Pindaan Kepada Akta Kerja 1955


Sebagaimana yang telah diumumkan dan diwartakan, Akta Kerja 1955 telah pun dipinda dan pindaan tersebut berkuatkuasa pada 1 Januari 2023. Pindaan kepada Akta Kerja 1955 ini hanya terpakai kepada para pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Para pekerja di Sabah dan Sarawak perlu menunggu sehingga pindaan dibuat terhadap Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.
Di sini kami senaraikan sebahagian kesan akibat pindaan tersebut yang mesti diambil perhatian oleh para pekerja yang berkaitan.
Pemakaian Akta Kerja 1955 Sebelum PindaanSiapakah yang akan menikmati faedah akibat pindaan-pindaan tersebut?
Sebelum Pindaan A1651, Akta Kerja 1955 hanya terpakai kepada:
(1) Pekerja yang bergaji RM2,000 dan ke bawah; atau
(2) Jika gaji melebihi RM2,000, dia hendaklah pekerja yang:
berkerja secara ‘manual’ iaitu kerja yang sepenuhnya atau lebih banyak menggunakan tenaga/kekuatan atau tangan, dan kurang melibatkan aktiviti menganalisa atau berfikir;bekerja menggunakan jentera mekanikal;menyelia pekerja manual;bekerja di atas kapal yang berdaftar di Malaysia; ataupekerja domestik.Selepas Pindaan kepada Akta Kerja 1955Selepas 1 Januari 2023, melalui pindaan kepada Jadual Pertama Akta Kerja, Akta Kerja 1955 terpakai kepada:
Sesiapa yang telah memasuki kontrak kerja (“contract of service”)Ini bermaksud, Akta Kerja terpakai kepada SEMUA PEKERJA di Semenanjung Malaysia dan W.P. Labuan, tanpa mengira gaji.
WALAU BAGAIMANAPUN, bagi pekerja yang:
menerima upah melebihi RM4,000; danbukan pekerja yang berkerja secara ‘manual’*, bekerja di atas kapal yang didaftarkan di Malaysia atau pekerja domestik;

mereka dikecualikan dari menikmati faedah-faedah berikut:
Bayaran bagi kerja pada hari cuti rehat;Bayaran lebih masa bagi kerja melebihi waktu kerja biasa;Apa-apa peraturan yang boleh dibuat oleh Menteri berkaitan dengan kelayakan elaun semasa kerja shif;Bayaran bagi kerja yang dilakukan pada cuti umum;Jika cuti umum jatuh pada setengah hari kerja, kiraan ORP hendaklah pada kadar gaji penuh; danPeraturan Penamatan Kerja dan Pemberhentian Sementara


Takrif “Upah”Apakah takrif “Upah” menurut Akta Kerja? Adakah bonus, komisyen, dan sebagainya, dikira sebagai “Upah”?Takrif “Upah” untuk tujuan di atas adalah seperti yang dinyatakan dalam S.2 Akta Kerja tetapi tidak termasuk bayaran komisyen, elaun sara diri dan bayaran lebih masa (commission, subsistence allowance and overtime payment).


Di dalam artikel kami ‘Cuti Sakit Berbayar‘ ada disebutkan mengenai proviso Seksyen 60F(1) yang mana jika terdapat hospitalisasi (pekerja dimasukkan ke dalam hospital bagi menerima rawatan), maka jumlah cuti sakit berbayar (termasuk hospitalisasi) terhad kepada 60 hari pada satu tahun kalendar.
Namun, di bawah peruntukan baru (Pindaan 2022), setiap pekerja akan berhak kepada cuti sakit 14 hari (18 hari atau 22 hari, bergantung kepada tempoh berkhidmat) dan cuti hospitalisasi 60 hari. Kiraan cuti hospitalisasi selepas pindaan berkuatkuasa tidak lagi termasuk cuti sakit.
Ertinya, jika pekerja telah mendapat 14 hari cuti sakit, beliau masih layak untuk mendapat 60 hari cuti hospitalisasi.



Cuti bersalin telah ditambah dari 60 hari kepada 98 hari.
Bagi pekerja wanita yang layak kepada cuti bersalin (sama ada layak mendapat elaun bersalin atau tidak) tetapi ingin kembali bekerja sebelum tamat tempoh cuti bersalin tersebut, boleh berbuat demikian sekiranya:
mendapat persetujuan majikan; dandisahkan cukup sihat untuk bekerja oleh pegawai perubatan berdaftarMenurut S.41A, adalah merupakan suatu kesalahan bagi majikan yang menamatkan perkhidmatan atau memberikan notis penamatan perkhidmatan kepada pekerja wanita yang sedang hamil atau yang sedang mengalami keuzuran diakibatkan oleh kehamilan tersebut, kecuali atas sebab:
pelanggaran syarat perkhidmatan di bawah S.13(2);salah laku di bawah S.14(1); ataupentupan perniagaan majikan.Beban pembuktian terletak pada majikan.
Perlindungan untuk pekerja wanita kini termasuk semasa sedang hamil.


Cuti Paterniti adalah satu faedah baru yang dimasukkan dalam Akta Kerja. Ia tidak terdapat di dalam mana-mana versi Akta Kerja mahupun Ordinan Buruh yang terdahulu. Ia dimasukkan menerusi satu peruntukan baru iaitu Seksyen 60FA yang memberikan cuti paterniti bergaji selama 7 hari berturut-turut dari tarikh kelahiran bayi kepada pekerja lelaki yang telah berkahwin bagi setiap anak yang baru dilahirkan.
Seksyen 60FA (2) menetapkan cuti 7 hari ini sehingga maksima 5 orang anak sahaja, tanpa mengira jumlah isteri pekerja tersebut.
Syarat-syarat lain untuk menikmati faedah ini adalah:-
Pekerja lelaki itu telah pun berkerja selama 12 bulan berturut-turut dengan majikan yang sama sebelum memulakan cuti paterniti; dantelah memaklumkan kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi.Di dalam artikel kami ‘Masa Kerja dan Kerja Lebih Masa‘ ada kami nyatakan yang tempoh masa kerja buat seseorang pekerja dalam seminggu adalah tidak melebihi 48 jam – Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955. Apa-apa kerja yang dilakukan (atas arahan majikan) selepas tempoh ini, hendaklah dibayar mengikut kadar yang ditetapkan yang lebih tinggi dari kadar biasa).
Di bawah Akta Kerja (Pindaan) 2022 [Akta A1651], peruntukan tersebut telah dipinda dengan had maksima kerja 48 jam diturunkan kepada 45 jam sahaja seminggu.
Menurut mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, pindaan itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) (Sumber: Harian Metro).
Peruntukkan ini adalah terpakai untuk semua pekerja biarpun tidak semua pekerja layak kepada bayaran kerja lebih masa (OT rates) seperti yang disebut di atas (rujuk kecualian di atas).
Satu lagi peruntukan baru yang tidak terdapat dalam versi Akta Kerja terdahulu adalah Aturan Kerja Fleksibel (AKF). Peruntukan ini dimasukkan menerusi Bahagian XIIb yang mengandungi seksyen baru iaitu Seksyen 60P dan 60Q.
Menerusi peruntukan baru ini, pekerja boleh mengemukakan surat permohonan kepada majikan sama ada untuk memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja atau tempat kerja (contohnya bekerja dari rumah). Majikan pula perlu memberi jawapan bertulis dalam tempoh 60 hari dari tempoh permohonan. Dalam surat jawapan bertulis tersebut, majikan perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan (bersama dengan alasan penolakan).


Berlainan dengan peruntukan lain, Seksyen 60P dan 60Q tidak mengikat majikan untuk melaksanakan AKF. Tiada kesan yang disebut dalam Seksyen tersebut jika permohonan pekerja ditolak asalkan majikan memberi jawapan bertulis untuk menolak permohonan pekerja. Ini diakui oleh mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, yang dipetik dari Akhbar Berita Harian sebagai menyatakan “keputusan kerajaan dalam AKF tidak ‘mengikat’ majikan dan ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing“.
Di bawah Akta Kerja (Pindaan) 2022 ini juga telah dimasukkan peruntukan berkenaan aduan mengenai diskriminasi. Seksyen baru, (69F) memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk menyiasat dan menyelesaikan pertikaian antara pekerja dan majikan dalam soal diskriminasi di tempat kerja.
Amnya, pekerja hanya perlu membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan menampilkan bukti-bukti bagi menyokong tuntutannya. Jika pekerja berjaya dalam tuntutan, Ketua Pengarah boeh membuat arahan kepada majikan untuk melaksanakannya. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan majikan boleh didenda RM50,000.
Untuk rekod, perkataan ‘diskriminasi‘ tidak ditakrifkan dalam Akta Kerja. Oleh itu, kami berpendapat adalah terpulang kepada Ketua Pengarah untuk menentukan sama ada aduan adalah selaras dengan peruntukan Akta ini.
Di bawah Seksyen 90B (satu lagi seksyen baru), mana-mana majikan yang melakukan kesalahan ini boleh didenda RM100,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.
Buruh Paksa didefinisikan di bawah Akta baru ini sebagai “Any employer who threatens, deceives or forces an employee to do any activity, service or work and prevents that employee from proceeding beyond the place or area where such activity, service or work is done“.
Kata kunci di sini ialah mengugut, menipu atau memaksa pekerja melakukan aktiviti tertentu dan menghalang pekerja meninggalkan tempat aktiviti itu dilakukan.

Seksyen 60K Akta Kerja telah dipinda oleh Akta (Pindaan) 2022 dengan memberikan kuasa tambahan kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja dalam soal penggajian pekerja asing. 60k(1) menyatakan majikan tidak boleh menggajikan pekerja asing tanpa kelulusan terdahulu Ketua Pengarah.
Asasnya, seksyen ini bertindak sebagai saringan awal yang efektif kepada majikan. Ia bagi memastikan majikan-majikan yang bakal mengambil pekerja asing di negara ini mempunyai rekod yang bersih dari aspek kepatuhan kepada standard-standard perburuhan [Sumber: Malaysia Gazette].
Untuk itu, Pusat Sehenti (OSC) dan Sistem Satu Saluran (OCS) diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia. Namun baru-baru ini, OSC dilaporkan telah diletakkan kembali di bawah Kementerian Dalam Negeri. Oleh itu, kami kurang pasti mekanisma yang digunakan sekarang (setakat 28hb Disember 2022).   


Seksyen 81H adalah berkenaan notis mengenai gangguan seksual. Ia adalah satu seksyen yang ringkas yang mewajibkan majikan untuk mempamerkan notis mengenai gangguan seksual ditempat kerja untuk meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual. Perincian notis dan jenis media bagi menyebarkan notis ini tidak dinyatakan. Mungkin satu sekular ringkas di papan notis adalah memadai bagi majikan.
Untuk makluman, Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) telah diwartakan pada 18hb Oktober 2022 yang lalu dan dikuatkuasakan secara berperingkat.

Dalam artikel Upah Dan Gaji, ada dinyatakan upah (gaji) pekerja hendaklah dibayar ke dalam akaun bank pekerja [Sekesyen 25(1)]. Seksyen 25A membenarkan gaji dibayar secara tunai atau cek tertakluk kepada permintaan bertulis pekerja. Ini penting buat pekerja yang tidak mempunyai akaun bank (bankrupt atau pekerja asing).

Di bawah peruntukan lama, kelulusan Ketua Pengarah tidak diperlukan kecuali bagi pekerja domestik (orang gaji/tukang kebun di rumah, dsb).
Di bawah pindaan akta (S.25), SEMUA pekerja yang mahukan pembayaran gaji selain dari menerusi pembayaran ke dalam akaun bank perlu membuat permintaan bertulis kepada majikan dan majikan perlu mendapatkan kelulusan dari Ketua Pengarah.
Perkataan ‘bank‘ dalam seksyen ini juga digantikan dengan ‘institusi kewangan‘ bermakna bayaran gaji boleh dibuat ke mana-mana akaun pekerja di mana-mana institusi kewangan yang ditubuhkan di bawah Banking and Financial Institutions Act 1989, Financial Services Act 2013, Islamic Financial Services Act 2013 dan Development Financial Institutions Act 2002 [Para 6 Akta Kerja (Pindaan) 2022].

Seksyen 18A dimasukkan bagi memudahkan majikan dan pekerja membuat kiraan dalam kes pekerja (bergaji bulan) berkerja tidak cukup sebulan. Seksyen ini juga memberikan empat situasi seperti berikut:-
apabila pekerja memulakan tugas bukan pada hari pertama bulan tersebut. Contoh: Masuk kerja pada 5hb Januari 2023 atau 20hb Februari 2023;apabila pekerja ditamatkan perkhidmatan sebelum hujung bulan. Contoh: Diberhentikan kerja pada 28hb Januari 2023 atau bersara pada 10hb Januri 2023.apabila pekerja mengambil cuti tanpa gaji pada bulan tersebut;apabila pekerja dipanggil untuk khidmat negara dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.Untuk situasi di atas, gaji pekerja hendaklah dikira menggunakan formula berikut:-

* Tempoh gaji – Contoh gaji bulan Februari dari 1hb sehingga 28hb Februari = 28 hari.

Bagi mengelakkan majikan mengambil kesempatan terhadap anak muda melalui kontrak perantisan yang pendek, pindaan telah dibuat kepada Seksyen 2. Maksud kontrak perintisan bukan lagi kurang dari dua tahun. Di bawah Akta Kerja (Pindaan), kontrak perintisan hendaklah minima 6 bulan dan maksima 24 bulan.

Sesuai dengan peredaran masa realiti masa kini, BAHAGIAN VIII berkenaan sekatan pekerjaan terhadap pekerja wanita, seperti kerja waktu malam dan kerja bawah tanah, telah dimansuhkan.

Blog ini telah menulis dengan panjang lebar mengenai kontrak kerja dalam artikel “Kontrak Pekerjaan“. Ada dinyatakan mengenai isu ‘contract of service‘ dan ‘contract for service‘. Anda boleh baca artikel tersebut untuk memahami lebih lanjut kedua-dua kontrak itu. Amnya, mereka yang diambil berkerja di bawah ‘contract of service‘ sahaja yang dikira sebagai ‘Pekerja‘ di bawah Akta Kerja 1955 dan layak kepada feadah-faedah dan perlindungan di bawahnya.
Sebelum pindaan Akta, mahkamah telah melihat pelbagai kes bagi menentukan sama ada seseorang pekerja itu di bawah ‘contract of service‘ atau tidak. Ingat, walau apa pun yang tertulis di kontrak tidak bermakna ia akan diterima bulat-bulat oleh mahkamah. Tindak-tanduk dan hubungan antara pekerja dan majikan akan diteliti dalam menentukan jenis kontrak yang dimasuki antara mereka.
Seksyen 101C yang baru dimasukkan menyatakan:
(1) In any proceeding for an offence under this Act, in the absence of a written contract of service relating to any category of employee under the First Schedule, it shall be presumed until the contrary is proved that a person is an employee—
(a) where his manner of work is subject to the control or direction of another person;
(b) where his hours of work are subject to the control or direction of another person;
(c) where he is provided with tools, materials or equipments by another person to execute work;
(d) where his work constitutes an integral part of another person’s business;
(e) where his work is performed solely for the benefit of another person; or
(f) where payment is made to him in return for work done by him at regular intervals and such payment constitutes the majority of his income.
Kriteria yang disebut di atas adalah penting dalam situasi di mana tiada kontrak kerja bertulis kerana:-
Hanya mereka yang di bawah ‘contract of service‘ layak kepada faedah-faedah di bawah Akta;Seksyen ini menggariskan situasi-situasi yang mana seseorang itu dianggap pekerja (di bawah ‘contract of service‘).Ia juga menggariskan situasi-situasi yang mana seseorang itu adalah majikan.Sebaik sahaja anggapan ini berkuatkuasa, maka beban pembuktian adalah di pihak satu lagi untuk membuktikan sebaliknya.
Contohnya:
101C(1)(b) – Waktu kerja A dikawal oleh B.A perlu hadir ke tempat kerja pada masa yang ditetapkan oleh B.Maka, anggapan adalah = A ialah pekerja B di bawah contract of service.Jika A membawa tuntutan ke Jabatan Tenaga Kerja yang B tidak memberikannya faedah di Akta Kerja, maka beban pembuktiaan adalah pada B jika dia mengatakan bahawa A tidak berkerja di bawah contract of service walaupun kontrak mereka adalah bukan contract of service.

Penalti am bagi sesuati kesalahan di bawah Akta Kerja dan penalti bagi kegagalan untuk mematuhi keputusan atau arahan Ketua Pengarah telah ditingkatkan dari RM10,000 kepada RM50,000.
Setakat ini sahaja perkongsian kami berkenaan Pindaan kepada Akta Kerja 1955.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nesan03.blogspot.com/2023/01/pindaan-kepada-akta-kerja-1955-pindaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Cara Cara Menjadi Pegawai Terbaik Di Tempat Kerja Baru

Tips Cara Cara Menjadi Pegawai Terbaik Di Tempat Kerja Baru

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 305 hits
Sifat sombong pegawaiSha nak kongsikan antara tips cara cara menjadi pegawai terbaik di tempat kerja baru Supaya tidak digelar pegawai sombong dan dibenci oleh bawahan Sha share dahulu ya tiada masa untuk rungkaikan satu persatu atau susun ...
Rekalibrasi Tenaga Kerja 2 0 Pengambilan Pekerja Asing 2023

Rekalibrasi Tenaga Kerja 2 0 Pengambilan Pekerja Asing 2023

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 487 hits
REKALIBRASI TENAGA KERJA 2 0 PERMOHONAN DIBUKA 27 JANUARI 2023 Pada 10 Januari lepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi...
Bagikan Gerobak Di Jabar Tgb Umkm Membuka Lapangan Kerja

Bagikan Gerobak Di Jabar Tgb Umkm Membuka Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 190 hits
Sejumlah pelaku usaha mikro kecil dan menengah di Jawa Barat mendapat bantuan gerobak dan modal usaha dari Partai Persatuan Indonesia Ketua Harian Nasional DPP Partai Perindo TGB Muhammad Zainul Majdi mengatakan bantuan tersebut untuk membu...
Langsung Ucapan Pm Pada Majlis Jamuan Negeri Sempena Lawatan Kerja Ke

Langsung Ucapan Pm Pada Majlis Jamuan Negeri Sempena Lawatan Kerja Ke

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 110 hits
Sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuching Sarawak beliau menghadiri dan berucap pada majlis makan malam jamuan negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching
Buka Brilian Internship Program Lagi Bri Persiapkan Generasi Muda Hadapi Dunia Kerja

Buka Brilian Internship Program Lagi Bri Persiapkan Generasi Muda Hadapi Dunia Kerja

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 172 hits
Periode pendaftaran magang Kampus Merdeka Cycle 4 telah dibuka sejak 13 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023
Cipta Peluang Kerja

Cipta Peluang Kerja

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 347 hits
Assalamualaikum Hai Kalau korang nak tahu aku ni memang suka follow depa yang menulis panjang panjang tentang macam macam ilmu mengikut kepakaran masing masing kat Facebook Ada doktor nurse kaunselor cikgu ustazah professor therapist bisnes...
Kata Kerja Yang Bisa Diubah Menjadi Kata Benda

Kata Kerja Yang Bisa Diubah Menjadi Kata Benda

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 163 hits
Dalam belajar Bahasa Inggris pastinya Anda sudah tidak asing lagi dengan noun atau kata benda Nah ternyata noun juga bisa berasal dari kata kerja yang bisa diubah menjadi kata benda Bagi Anda yang belum tahu kata kerja apa saja yang bisa di...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco