Pinjam Duit Aim Tapi Tak Buat Bisnes


Ambil loan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tapi tak ada buat sebarang bisnes pula…
 
Saya ada seorang kenalan di internet, yang boleh dikatakan setiap minggu pada hari selasa, pasti akan pergi ke sesi perjumpaan dan mesyuarat untuk ahli AIM.
 
Tapi bila saya tanya, sekarang ni buat bisnes apa? Boleh pula dia kata, sekarang ni tak ada buat bisnes apa-apa.

Bila dengar dia kata macam tu, saya cuma boleh kata… “oh… ye ke…”
 
Nak nasihat lebih-lebih pun tak guna juga. Saya tak berada dalam situasi dia berada. Lagipun dia bukannya minta sebarang nasihat dari saya. Kalau saya pandai-pandai nak bagi nasihat, nampak dah macam seorang yang busy body pula.
 
Kalau kita rujuk kepada laman web rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kita boleh lihat sebenarnya ada pelbagai pakej dan skim pembiayaan yang ditawarkan.
 
Ada yang serendah RM1,000 hinggalah yang maksimum RM20,000.
 
Antara matlamat penubuhan AIM ini adalah untuk membantu golongan miskin keluar dari belenggu kemiskinan dengan menyediakan pembiayaan untuk mereka ini melakukan satu ikhtiar hidup yang boleh menambahkan pendapatan.
 
Misalnya, kalau ada keluarga yang datang dari latar belakang yang kita boleh katakan sebagai miskin, AIM ini boleh bantu dengan memberikan mereka pembiayaan jika mereka ingin memulakan perusahaan tertentu.
 
Perusahaan itu mungkin dalam bentuk perniagaan makanan, perniagaan perkhidmatan dan sebagainya. Misalnya satu keluarga yang miskin, dia mungkin nak tawarkan perkhidmatan membersihkan rumah.
 
Untuk tawarkan khidmat tersebut, dia perlu ada kelengkapan seperti bahan pencuci, baldi, kain untuk lap dan sebagainya. Melalui permohonan pembiayaan dari AIM ini, bolehlah keluarga ini beli kelengkapan tersebut.
 
Dalam keluarga saya sendiri, juga ada yang buat pembiayaan dengan pihak AIM ini. Duit yang dipinjam itu, seterusnya digunakan sebagai modal untuk jalankan perniagaan makanan. Makanan yang dijual adalah makanan untuk sarapan pagi, seperti nasi lemak, mee goreng, pelbagai jenis kuih muih.
 
Pembiayaan AIM ini adalah untuk kaum wanita. Saya ada buat pembacaan yang mana sebelum ini, AIM dibuka kepada semua, tapi disebabkan golongan lelaki ni agak liat nak buat pembayaran balik, lebih ramai yang ponteng mesyuarat berbanding kaum wanita, akhirnya pembiayaan ini dibuka kepada kaum wanita sahaja.
 
Golongan yang memohon pembiayaan AIM ini, ada ramai juga yang dari kalangan mereka yang dah berusia 30 an dan keatas. Golongan makcik-makcik kebanyakkannya.
 
Mereka ini, kalau minta kerja sama ada di kilang, kedai makan dan sebagainya, mungkin agak susah nak dapat. Jadi pilihan yang mereka boleh lakukan adalah jalankan ikhtiar perniagaan sendiri. Walaupun mungkin perniagaan yang dijalankan itu berskala kecil, ia masih lagi dianggap cukup baik berbanding tak buat apa-apa kerja yang boleh mendatangkan hasil.
 
Tak kan tak buat bisnes langsung lepas dah pinjam duit AIM? Sebenarnya bukan tak buat bisnes langsung. Ada buat. Cuma bisnes yang dibuat tu jenis bisnes yang bermusim.
 
Macam kenalan saya ni, dia buat bisnes masa hari raya sahaja.
Baca juga: Panduan menjalankan Bisnes Bakeri yang boleh beroperasi hanya dari rumah

 
Bisnes yang dia jalankan ialah bisnes produk-produk bakeri, seperti biskut raya, kek dan sebagainya. Permintaan untuk produk macam ni, memang tinggi semasa musim perayaan. Kalau kebetulan, dekat tempat anda ini memang tak ramai yang boleh buat produk-produk seperti ini, memang tak menang tangan nak siapkan tempahan dari pelanggan.
 
Cuma apabila musim perayaan dah habis, permintaan untuk produk seperti ini makin berkurangan, dan sampai satu tahap, tak ada lagi pelanggan yang nak buat tempahan. Mungkin sebab itu, kawan saya ni dah tak buat sebarang bisnes.
 
Saya pula berpendapat, bisnes macam ni kita kena selalu buat. Pemasaran pun kena sentiasa dijalankan. Kadang-kadang bila kita berhenti buat pemasaran, orang akan salah anggap yang kita dah tak buat bisnes tu.
 
Ada juga keadaan yang mana, bakal pelanggan hanya timbul minat dan keinginan nak beli barang yang kita jual sebab dia tengok gambar yang kita kongsikan di media sosial nampak menggiurkan.
 
Bila kita stop bisnes yang kita buat, pendapatan yang boleh dijana dari bisnes itu juga akan stop. Bila dah stop buat duit, dari mana kita nak dapat duit untuk bayar semula duit yang dipinjam?
 
Hutang itu tetap perlu dibayar. Kalau bisnes dah tak jalan, maka terpaksalah kita cari sumber lain untuk bayar hutang. Melainkan kalau kita dah buat pengiraan, hasil daripada bisnes yang dibuat, telah kita asingkan lebih awal untuk kegunaan bayar hutang.
 
Kalau situasinya macam ini, tak ada masalah untuk stop bisnes lebih awal. Tetapi, saya lebih suka kalau orang kita bila berniaga, dia think big. Dia berfikiran besar.
 
Buat bisnes atau berniaga bukan setakat nak cukup makan. Sebaliknya buat bisnes dengan impian untuk jadikan bisnes yang kecil pada peringkat permulaan, jadi makin besar.
 
Mungkin, kita boleh belajar serba sedikit perkara dari kisah perniagaan Mydin. Saya syorkan baca buku MYDIN – The Untold Story. Kalau kita tak akan berjaya buka bisnes sebesar itu sekalipun, setidak-tidaknya kita berfikiran besar dan tidak dihadkan pada pemikiran kecil-kecil semata.
 
 
The post Pinjam duit AIM tapi tak buat bisnes appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/pinjam-duit-aim-tapi-tak-buat-bisnes/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Mak Mertua Ratus Ribu Dalam Bank Aku Tahu Sebab Akulah Yang Bawak Dia Pergi Bank Tapi Sakit Sakit Pun Kdekut

Duit Mak Mertua Ratus Ribu Dalam Bank Aku Tahu Sebab Akulah Yang Bawak Dia Pergi Bank Tapi Sakit Sakit Pun Kdekut

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 451 hits
Suami aku terpaksa berhenti kerja dah nak masuk 4 tahun sbb nak jaga parents dia sakit dek kerana dia anak lelaki sulong Kedua2 mertua aku sakit Tp pak mertua meningggal last two years Tinggal mak mertua jer skrg tak boleh berjalan Dialisis...
Ciri Aplikasi Pinjam Uang Online Uang Langsung Cair Tapi Jahat

Ciri Aplikasi Pinjam Uang Online Uang Langsung Cair Tapi Jahat

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 409 hits
Sekarang ini banyak sekali aplikasi pinjam uang online dan uangnya bisa langsung cair dengan syarat yang sangat mudah tidak berbelit cepat sekali prosesnya dan uang yang bisa dipinjam juga sangat fleksibel Dengan berbagai kemudahan yang dit...
Djarot Bung Karno Secara Fisik Sudah Wafat Tapi Tetap Bisa Menghidupi Warga Blitar

Djarot Bung Karno Secara Fisik Sudah Wafat Tapi Tetap Bisa Menghidupi Warga Blitar

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 196 hits
Jadi kalau warga bilang Bung Karno menghidupi ya memang benar Bung Karno memang secara fisik sudah wafat Tapi betul betul bisa menghidupi warga Blitar raya Karena setiap tahun bisa jutaan orang yang datang ke Blitar kata Djarot
Saya Memang Rancang Nak Kahwini Dia Tapi

Saya Memang Rancang Nak Kahwini Dia Tapi

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 303 hits
Selepas berakhirnya konsert final Gegar Vaganza 5 Zamani mendedahkan yang beliau kini sedang menghidapi penyakit Skoliosis yang mengakibatkan tulang belakang membengkok Selain The post appeared first on
Kaya Sebab Menang Loteri Tapi Akhirnya Dipenjara

Kaya Sebab Menang Loteri Tapi Akhirnya Dipenjara

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 365 hits
21 11 18 Warga Amerika Syarikat dan Eropah amat gemar membeli undian loteri Mereka tergiur dengan hadiah loteri yang boleh mencapai ratusan ribu Cara instan menjadi jutawan tanpa ribet kerja menang loteri begitu fikir mereka Dikutip dari Ko...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation