Pm Ada Keperluan Pkpp Diteliti Semula Kekang Covid 19 Naik


KUALA LUMPUR, 3 NOV: Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan ada keperluan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diteliti semula, bagi kawasan yang sedang menghadapi penularan semula wabak Covid-19 terutama di negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Perak.
Perdana Menteri berkata ketika Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) harian mengenai Covid-19 hari ini, beliau berbincang mengenai PKPP yang akan berakhir Disember ini, sedangkan situasi semasa masih tidak berubah sehingga ada sesetengah kawasan terpaksa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai cabaran Pilihan Raya Kecil Batu Sapi yang akan diadakan hujung tahun ini (5 Disember) dan Pilihan Raya Negeri Sarawak dalam situasi Covid-19 yang masih belum reda,” katanya dalam laman Facebooknya, malam ini.
Muhyiddin turut memuat naik beberapa keping gambar mesyuarat secara sidang video berkenaan, yang membincangkan situasi semasa pandemik dan langkah-langkah yang perlu diambil.
Beliau juga melahirkan rasa bimbang berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Johor, yang bertukar daripada zon hijau kepada zon kuning atau merah, walaupun tindakan dan pendekatan secara mitigasi dan intervensi telah dipertingkatkan.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, walaupun kerajaan Arab Saudi telah membenarkan ibadah umrah dijalankan selama 10 hari, kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk membenarkan jemaah Malaysia ke sana pada masa ini.
Mengenai kebenaran mengadakan majlis pernikahan dan solat Jumaat, Muhyiddin berkata Dr Zulkifli menjelaskan ketetapan telah dibuat dan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum dilaksanakan.
Menyentuh mengenai sidang Dewan Rakyat yang bermula semalam, Muhyiddin berkata ia berlangsung dalam keadaan norma baharu, dengan pelbagai tatacara operasi piawai (SOP) diperkenalkan.
“Bagaimanapun sepanjang minggu ini sidang Parlimen diadakan setakat jam 1 petang sahaja, berikutan ada beberapa kes Covid-19 yang melibatkan beberapa petugas di Bangunan Parlimen.
“Berikutan kes tersebut, timbul sedikit kebimbangan dalam kalangan ahli parlimen sendiri kerana kedudukan Bangunan Parlimen itu sendiri pun terletak di zon merah dan melibatkan pergerakan keluar masuk ahli parlimen, para pegawai mereka serta kakitangan di situ,” katanya.
Perdana Menteri turut percaya Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dapat menggunakan kebijaksanaan beliau untuk menguruskan perkara itu.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/11/pm-ada-keperluan-pkpp-diteliti-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oleh Sebab Covid Gaji Kena Naik

Oleh Sebab Covid Gaji Kena Naik

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 292 hits
Agak dah mesti sokong punya Naik gaji wakil rakyat di kelantan pun mereka sokong kerana Covid maka gaji kena naik Haha itulah lebai W Faudzin
Cadangan Laksana Semula Gst Perlu Diteliti Secara Mendalam

Cadangan Laksana Semula Gst Perlu Diteliti Secara Mendalam

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 203 hits
PUTRAJAYA Kerajaan perlu meneliti secara mendalam sebarang langkah untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan atau pelaksanaan cukai lain termasuk kesannya terhadap ekonomi kos sara hidup rakyat serta menangani kegiatan ekono...
Sisa Klinikal Negara Naik 20 Peratus Sejak Covid 19 Melanda

Sisa Klinikal Negara Naik 20 Peratus Sejak Covid 19 Melanda

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 243 hits
Sisa klinikal di negara ini meningkat sebanyak 20 peratus sejak wabak Covid 19 melanda negara kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Beliau berkata semua sisa buangan daripada kemudahan kesihatan seperti peralata...
Covid 19 Kes Baru Naik 957 Semua Penularan Dalam Negara

Covid 19 Kes Baru Naik 957 Semua Penularan Dalam Negara

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 295 hits
Kes positif baharu Covid 19 hari ini kembali meningkat kepada 957 kes berbanding 659 semalam kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR 1 Nov Kes positif baharu Covid 19 hari ini kembal...
Dari Naik Gaji Adun Kelantan Elok Bagi Bantuan Covid

Dari Naik Gaji Adun Kelantan Elok Bagi Bantuan Covid

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 280 hits
Saya rasa daripada DUN Kelantan meluluskan kenaikan gaji wakil rakyat sehingga RM5 000 baik luluskan peruntukan untuk bagi bantuan kepada rakyat Kelantan dalam hadapi pandemik Covid ini Ada orang tersilap hitung bila kenaikan antara RM3 000...
Covid 19 Di Selangor Kembali Naik Catat 135 Kes

Covid 19 Di Selangor Kembali Naik Catat 135 Kes

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 337 hits
SHAH ALAM 28 OKT Selangor merekodkan pertambahan 135 kes Covid 19 hari ini meningkat berbanding 89 yang dicatatkan semalam kata ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 132 kes melibatkan penulara...
Baskin Robbins Outlet In 1 Utama To Close After Worker Tests Positive For Covid 19

Baskin Robbins Outlet In 1 Utama To Close After Worker Tests Positive For Covid 19

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 296 hits
The Baskin Robbins outlet was closed for disinfection and all exposed food and packaging were discarded after the worker was confirmed to be infected with Covid 19 PETALING JAYA Baskin Robbins Malaysia today said that one of its employees a...
Covid 19 Pakcik Ni Sanggup Kejar Poiis Marin Dengan Sampan Untuk Dapatkan Bantuan Makanan Meruntun Jiwa Video

Covid 19 Pakcik Ni Sanggup Kejar Poiis Marin Dengan Sampan Untuk Dapatkan Bantuan Makanan Meruntun Jiwa Video

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 327 hits
Tular di sosial media video seorang pakcik yang dikenali sebagai pakcik Ladja yang sanggup mendayung sampannya semata mata ingin mendapatkan bantuan makanan Seperti yang dikongsikan dalam facebook sabah bossku berkongsi bahawa seorang pakci...
Putrajaya Perlu Hantar Bantuan Besar Besaran Ke Sabah Elak Kesan Buruk Covid 19 Kata Mma

Putrajaya Perlu Hantar Bantuan Besar Besaran Ke Sabah Elak Kesan Buruk Covid 19 Kata Mma

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 302 hits
Rakyat Malaysia harus bersatu dalam usaha memerangi wabak Covid 19 terutamanya untuk penduduk Sabah
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef