Pisang Emas Di Bawa Belayar
Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Siapa ingat pantun tu? Kalau ingat, bagusss! 5 markah!
Tapi kalau ditanya jenis pisang, confirm markah terjun laut dalam. Ngaku je lah, tak tahu jenis-jenis pisang. Bukan tak tahu semua, ada lah tahu juga jenis-jenis pisang yang mudah nak kenal.
Contohnya macam pisang tanduk, pisang yang besar dan panjang. Senang nak kenal. Pisang nipah pula bentuknya tak berapa nak bulat sangat. Dia ada bersegi sikit. Rasanya dua tu je la yang Fiza tahu.
Sekarang dah banyak pisang dikacukkan. Abah Fiza kat kampung tanam pisang tanduk nangka.
Pisang Nangka + Pisang Tanduk = Pisang Tanduk Nangka
Pisang tanduk nangka paling sedap buat kerepek.
Resipi pisang tanduk gorengResipi kerepek pisang tanduk nangkaResipi kek pisang tanduk nangka guna sebiji pisang je!Pisang emas ni kalau tak beritahu nama pisang tu memang tak tahu dia pisang emas. Nama scientific pisang emas adalah Musa acuminata 'Lady Finger'.
Pisang emas boleh buat apa je? Macam-macam boleh dibuat dengan pisang emas ni. Boleh cuba pelbagai resepi pisang emas dari carian google
Cekodok pisang pisang emas gorengSerawa pisang Muffin pisang Kek pisang Kek pisang chocolate chipsLepat pisang Smoothies bananaSerawa/pengat pisang Croissant chocolate bananaApam pisang Lempeng pisangSayur lemak pisangsedap dimakan begitu saja
Pisang emas ni mak bagi last week. Hari rabu kalau tak silap. Tapi lambat betul ye masak pisang emas ni. Lebih seminggu baru semuanya hampir masak.
Bukan ke kalau pisang ni nak masak ambil masa 2-3 hari je dah masak? Ke ikut jenis juga? Siapa tahu tolong jawabkan ye. Terima kasih
Disebalik pembayang pantun pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti.Pisang EmasDiberi nama pisang emas kerana pisang ini unik. Kulitnya berwarna kuning ketika muda sampailah buahnya masak
Pisang membekalkan tenaga yang cepat. Sebiji buah pisang bersaiz sederhana karbohidrat, serat makanan, vitamin B6, potassium dan juga kalium yang baik
Sebab tu kita digalakkan makan pisang jika melakukan aktiviti sukan. Kebanyakkan para atlet akan menjadikan pisang sebagai sumber karbo mereka untuk mendapatkan tenaga dengan cepat dan lebih berkesan
Potassium melancarkan pergerakan otot dengan betul semasa latihan dan juga dapat mengurangkan berlakunya kekejangan
Dibawa BelayarZaman dahulu, pengembara dan pedagang suka berlayar. Meredah laut dan mengembara dalam tempoh yang lama
Ada yang mabuk laut/mabuk ombak. Ikut petua orang dulu, nak hilangkan mabuk dengan makan pisang emas. Pelayar akan membawa pisang emas sebagai bekalan untuk mereka. Untuk tenaga dan juga hilangkan mabuk laut
Masak Sebiji Di Atas PetiPisang emas dikatakan unik sebab buahnya masak sebiji-sebiji bukan terus masak setandan. Sebab itu jugalah pisang emas sesuai untuk pelayaran yang lama. Boleh makan sehari sebiji yang dah masak. Boleh simpan lama lah cerita dia
Lagi pula pisang emas sangat sesuai dan sedap di makan terus. Saiznya yang sederhana juga mudah untuk dibawa semasa pelayaran
Begitulah kisahnya pembayang pantun pisang emas ni.
Maksud hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Dah boleh faham maksudnya kan
Kredit : sumber
Pisang tak sama dengan pishang ye.PISHANGOriginated from the banana fruit in Malay, which is Pisang. The term pishang is used for when someone is really bored or rotting, as of how fast a banana skin would actually rot
Kredit : urbandictionary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/09/pisang-emas-di-bawa-belayar.html