Pkpd Antara Nyawa Dan Ekonomi





ANTARA batu dan tempat keras. Itu dilema kerajaan dalam melaksanakan keputusan mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk kali ketiga sejak negara dilanda Covid-19. Pada satu sudut, pandemik menular dengan buruk. Lebih 6,000 kes dicatatkan sejak seminggu lalu. Kes kematian juga berada lebih 50 setiap hari.
Kes-kes baru mula muncul juga semakin bertambah. Saringan secara besar-besaran terutama oleh kerajaan Selangor meningkatkan jumlah kes. Kuala Lumpur dan Selangor kini menjadi hotbed penularan Covid.

Sistem kesihatan juga mencapai peringkat krisis ba­gi menyediakan kemudahan terutama untuk pesakit kategori tiga dan ke atas. Lebih banyak kemudahan dibina termasuk tentera menyediakan Field ICU bagi menangani peningkatan kes.
Kebimbangan mendesak ketika menyebabkan ramai menggesa supaya diadakan lockdown sepenuhnya se­per­ti dilakukan pada Mac tahun lalu bagi melandaikan pandemik. Ketika itu kecuali sektor perlu, semua aktiviti perniagaan diarah ditutup.
Kerajaan bagaimanapun memutuskan untuk me­nge­tatkan kawasan pergerakan, memaksa kira-kira tujuh juta pekerja – swasta dan kerajaan – untuk bekerja dari rumah. Langkah lain termasuk mengehadkan waktu operasi perniagaan dan jumlah pengunjung ke premis. Sekatan jalan raya juga dipertingkatkan manakala pemeriksaan premis ditingkatkan.
Keputusan kerajaan yang terbaharu mengambil kira keadaan semasa. Walaupun tidak akan dipersetujui, ke­ra­jaan memilih ‘tempat paling lembut’ antara batu dan tempat keras bagi menyelamatkan negara. Ia memilih circuit-breaker berbanding menutup keseluruhan eko­nomi.

Jika lockdown sepenuhnya dilakukan, ekonomi negara akan kehilangan nilai aktiviti ekonomi sebanyak lebih RM1.5 bilion sehari. Ada mengunjurkan angka itu pada RM2.4 bilion sehari.
Pada suku kedua tahun lalu (Mac-April 2020) ekonomi negara menguncup 17.1 peratus, terbesar dalam sejarah selepas penutupan aktiviti perniagaan sepenuhnya.
Jumlah pengangguran meningkat sehingga lebih kurang lima peratus. Bulan-bulan seterusnya me­nyaksikan angka pengangguran menghampiri 800,000.
Di­percayai jumlah pengangguran adalah lebih buruk jika diambil kira graduan baharu yang mencari pekerjaan. Kerajaan sahaja telah membelanjakan subsidi upah dan berkaitan sebanyak RM12 bilion. Dipercayai sebahagian besar dana adalah daripada Socso yang pada akhir 2018 berdasarkan laporan tahunannya mempunyai aset bersih kira-kira RM28 bilion.

PKP diperketatkan ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi menurun terutama di Lembah Klang – yang menyumbang kira-kira separuh kegiatan ekonomi negara. Tetapi pengurangan aktiviti ekonomi semasa MCO 3.0 tidak akan seburuk seperti pada tahun lalu. Cabaran mana-mana kerajaan termasuk Malaysia mencapai keseimbangan antara keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Malaysia berada pada keadaan kurang selesa kerana tidak mempunyai kekuatan fiskal yang membolehkan dana berterusan diberikan. Ia seperti teko berlubang. Sebanyak mana air dituang ia akan kering. Ketika ini Malaysia mengutamakan kedua-duanya – rakyat dan ekonomi – dengan langkah lebih ketat.
Ia pilihan terbaik buat masa ini dan memberi masa. Selagi ada masa, selagi itu ada harapan.

Mohamad Azlan Jaafar Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/pkpd-antara-nyawa-dan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penting Laksana Total Lockdown Nyawa Mendahului Ekonomi

Penting Laksana Total Lockdown Nyawa Mendahului Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 239 hits
BANGI 8 Syawal 1442H Khamis Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh atau total lockdown penting untuk dilaksanakan susulan kes kini melonjak lebih 6 000 jangkitan Pakar virologi USM Prof Madya Dr Yahya Mat Arip berkata pelaksanaan pen
Pkp 3 0 Sektor Ekonomi Diperketatkan Ini Antara Perincian Yang Diumumkan Menteri Kanan Keselamatan

Pkp 3 0 Sektor Ekonomi Diperketatkan Ini Antara Perincian Yang Diumumkan Menteri Kanan Keselamatan

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 226 hits
Umum mengetahui semalam Pejabat Perdana Menteri mengumumkan sidang media khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri yang turut melibatkan kerajaan negeri bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3 0 dengan penambahan sekatan yang ...
Seramai 48 Ribu 261 Bayi Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Di Malaysia Nyawa Anak Tiada Ganti

Seramai 48 Ribu 261 Bayi Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Di Malaysia Nyawa Anak Tiada Ganti

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 280 hits
Menurut sumber Setakat ini seramai 48 ribu 261 orang bayi dan kanak kanak telah dijangkiti COVID 19 di Malaysia Daripada jumlah itu 6 290 merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah Ini bukanlah satu angka yang kecil malah angka ini sepatutnya...
Masa Ialah Nyawa Kehidupan

Masa Ialah Nyawa Kehidupan

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 336 hits
KERAJAAN merangka pelbagai agenda pembangunan selaras dengan tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek aspek spiritual ekonomi pendidikan kemasyarakatan dan undang undang Kerajaan menyedari Islam bukanlah suatu agama bersifat r...
4 Kali Bertarung Nyawa Melahirkan 4 Kali Juga Keguguran Fedtri Yahya Kenang Jasa Isteri Di Ulang Tahun Perkahwinan

4 Kali Bertarung Nyawa Melahirkan 4 Kali Juga Keguguran Fedtri Yahya Kenang Jasa Isteri Di Ulang Tahun Perkahwinan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 347 hits
Rupa rupanya sudah genap 10 tahun usia perkahwinan pengacara popular Fedtri Yahya dan isteri Mungkin wajahnya tak makan dek usia sentiasa tampak muda menjadikan pasangan ini seperti pasangan yang baru mendirikan rumah tangga Bercerita tenta...
Abang Adik Seperti Nyenyak Tidur Demi Nyawa Ibu Sempat 4 Bulan Dalam Kandungan

Abang Adik Seperti Nyenyak Tidur Demi Nyawa Ibu Sempat 4 Bulan Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 356 hits
Baru saja nak rasai gerakan manja dalam perut Allah lebih sayangkan anak syurga ini Hati ibu ayah mana yang tak sedih selepas hasrat untuk menimang cahaya mata kembar tak kesampaian Sebak sungguh hati ini bila melihat wajah kedua dua wildan...
Persatuan Sepak Takraw M 039 Sia Kini Bagai Nyawa Nyawa Ikan

Persatuan Sepak Takraw M 039 Sia Kini Bagai Nyawa Nyawa Ikan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Sepak Takraw Malaysia yang bagaikan tinggal nyawa nyawa ikan berikutan konflik yang melanda persatuan itu diharap dapat menggunakan ruang yang ada untuk menyelamatkan keadaannya Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof be...
Hiburan Demi Cari Rezeki Lisdawati Bimbang Lihat Suami Rakam Babak Membahayakan Nyawa

Hiburan Demi Cari Rezeki Lisdawati Bimbang Lihat Suami Rakam Babak Membahayakan Nyawa

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 435 hits
Pelakon Lisdawati berasa terharu dan dalam pada masa yang sama juga dia berasa bimbang dengan suaminya Fauzi Nawawi yang juga pelakon sanggup membahayakan diri demi mencari rezeki untuk keluarga Lisdawati 43 memuatnaik video pendek di Insta...
Saya Bukan Zalim Tapi Mahu Lindungi Nyawa Rakyat Muhyiddin

Saya Bukan Zalim Tapi Mahu Lindungi Nyawa Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 403 hits
CYBERJAYA Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukanlah zalim apabila menguatkuasakan semula larangan rentas daerah dan rentas negeri ketika umat Islam mahu menyambut 1 Syawal Sebaliknya tegas Perdana Menteri langkah itu terpaksa dila...
M Sian Man Slammed For Feeding Monkeys Poisoned Food

Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Tanda Kolesterol Tinggi Yang Ramai Tak Sedar

Mp Pas Dicabar Menamakan Biawak Baru Jantan Namanya

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Resepi Tauhu Begedil

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous

Filem Emp4t

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord