Pkpp Dilanjutkan Sehingga 31 Disember


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember.
Muhyiddin berkata, walaupun keadaan wabak Covid-19 dalam negara adalah terkawal, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha-usaha mencegah dan mengawal penularannya.
“Justeru, demi kepentingan saudara-saudari sekalian, kerajaan telah memutuskan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember ini,” katanya menerusi satu perutusan khas yang disiar secara langsung sebentar tadi.
Dengan lanjutan itu, Muhyiddin berkata tidakan penguatkuasaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) masih boleh diambil.
“Ini untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya menerusi satu perutusan khas yang disiar secara langsung sebentar tadi.
PKPP mula dikuatkuasakan mulai 10 Jun lalu bagi menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), dengan lebih banyak kelonggaran dalam kegiatan ekonomi dan sosial.
Dengan penguatkuasaan PKPP, hampir semua kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat, dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Bagaimanapun kegiatan perniagaan, termasuk kedai serbaneka 24 jam, masih dihadkan sehingga 12 tengah malam.
Muhyiddin berkata lagi, Malaysia masih berdepan risiko penularan wabak Covid-19 seperti yang dapat dilihat dengan wujudnya beberapa kluster baru seperti Sivagangga, Tawar dan Sala di Kedah, Sanglang di Perlis dan satu kluster di Sarawak baru-baru ini.
“Risiko ini perlu ditangani segera dan dikawal dengan tindakan-tindakan yang tegas dan tangkas sebelum ia merebak dengan lebih meluas,” katanya.
Mengambil kira tempoh yang lama sebelum negara bebas sepenuhnya daripada wabak itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan terus melaksanakan pendekatan bersasar di kawasan yang terdapat jangkitan, misalnya menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar.
“Walaupun PKPP dilanjutkan, saya yakin kehidupan saudara-saudari tidak akan terjejas kerana aktiviti seharian boleh dilaksanakan dengan pembudayaan norma baru dan pematuhan SOP.
“Saya percaya semua ini telah pun anda lakukan selama ini sehingga kita berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat kita.
“Kita semua adalah frontliners yang berada di barisan paling depan untuk memerangi wabak ini. Saya percaya jika kita dapat mainkan peranan masing-masing, negara kita akan berjaya untuk bebas daripada wabak ini dengan lebih cepat,” katanya lagi.
Susulan lanjutan ini, Muhyiddin turut mengumumkan Tabung Covid-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan dilanjutkan, juga sehingga 31 Disember, dengan semua pihak boleh terus memberi sumbangan. Mkini
The post PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/28/pkpp-dilanjutkan-sehingga-31-disember/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Seramai 123 Individu Telah Di Kompaun 12 Lagi Di Reman Ingkar Pkpp

Ismail Sabri Seramai 123 Individu Telah Di Kompaun 12 Lagi Di Reman Ingkar Pkpp

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Seramai 123 individu dikompaun manakala 12 direman atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan semalam kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata antara kesalahan dilakukan adalah kehadiran...
Jangkaan Wabak Covid 19 Berlanjutan Hingga 2 Tahun Kkm Saran Mkn Lanjutkan Pkpp Adham Baba

Jangkaan Wabak Covid 19 Berlanjutan Hingga 2 Tahun Kkm Saran Mkn Lanjutkan Pkpp Adham Baba

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 307 hits
60 total views 60 views today Kementerian Kesihatan Malaysia memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini Menteri Kesihatan Malaysia Datu...
Polis Tahan 86 Individu Ingkar Pkpp

Polis Tahan 86 Individu Ingkar Pkpp

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 266 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata polis bersama petugas Kementerian Kesihatan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan prosedur operasi standard dipatuhi PETALING JAYA Polis menahan 86 individu atas kesalahan...
Ismail Sabri Pdrm Tahan 515 Individu Ingkar Pkpp Semalam 440 Telah Di Kompaun

Ismail Sabri Pdrm Tahan 515 Individu Ingkar Pkpp Semalam 440 Telah Di Kompaun

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan semalam dan daripada jumlah itu 440 individu telah dikompaun kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau...
Keputusan Lanjut Pkpp Bergantung Situasi Semasa Global Tempatan

Keputusan Lanjut Pkpp Bergantung Situasi Semasa Global Tempatan

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM 25 OGOS Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang tamat pada 31 Ogos dilanjutkan atau tidak bergantung kepada situasi semasa global dan tempatan Ketua pengarah kesihatan berkata pihaknya perlu menilai situasi s...
Cucu Mahathir Di Tangkap Langgar Pkpp Mabuk

Cucu Mahathir Di Tangkap Langgar Pkpp Mabuk

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 656 hits
Cucu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di katakan di tahan pihak polis dalam satu serbuan yang di jalankan ke atas sebuah permis hiburan di ibu kota pada Sabtu lalu Menurut sumber yang di hubungi SuaraTV sebentar tadi Meera Alyanna Mukhriz di ...
Pm Akan Umum Minggu Ini Status Pkpp Ismail Sabri

Pm Akan Umum Minggu Ini Status Pkpp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 474 hits
M Update 26 8 2020 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dijadualkan tamat 31 Ogos ini pada minggu ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Keputusan Pkpp Di Sambung Atau Pun Tidak Tunggu Pengumuman Pm Minggu Ini

Keputusan Pkpp Di Sambung Atau Pun Tidak Tunggu Pengumuman Pm Minggu Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 288 hits
nbsp PUTRAJAYA Keputusan sama ada kerajaan akan menamatkan atau melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bakal diketahui minggu ini Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kemungkinannya ming...
91 Didenda 26 Direman Ingkar Pkpp

91 Didenda 26 Direman Ingkar Pkpp

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 200 hits
Kegagalan menyediakan peralatan atau buku pendaftaran keluar masuk di premis ialah kesalahan ke 2 tertinggi selepas kesalahan membabitkan aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal yang dilaporkan semalam PETALING JAYA Polis menahan 117 indivi...
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul

Sarapan Pagi Di Kampung