dalam Federal Council ada dijelaskan dia berkata bahawa tempat ini pernah, sememangnya dan perlu kekal sebagai negeri Melayu, kata Kay Kim.
Tambah Kay Kim, perkara itu dikukuhkan lagi dalam persidangan raja-raja Melayu pada 1961 apabila Gabenor British pada masa itu, Sir Cecil Clementi menegaskan sekali lagi bahawa Malaya untuk orang Melayu.
Benar perlembagaan negara tidak mensyaratkan perdana menteri wajib datang daripada bangsa Melayu beragama Islam, tetapi berdasarkan faktor sejarah diperkatakan Kay Kim serta faktor Melayu sebagai penduduk majoriti Malaysia, maka jawatan ini seharusnya sentiasa dipegang oleh bangsa Melayu beragama Islam.
Apatah lagi dalam perlembagaan negara ada peruntukan mengenai hak istimewa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agama Islam sebagai agama persekutuan dan raja-raja Melayu yang hanya akan mampu dijaga oleh perdana menteri berbangsa Melayu beragama Islam.
BOLA TANGGUNG
Kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga tidak ada disebut atau dilindungi oleh perlembagaan negara, dan ini diakui oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi tetapi berdasarkan konvensyen dan persefahaman, kewujudannya tidak pernah diganggu.
Kenyataan Kit Siang ini telah dikritik oleh banyak pihak. Dalam kalangan ahli-ahli akademik, Profesor Madya Dr. Mohd. Azhar Abd. Hamid dan Datuk Dr. Kassim Thukiman dari Kumpulan Penyelidikan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, kenyataan itu boleh menjadi ‘bola tanggung’ kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan, sekali gus mengukuhkan pembinaan persepsi buruk orang Melayu terhadap kerajaan perpaduan.
Ia dikatakan seolah-olah memberi mesej Kit Siang dan DAP tidak gembira dengan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan kerana mereka memiliki kerusi Parlimen lebih banyak berbanding PKR dan UMNO, tetapi wakil rakyat mereka tidak diangkat menjadi perdana menteri.
Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Mazlan Ali pula berkata, perkara seperti ini tidak sesuai untuk dibangkitkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan kepada orang Melayu.
Dalam masa sama, Mazlan mempersoalkan tujuan Kit Siang membangkitkan isu itu dengan berkata, jika ia untuk mengekalkan sokongan orang Cina kepada DAP maka memang kenyataan ini mengukuhkan sokongan bukan Melayu terhadap DAP.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan pula menyatakan, kenyataan Kit Siang ini sangat mengguris perasaan orang Melayu dan tidak menghormati orang Melayu dan UMNO yang bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.
Oleh itu, ahli politik seperti Kit Siang tidak sepatutnya membangkitkan isu ini untuk apa-apa motif sekalipun, termasuk jika ia bertujuan mengukuhkan sokongan bukan Melayu terhadap DAP kerana pada masa sama perkara ini akan melunturkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR.
Perlembagaan negara perlu dibaca dengan cara yang betul, tidak hanya melalui aspek-aspek undang-undang tetapi juga dari aspek falsafah, agama, sejarah, budaya dan politik untuk difahami dengan menyeluruh kerana ia adalah dokumen yang mengaplikasikan kontrak sosial sebagai landas politik-falsafahnya.
Ahli politik perlu sentiasa belajar daripada sejarah lampau dan sejarah mutakhir. Mengesampingkan kontrak sosial yang termasuk di dalamnya dominasi Melayu adalah resipi kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 atau mana-mana kerajaan juga. – UTUSAN
 
IKLAN


AULORA Socks with KODENSHI® direka menggunakan Fiber KODENSHI® yang membantu menyerap suhu badan pemakai sambil membekalkan jumlah tekanan lembut untuk sokongan yang menyeluruh dan selesa.
KEBAIKKAN AULORA Socks with KODENSHI® 
- Membantu melancarkan peredaran darah - Mengurangkan sakit, lenguh atau bengkak di kaki - Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan - Sangat baik untuk Wanita mengandung dan selepas bersalin. - Menghilangkan bau kaki - Membantu masalah tidur - Memulihkan tumit kaki yang pecah atau mengelupas - Detoksifikasi
Jika berminat untuk mendapatkannya sila WhatsApp dengan klik pada imej di bawah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/12/pm-bukan-melayu-jangan-sampai-dijadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polri Tetapkan Tersangka Mafia Bola Jokowi Jangan Berhenti Teruskan Sampai Bersih

Polri Tetapkan Tersangka Mafia Bola Jokowi Jangan Berhenti Teruskan Sampai Bersih

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 252 hits
Pentingnya sepak bola yang bebas dari mafia agar transformasi sepak bola di Indonesia bisa terwujud
Hiburan Jangan Agungkan Muka Pretty Boys Kalau Kau Maki Melayu Siapa Lagi Nak Sokong Melayu Amir Ahnaf

Hiburan Jangan Agungkan Muka Pretty Boys Kalau Kau Maki Melayu Siapa Lagi Nak Sokong Melayu Amir Ahnaf

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 185 hits
Seperti diketahui ramai bakat serta lakonan Amir Ahnaf semakin lama semakin mendapat perhatian penerbit serta pengarah drama tempatan Demi menjiwai watak dalam drama terbarunya Amir telah menurunkan berat badan supaya kelihatan lebih susut ...
Jangan Sampai Pemimpin Kita Turut Dijangkiti Virus Melayu Mudah Lupa

Jangan Sampai Pemimpin Kita Turut Dijangkiti Virus Melayu Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 130 hits
Virus ini berpunca dari pemimpin politik yang sanggup berbalah caci mencaci menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kepentingan sendiri titah baginda Setahun Kerajaan Perpaduan Madani berkuasa JOM Channel ingin m...
Prabowo Jangan Panggil Saya Eyang Atau Mbah Mas Bowo Gitu Dong

Prabowo Jangan Panggil Saya Eyang Atau Mbah Mas Bowo Gitu Dong

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 135 hits
Prabowo menolak untuk dipanggil eyang atau kakek oleh para pendukungnya Tapi ingin dipanggil Mas Bowo
Beri Peluang Jangan Ngigau Nak Makan Gaji Buta Dan Menyakaw

Beri Peluang Jangan Ngigau Nak Makan Gaji Buta Dan Menyakaw

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 258 hits
Sultan Ibrahim bertitah tidak mungkin untuk Anwar membuat perubahan mendadak dalam tempoh satu tahun Saya akan memburu semua orang yang korup Saya akan pastikan saya membawa hasil titah baginda Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya Suruh...
Jaga Kebersihan Jangan Jadi Pengotor

Jaga Kebersihan Jangan Jadi Pengotor

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 114 hits
Dibawah inisiatif tandas bertaraf BMW iaitu bersih wangi menarik oleh KPKT tandas pasar besar Ipoh yg dulu kotor kini sedang dalam proses bertukar wajah baru Menjelang thn baru 2024 usaha memerangi kekotoran akan diperhebatkan lagi Jaga keb...
Jangan Tinggal Di Malaysia Kalau Jahil Bahasa Kebangsaan

Jangan Tinggal Di Malaysia Kalau Jahil Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 390 hits
Bahasa Melayu bukan sahaja bahasa kebangsaan tetapi bahasa negaraSENATOR ultra kiasu MCA dan ultra kiasu lain menyalahkan Imigresen apabila tidak melayan wanita Cina dan anaknya untuk baharui pasport kerana tidak boleh berkomunikasi dalam b...
Mak Ayah Jangan Lupa Semak Check List Perkembangan Anak Ni Bimbang Anak Delay

Mak Ayah Jangan Lupa Semak Check List Perkembangan Anak Ni Bimbang Anak Delay

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 116 hits
Adalah amat penting untuk kita sebagai mak ayah ada kesedaran untuk memeriksa check list perkembangan anak kita dari usianya sejak lahir hingga enam tahun Ini bagi memastikan kita dapat menilai samada anak kita lambat perkembangannya atau b...
Jangan Masuk Sebagai Pelancong Berakhir Sebagaj Pati

Jangan Masuk Sebagai Pelancong Berakhir Sebagaj Pati

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 254 hits
Che Ibrahim Huh Ramainya pelancong ke Malaysia Ambo bimbangnya mereka mari dengan visa pas pelancong tapi akhirnya jadi PATI tak balik dan buat macam macam kerja di Malaysia
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran