Ph Yang Janji Tak Akan Ada Lantikan Politik Bukan Pn Najib




Najib Razak menempelak para pemimpin PH yang tidak habis-habis bercakap mengenai pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang membuat siri pelantikan politik untuk mengetuai badan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Dakwa Najib, sebelum PRU14 pada 2018 PH mengikrarkan janji bertulis untuk mengakhiri semua lantikan politik dan ini tidak seperti kerajaan PN.
“PH yang janji tak akan ada lantikan politik jika menang.
“PH yang mungkir janji dengan membuat lantikan politik secara berbaris-baris,” katanya.
Pada hantaran Facebooknya, Najib berkongsi beberapa laporan berita yang memetik kenyataan para pemimpin PH, termasuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang selepas mengambil alih kuasa pada 2018 berkata PH akan meneruskan dasar pelantikan politik individu yang berkelayakan.
Selain Mahathir, Najib berkongsi tajuk berita dari Oktober tahun lepas yang memetik bekas timbalan menteri Sivarasa Rasiah sebagai berkata PH “tidak pernah berjanji” untuk menghapuskan lantikan politik.
Begitu juga, Najib menegaskan bagaimana Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir juga mempertahankan tindakan itu, dilaporkan berkata “lantikan politik perlu dilihat secara positif.”
“Last-last (akhirnya), PH tuntut PN tepati janji yang PH mungkir. Hang fikir?” Kata Najib menyindir.
Dalam hantaran berasingan, Najib mendakwa pelantikan Pengerusi DAP Tan Kok Wai sebagai duta khas Malaysia ke China adalah satu lagi contoh janji yang tidak ditepati PH.
Tan dalam temu bual bersama Malaysiakini, tidak lama selepas keruntuhan pentadbiran PH berkata bahawa anggota dan pemimpin DAP tidak akan melepaskan jawatan mereka di dalam badan kawal selia yang diletakkan di semua peringkat kerajaan.
Bercanggah dengan dakwaan Najib, janji PH nombor 22 dalam Buku Harapan hanya menyatakan: “Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.”
Dokumen Buku Harapan tidak ada menyebut langsung mengenai menghapuskan pelantikan politik dalam jawatan lain.
Perhatian terbaru mengenai pelantikan politik dalam jawatan kerajaan susulan spekulasi pelbagai profesional yang menerajui GLC dan entiti berkaitan kerajaan akan digantikan oleh ahli politik PN.
Antaranya, Anggota Parlimen Machang Ahmad Jazlan yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia menggantikan veteran industri Bakke Mohd Salleh yang dilaporkan telah diarahkan oleh kerajaan untuk mengosongkan jawatannya.
Semalam, dilaporkan juga bahawa semua anggota parlimen yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan akan dilantik mengetuai GLC, menurut Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, yang juga menteri (undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/13/ph-yang-janji-tak-akan-ada-lantikan-politik-bukan-pn-najib/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ph-yang-janji-tak-akan-ada-lantikan-politik-bukan-pn-najib

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Berang Kelantan Lebih Utamakan Pkd Penjawat Awam Staf Lantikan Politik

Rakyat Berang Kelantan Lebih Utamakan Pkd Penjawat Awam Staf Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 296 hits
ARIF ATAN Inisiatif bagi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Kelantan dilihat tidak memuaskan hati rata rata rakyat di negeri pantai timur Semenanjung itu Mereka menyifatkan kerajaan negeri Kelantan yang diterajui Pas terla...
Pakatan Harapan Nak Kritik Lantikan Politik Yang Perikatan Nasional Buat

Pakatan Harapan Nak Kritik Lantikan Politik Yang Perikatan Nasional Buat

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 394 hits
SEDANGKAN PH YANG MENJANJIKAN TIADA LANTIKAN POLITIK DALAM KERAJAAN ERA MEREKA PUN BOLEH DICAPATIKAN PH sekarang sedang mainkan isu lantikan politik kerajaan PN Masa PRU14 PH janji bertulis bahawa mereka tidak akan buat lantikan politik Tet...
Glc Lantikan Politik

Glc Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 246 hits
1 Antara lantikan politik atau teknokrat professional yang manakah sesuai untuk mengetuai GLC Kita bicara mengenai logik terlebih dahulu sebelum kaitkan dengan sentimen politik 2 GLC memerlukan kepakaran teknokrat dan professional untuk men...
Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 341 hits
Perkara asas yang kita kena faham adalah dalam negara membangun kerajaan merupakan watak utama yang menggerakkan ekonomi Dan kerajaan melakukannya melalui GLC dan GLIC GLC GLIC ini berperanan menyambut dan melaksanakan segala polisi ekonomi...
Najib Harus Terangkan Mana Riza Aziz Dapat Duit Untuk Berjoli Di Amerika

Najib Harus Terangkan Mana Riza Aziz Dapat Duit Untuk Berjoli Di Amerika

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 338 hits
SEMALAM sahlah KECURIAN duit rakyat berlaku melalui skandal 1MDB apabila Amerika Syarikat MEMULANGKAN US 300 juta kepada Malaysia Tak mungkin Amerika bagi DERMA seperti Najib Razak dapat sebanyak RM2 6 bilion dulu Tak adalah Amerika nak bag...
Najib Mastermind Coup D Tat

Najib Mastermind Coup D Tat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 476 hits
Setelah kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara langkah untuk membersihkan negara juga bermula dengan serentak Diantaranya adalah menyiasat Najib Razak serta menyekat semua pemimpin Umno untuk tidak meninggalkan negara serta menyenarai h...
Anak Najib Fail Permohonan Gantung Prosiding Saman Cukai

Anak Najib Fail Permohonan Gantung Prosiding Saman Cukai

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 228 hits
Nooryana Najwa anak perempuan bekas perdana Najib Razak telah memfailkan permohonan penggantungan prosiding saman oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10 3 juta bagi tahun taksiran 2011 hingg...
Ujian Vaksin Covid 19 Sudah Berjaya Masuk Fasa Kedua Di China Najib

Ujian Vaksin Covid 19 Sudah Berjaya Masuk Fasa Kedua Di China Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 310 hits
Gabungan syarikat CanSino dari Hong Kong dengan kerajaan negara China mengumumkan fasa pertama ujian Vaksin sudah tamat pada 2hb April 2020 Fasa pertama yang mengambil masa 14 hari telah melibatkan 108 sukarelawan Seramai 500 sukarelawan ak...
Najib Terus Menggelupor Di Era Ph Dan Pn

Najib Terus Menggelupor Di Era Ph Dan Pn

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 454 hits
Apa yang tak diciap nya Tak berhenti lagi Apa lagi yg Tak Kena umno sudah tumpang BERSATU jadi kerajaan bersyukurlah walau tebuk atap Kalau sudah di sebelah kerajaan bisikanlah shj hajat dihati apa yg Tak Kena melalak tanpa boleh menggigit ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa