Pm Anwar Bantu Baiki Rumah Auntie Woon Kediaman Sama Diselamatkan Beliau 30 Tahun Lalu


 

Keadaan kediaman Auntie Wong di pekan Permatang Pauh sebelum dan selepas dibaik pulih dengan bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Steven Sim
BUKIT MERTAJAM, 23 Mar – Seorang wanita yang menjaga dua abangnya yang uzur dan orang kelainan upaya (OKU) menarik nafas lega apabila rumah mereka di Pekan Permatang Pauh, di sini yang usang sekali lagi mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prihatin terhadap keadaan tiga beradik itu, Anwar menerusi Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim melawat rumah wanita berkenaan yang dikenali Woon, 57, sebelum mengaturkan kerja baik pulih.
Sim menerusi hantaran di Facebook berkata, rumah tersebut dibeli mendiang ayah mereka 30 tahun lalu, namun pada 1990-an, keluarga itu hampir kehilangan tempat berteduh akibat menjadi mangsa penipuan.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim ketika menemui Auntie Wong di kediamannya sebelum dibaik pulih. Foto Facebook Steven SimMereka berusaha mendapatkan bantuan sehingga akhirnya mendiang kakak Woon berjaya menemui Anwar, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.
“Menurut kakaknya, ketika berjumpa Anwar, pengawal peribadi tidak menghalangnya walaupun dia hanya rakyat biasa. Anwar terus bertanya, ‘Can I help you?’ sebelum menghulurkan bantuan.
“Kakaknya berpesan kepada keluarganya agar tidak melupakan jasa Anwar yang telah menyelamatkan rumah mereka,” katanya.
Rumah pusaka usang dipenuhi barang-barang kitar semula. Mungkin bagi orang lain ini semua sampah sarap, tapi untuk Auntie Woon, inilah rezeki untuk menjaga 3 adik beradik uzur. Foto Facebook Steven SimMenurut Sim, Woon kini terpaksa bekerja keras mengumpul barangan kitar semula untuk menampung kehidupan, sementara menjaga abangnya Ah Kong, 59, yang terlantar sakit, serta Ah Keong, 62, seorang OKU mental.
“Saya dimaklumkan mengenai keadaan keluarga ini dan apabila bertemu dengan Woon, dia mengeluh tiada siapa yang sudi membantu.
“Saya meyakinkannya agar tidak risau kerana Perdana Menteri sendiri meminta saya turun padang untuk membantu,” katanya sambil menambah ketika itu beliau tidak mengetahui kisah Anwar pernah membantu keluarga mereka 30 tahun lalu.
Auntie Woon hadiahkan sebuah karya seni dengan perkataan 一帆风顺 yang membawa maksud semoga dipermudahkan segala urusan. Foto Facebook Steven SimMenurut Sim, rumah usang tersebut satu-satunya harta pusaka keluarga, namun kayu bumbung dan dinding sudah reput, lantai pecah dan dipenuhi barangan kitar semula.
Beliau berjanji membaiki kediaman itu supaya tiga beradik berkenaan dapat hidup lebih selesa. Dalam tempoh hanya sebulan, rumah itu berjaya dibaik pulih dan dibina semula.
Menurut Woon dia sendiri tidak menyangka akhirnya dapat tinggal dalam rumah yang lebih baik.
30 tahun yang lalu Auntie Woon kata insan bernama Anwar Ibrahim telah menyelamatkan rumah pusaka keluarga mereka. 30 tahun kemudian, Auntie kata PMX sekali lagi membantu mereka menyelamatkan rumah pusaka. Inilah Malaysia Madani. Foto Facebook Steven SimDia turut mengenang bagaimana Anwar pernah membantu keluarganya menyelamatkan rumah itu 30 tahun lalu, dan kini sebagai Perdana Menteri, beliau sekali lagi memberikan keprihatinan yang sama.
“Saya meyakinkan Woon agar tidak bimbang. Walaupun ini bukan kawasan saya, Perdana Menteri telah meminta saya untuk membantu.
“Saya juga akan bekerjasama dengan Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Muhammad Hamdi Mohd Noor, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada Woon. Inilah Malaysia MADANI,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/pm-anwar-bantu-baiki-rumah-auntie-woon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 30 Tahun Pm Anwar Sekali Lagi Selamatkan Rumah Pusaka Warga Emas Cina

Selepas 30 Tahun Pm Anwar Sekali Lagi Selamatkan Rumah Pusaka Warga Emas Cina

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 131 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi meraih tumpuan warganet apabila menyelamatkan rumah pusaka seorang warga emas berbangsa Cina bersama dua orang abangnya yang merupakan orang kelainan upaya di Pekan Permatang Pauh Menerus...
Anwar Beri Komitmen Penuh Laksana Cadangan 10 Tahun Khidmat Pm

Anwar Beri Komitmen Penuh Laksana Cadangan 10 Tahun Khidmat Pm

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 148 hits
HarapandailyMarch 17 2025Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi komitmen penuh untuk melaksanakan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun Setiausaha Akhbar Kanan PM Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata agenda tersebut t...
Ahli Pkr Perlu Bantu Anwar Lawan Politik Jahat Pnpas Jangan Hebat Hanya Pemilihan Parti

Ahli Pkr Perlu Bantu Anwar Lawan Politik Jahat Pnpas Jangan Hebat Hanya Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 228 hits
Proses Pemilihan Kepimpinan Baharu KEADILAN Menuju PRU 16 Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara pemimpin senior parti KEADILAN yang mampu membawa parti memperkukuh Pakatan Harapan PENDAPAT 21 Mar Dalam data pilihan raya menunjukkan ma...
Cuma Allah Mampu Balas Budi Anwar Sarimah Sebak Dapat Balik Hak Cipta Selepas 36 Tahun

Cuma Allah Mampu Balas Budi Anwar Sarimah Sebak Dapat Balik Hak Cipta Selepas 36 Tahun

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 115 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 15 2025Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak mampu menahan air mata selepas penantiannya selama 36 tahun untuk mendapatkan kembali empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi akhirnya selesai Dalam nada sebak pela...
Berpisah 34 Tahun Rupanya Kakak Kandung Tinggal 500 Meter Dari Rumah

Berpisah 34 Tahun Rupanya Kakak Kandung Tinggal 500 Meter Dari Rumah

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 160 hits
AgensiZHANG Lei hanya mengetahui dia anak angkat dan kakak kandungnya tinggal berdekatan dengannya selepas 34 tahun FOTO AgensiBeijing Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui dia adalah anak angkat yang dipelihara sebuah keluarga sejak 3...
Empat Tahun Lalu Lapan Rumah Ibadat Bukan Islam Dapat Tapak Ganti

Empat Tahun Lalu Lapan Rumah Ibadat Bukan Islam Dapat Tapak Ganti

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 108 hits
HarapandailyMarch 26 2025Usaha pemindahan rumah ibadat bukan Islam ke tapak ganti baharu bukanlah usaha baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan Madani Ada dahuluan yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional Perkara ini disa...
Dah Ratusan Tahun Jadi Rumah Ibadat Bagaimana Boleh Dianggap Haram Sivakumar

Dah Ratusan Tahun Jadi Rumah Ibadat Bagaimana Boleh Dianggap Haram Sivakumar

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 160 hits
Dah ratusan tahun jadi rumah ibadat Presiden Majlis Kuil Kuil Hindu amp Persatuan Persatuan Agama Hindu Malaysia Datuk N Sivakumar tampil bersuara mengenai isu kini menjadi perdebatan hangat orang ramai di media sosial Memetik laporan Malay...
22 Tahun Hidup Bersama Rumah Tangga Edika Yusof Dilanda Badai

22 Tahun Hidup Bersama Rumah Tangga Edika Yusof Dilanda Badai

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 188 hits
22 tahun hidup bersama rumah tangga Edika Yusof dilanda badai Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya Nor Hidayah Yusri menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya se...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nathan Keling Menyarung Chord

Tak Perlu Jual Barang Tak Perlu Cari Orang Tak Perlu Berhenti Kerja Pun

Govt Fears Enriching Pn States Sanusi Claims On Rare Earth Sop Delay

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Install Iot Stack Dengan Docker Compose