Pil Perancang Lelaki Pertama Sperma Direhatkan Tanpa Ganggu Hormon


Pil perancang lelaki pertama lulus ujian manusia, sperma ‘direhatkan’ tanpa ganggu hormon! Inilah harapan baharu dalam dunia perancangan keluarga yang lebih seimbang.
Selama ini, bila bercakap tentang perancang kehamilan, kaum wanitalah yang sering memikul tanggungjawab sepenuhnya. Dari pil hormon, suntikan, implan hinggalah kepada alat dalam rahim (IUD), semua pilihan terletak di tangan wanita. Namun kini, berita baik buat para ibu dan juga para bapa. Satu inovasi baharu mungkin bakal mengubah landskap perancangan keluarga.

Para saintis telah berjaya mencipta pil perancang untuk lelaki yang pertama seumpamanya dan lebih menarik, ia tidak melibatkan sebarang perubahan hormon atau prosedur kekal seperti vasektomi.
APA ITU PIL YCT-529? Pil ini dikenali sebagai YCT-529, ia merupakan ubat eksperimen yang dibangunkan oleh syarikat bioteknologi, YourChoice Therapeutics. Fungsinya adalah untuk menghentikan sementara pengeluaran sperma tanpa menjejaskan hormon lelaki seperti testosteron.
Ia bertindak dengan menyekat sejenis protein yang penting dalam proses penghasilan sperma, dikenali sebagai Retinoic Acid Receptor Alpha. Yang paling melegakan, kesan ini boleh dipulihkan sepenuhnya selepas pil dihentikan. Jadi ia tidak menjejaskan kesuburan jangka panjang.
HASIL KAJIAN KE ATAS HAIWAN Dalam ujian ke atas tikus jantan, penggunaan pil ini telah berjaya mengurangkan penghasilan sperma secara signifikan dan menyebabkan ketidaksuburan sementara. Apabila rawatan dihentikan, kesuburan pulih dalam masa empat minggu sahaja. Malah, kadar keberkesanan pencegahan kehamilan mencecah 99% apabila tikus jantan yang dirawat mengawan dengan betina.
SELAMATKAH UNTUK MANUSIA? Setakat ini, keputusan ujian klinikal manusia pertama sangat positif. Seramai 16 lelaki sihat berumur antara 32 hingga 59 tahun kesemuanya telah menjalani vasektomi telah menyertai kajian ini.
Menurut pengasas bersama YourChoice Therapeutics, Dr Nadja Mannowetz, mereka mengambil langkah berhati-hati kerana ini adalah kali pertama pil perancang lelaki tanpa hormon diuji ke atas manusia. Kajian ini bukan bertujuan untuk mengukur keberkesanan mencegah kehamilan, tetapi untuk memastikan ubat ini selamat digunakan dan berfungsi seperti yang dirancang dalam tubuh.
APA MAKNANYA UNTUK IBU DAN AYAH? Kehadiran pil ini membuka harapan baharu dalam perancangan keluarga. Suami dan isteri kini boleh berkongsi tanggungjawab dengan lebih adil. Isteri tidak lagi perlu menanggung beban perubahan hormon yang kerap memberi kesan sampingan seperti peningkatan berat badan, emosi tidak stabil, atau masalah haid.
Pil ini juga boleh memberi kelegaan kepada pasangan yang belum bersedia menambah cahaya mata, namun masih mahu mengekalkan hubungan suami isteri yang sihat dan harmoni.
MASIH PERLU BERHATI-HATI Walaupun pil ini memberikan sinar baru, ia masih dalam fasa kajian. Sekiranya diluluskan dalam masa beberapa tahun akan datang, ia bakal menjadi pilihan baharu dalam senarai perancang keluarga yang lebih mesra lelaki.
Namun, ibu dan ayah harus sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mencuba apa-apa kaedah kontraseptif baharu. Ingat, matlamat utama perancangan keluarga adalah untuk memastikan kebajikan, kesihatan dan kestabilan hubungan suami isteri terus terpelihara.
Pa&Ma Nasihatkan:
🌸 Perancangan keluarga adalah tanggungjawab bersama.
🌸 Jangan takut berbincang dengan pasangan tentang pilihan terbaik.
🌸 Dapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan profesional kesihatan.
🌸 Pil perancang lelaki bukan pengganti kondom – ia masih penting untuk elak jangkitan penyakit.
Jika semuanya berjalan lancar, dunia mungkin bakal menyaksikan perubahan besar dalam perancangan keluarga. Bukan lagi satu beban untuk wanita semata-mata, tetapi satu usaha bersama antara suami isteri demi masa depan keluarga yang lebih bahagia.
Sumber: New York Post


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pil-perancang-lelaki-pertama-sperma-direhatkan-tanpa-ganggu-hormon/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Bekas Kekasih Tapi Baru Kali Ini Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga

13 Bekas Kekasih Tapi Baru Kali Ini Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 239 hits
Pelakon remaja Qistina Raisah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi detik menyentuh hati menerima jambangan bunga mawar merah daripada teman lelakinya Afiq Rosli Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok Qistina atau nama penuhnya...
Rabies Di Bali Naik Ini Pertolongan Pertama Untuk Rabies Yang Wajib Kamu Tahu

Rabies Di Bali Naik Ini Pertolongan Pertama Untuk Rabies Yang Wajib Kamu Tahu

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 281 hits
Bali belum lama ini menjadi sorotan setelah dirilisnya peringatan Rabies red zone di sejumlah kawasan wisata populer termasuk sebagian besar dari wilayah Kuta Selatan Peringatan ini dikeluarkan setelah penemuan 1 2 anjing yang positif Rabie...
Putri Qisya Bangkit Dari Duka Raih 7a Tempat Pertama Dalam Kelas

Putri Qisya Bangkit Dari Duka Raih 7a Tempat Pertama Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 180 hits
Anak sulung kepada enam beranak yang terkorban dalam tragedi lemas di Terusan Sungai Korok awal Julai lalu ini membuktikan bahawa duka bukan penghalang untuk terus berjaya Baru sahaja dua hari kembali ke sekolah selepas kehilangan besar dal...
Hiburan 11 Bulan Sorokkan Wajah Anak Mk Akhirnya Dedah Buat Kali Pertama

Hiburan 11 Bulan Sorokkan Wajah Anak Mk Akhirnya Dedah Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 241 hits
Melalui laporan Kosmo penyanyi rap dikenali ramai iaitu MK akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya pada konsert Duo Terhangat McDonalds di McDonalds Putrajaya Presint 2 DT semalam Difahamkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin mel...
Rashford Tampil Kali Pertama Bersama Barcelona

Rashford Tampil Kali Pertama Bersama Barcelona

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 219 hits
Rashford tampil kali pertama bersama Barcelona RASHFORD kali pertama tampil bersama Barcelona FOTO FB BARCELONA FC Kobe Marcus Rashford membuat penampilan pertamanya bersama Barcelona ketika meraih 3 1 ke atas pasukan Liga J Jepun Vissel Ko...
Content Forum Jadi Organisasi Pertama Malaysia Sertai Program Priority Flagger Google

Content Forum Jadi Organisasi Pertama Malaysia Sertai Program Priority Flagger Google

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 248 hits
Google mengumumkan bahawa Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjadi organisasi pertama di negara ini menyertai Program Priority Flagger satu inisiatif global bagi memperkukuh keselamatan digital di platform Google dan YouTu...
Fasa Pertama Kilang Infineon Rm30 Bilion Siap Bukti Potensi Jadi Realiti

Fasa Pertama Kilang Infineon Rm30 Bilion Siap Bukti Potensi Jadi Realiti

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 230 hits
Pelaburan RM30 Infineon di Kulim Kedah yang diluncur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah menjadi realiti dengan penawaran 1 500 peluang pekerjaan Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 28 Jul Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz m...
Jumaat Pertama Di Kota Mekah Almukarramah

Jumaat Pertama Di Kota Mekah Almukarramah

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 272 hits
Assalammualaikum Y a Allah sekejap jew dah Jumaat rasa macam semalam jew landing kat Jeddah hik hikhikMasyaAllah Pandangan biasa Alhamdulillah Rutin harian macam biasa subuh tawaf sunat sarap masuk bilik kemas apa yang patut baju pun hantar...
Bella Astillah Simpan Gambar Pertama Jumpa Syed Saddiq

Bella Astillah Simpan Gambar Pertama Jumpa Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 193 hits
Bella Astillah Simpan Gambar Pertama Jumpa Syed Saddiq Pelakon Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan bahawa dia masih menyimpan gambar ketika pertama kali bertemu dengan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed...
Hak Menulis Di Media Sosial

Mariam Meenachi

Minum Petang Di Toastma Kopitiam

Hari Malaysia Sara One Off

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Izin Untuk Menangis

Motif Cemburu Disyaki Punca Pembunuhan Kejam Di Guar Chempedak

Amira Othman Sah Isteri Fattah Amin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berhujung Minggu Di Malaysia

Startup Challenges Founders Face

Dadih Keladi

Hiburan Mungkin Dia Terlalu Rindu Fattah Amin Kongsi Momen Disebalik Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Nikah

Poster Boy Pas Cari Calon Luar Lori

Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni