Pluralisme Agama Ancaman Umat Islam Di Akhir Zaman


Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR  MENDIDIH hangat medsos hari ini serta kelmarin dengan isu ucapan selamat hari agama sedunia oleh seorang sosok penting NGO negara ini, mantan ketua wanita NGO pro DAP itu akhirnya memohon maaf dan menarik balik muat turun status beliau di muka buku. Penghujung Disember lepas, tukar video seorang pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen Muar berkaitan video santai ucap selamat sambutan perayaan krismas dengan seorang tokoh muda DAP di Selangor. Fenomena memandang mudah soal akidah seakan menjadi budaya dalam masyarakat terutama anak-anak muda negara ini. Lihat sahaja bagaimana dahsyatnya dai popular Ustaz Azhar Idrus diserang oleh netizen apabila menasihatkan anak-anak muda dalam isu membersihkan rumah ibadah agama lain.

Penyakit ini sedang mewabak dan bernanah dalam masyarakat, jika tak dibendung akan menyeret lebih ramai mangsa dalam kalangan kelompok anak muda yang jahil. Kesan berangkai fahaman ini akibat masyarakat Islam yang mula menjauhkan diri daripada ilmuan Islam, dibantu dengan dunia langit terbuka, masyarakat yang ingin membebaskan diri daripada sumber àutentik Islam. Ulama kontemporari wajib berani menyanggah wacana kelompok ini secara terbuka serta memanfaatkan kemudahan dunia digital masa kini.

Pluralisme agama adalah bayi dibidani daripada pemikiran neo muktazilah, dalam sejarahnya sangat bejat menyerang Indonesia semenjak zaman Bung Karno serta pintu banjir kesesatan Islam inklusif terbuka luas di zaman transisi pasca Mei 1998.
Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolabarasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.
Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.
Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama pernah  melarang wacana Mustapha Akyol, seorang sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.
Ciri-ciri fahaman islam liberal
Mereka menganut fahaman pluralisme Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.
Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:
a. Sambutan kongsi-raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam liberal menolak pandangan mufti dnya an ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan
b. Kerana terpengaruh dengan fahaman pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.
 Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah.
Bagi kelompok Islam liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi, “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah: 256)
Menurut tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.
Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya. Murtad membawa kepada implikasi hukuman mati berdasarkan perundangan Islam, sebagaimana hadis riwayat daripada Imam Bukhari.
Dr Riduan Mohamad Nor Beratnya hukuman akibat murtad adalah manifestasi betapa Islam sangat menjaga kesucian akidah dan tidak berkompromi dengan nilai syirik serta kekufuran. Penekanan kepada soal menjaga akidah, batas batas Iman dan kufur wajib menjadi agenda utama kerajaan, gerakan Islam serta masyarakat Islam umumnya. Berwaspadalah dengan jarum halus musuh Islam melakar gerak kerja mereka menimbulkan kerancuan berfikir kepada umat. – HARAKAHDAILY
(*) Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/pluralisme-agama-ancaman-umat-islam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cek Fakta Omicron Bukan Berarti Virus Akhir Zaman

Cek Fakta Omicron Bukan Berarti Virus Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 169 hits
Omicron berarti akhir zaman dalam bahasa Yunani adalah salah Faktanya terjadi kesalahan membaca omicron di mana om adalah singkatan dari omega dan kron untuk chronos
Ritual Tolak Hujan Jabatan Agama Islam Perak Bertindak Ke Atas Bomoh

Ritual Tolak Hujan Jabatan Agama Islam Perak Bertindak Ke Atas Bomoh

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 182 hits
Oleh Individu yang dikenali sebagai bomoh bersama seorang wanita melakukan ritual di Telok Intan seperti yang tular di media sosial hari ini Gambar video Facebook Perak Press LEBIH empat tahun lalu dia dilaporkan sudah bertaubat siap berkop...
Zakir Naik Pertahan Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Isu Umat Islam Bersih Rumah Ibadat Lain

Zakir Naik Pertahan Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Isu Umat Islam Bersih Rumah Ibadat Lain

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 286 hits
Sebaran Zakir Naik Pertahan Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Isu Umat Islam Bersih Rumah Ibadat Lain Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik mempertahankan kenyataan penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bahawa umat Islam tidak boleh membersihkan ruma...
Wanita Islam Dihukum Mati Kerana Hina Agama Sebar Karikatur Nabi Muhammad

Wanita Islam Dihukum Mati Kerana Hina Agama Sebar Karikatur Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 263 hits
ISLAMABAD Seorang wanita beragama Islam dihukum mati oleh mahkamah Pakistan kerana didapati bersalah menghantar teks berunsur penghinaan dan karikatur Nabi Muhammad menerusi aplikasi WhatsApp Menghina agama merupakan kesalahan serius di Pak...
Lirik Sampai Akhir Zaman Armand Maulana

Lirik Sampai Akhir Zaman Armand Maulana

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 242 hits
jauh sekalihari ini sejak kita berbicara tentang pernikahan di dalam mobilkujauh sekalihari ini sejak kita meminjam cahaya di tengah akad yang mati lampuwaktu berjalan kita berdiri berseberangandengan putri di bandar angkasa udaraberpisah s...
Giliran Sa Ya Saiful Apek Dan Yassin Tersingkir Gv8 Gagal Ke Separuh Akhir

Giliran Sa Ya Saiful Apek Dan Yassin Tersingkir Gv8 Gagal Ke Separuh Akhir

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 153 hits
Minggu suku akhir Gegar Vaganza 8 menyaksikan pasangan duo SA YA yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin telah tersingkir setelah memperoleh markah terendah Mempersembahkan lagu Blues Terengganu Kite SA YA hanya memperoleh markah sebanyak 58...
Momen Jokowi Menikmati Akhir Pekan Bersama Jan Ethes Dan Sedah Mirah

Momen Jokowi Menikmati Akhir Pekan Bersama Jan Ethes Dan Sedah Mirah

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 157 hits
Presiden Joko Widodo menikmati akhir pekan bersama kedua cucunya yaitu Jan Ethes dan Sedah Mirah Minggu Jan Ethes dan Sedah Mirah tampak asyik memberi makan burung merpati di halaman Istana Merdeka
Bakal Bersalin Akhir Februari Suami Intan Ladyana Mahu Rasai Sendiri Pengalaman Di Labour Room

Bakal Bersalin Akhir Februari Suami Intan Ladyana Mahu Rasai Sendiri Pengalaman Di Labour Room

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 203 hits
Bakal melahirkan bayi sulung mereka pada penghujung Februari nanti suami kepada pelakon Intan Ladyana Harris Alif mengakui begitu teruja untuk turut sama menemani isterinya ke dewan bersalin kelak Intan yang kini sarat hamil lapan bulan bak...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep